Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2008

Program Kepimpinan Siswa bersama Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)

Pertemuan pertama 20 Mei 2008 serta siri seterusnya membawa kepada implementasi program lima bulan selepas itu. Baca di sini Para trainer terlibat. Tiada dalam foto, Tuan Fadzli Yusof, Tuan Fauzul Naim dan Puan Ainon. Gambar diambil dari sini Sebahagian peserta KUIS Catatan daripada Tuan Osman Affan . Pada 23-24 Oktober (Khamis & Jumaat) lalu, saya bersama beberapa rakan trainer menjayakan satu program kepimpinan siswa bersama barisan pemimpin pelajar di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Program ini disertai lebih kurang 120 pelajar yang terdiri daripada pemegang-pemegang jawatan dalam persatuan atau pertubuhan universiti. Apa yang sangat menarik dalam program ini ialah ini adalah kali pertama khidmat saya dan beberapa rakan trainer lain digabungkan di dalam satu program. Ia bermaksud, inilah kali pertama (bagi saya mungkin) modul kepimpinan dihasilkan dan digabungkan daripada lebih 8 orang trainer berpengalaman. Kemudian ia dijalankan pula bersama oleh pembuat modul-modul in...

Orang India capai impian ubah dunia dengan buku

"Macha, kenapa selalu kerja lebih masa?" "Hendak buat macam mana, anak saya mahukan kapal terbang" "Kalau kamu kerja sepanjang hayat pun,kamu cuma dapat beli sayap saja." "Bos kalau saya dapat lebih duit, saya belikan lebih banyak buku untuk anak saya." Iklan sempena sambutan Deepavali daripada Petronas memberi gambaran positif dunia buku. Satu keluarga India di mana seorang ayah menjadi pendorong kepada anaknya mencapai impian. Ayahnya adalah seorang tukang cuci di sebuah akademi penerbangan. Mengapa saya menulis mengenai iklan ini? Apabila ayah ini bercita-cita membantu anaknya mencapai cita-cita menjadi seorang juruterbang, beliau menjadikan buku sebagai menunjuk cara bagi memenuhi impian si anak kecil. Bilakah kali terakhir kita melihat iklan yang menjadikan buku sebagai 'pelakon utama'? Buku mencerahkan minda dan mewakili realiti melalui baris ayat di dalamnya. Bagi kanak-kanak India yang menerima hadiah buku daripada ayahnya, kanak-...

Pelajari kaedah mengurus bisnes ketika gawat

Petikan blog Tuan Irfan Khairi menyebut, "Baru-baru ni saya baca akhbar The Edge dan artikel yang menarik dan tertarik minat saya menceritakan tentang 10 orang terkaya di Malaysia rugi hampir RM20billion ( on paper ) secara keseluruhan akibat krisis ekonomi sejak beberapa minggu lepas." Kegawatan seluruh dunia kesan daripada krisis ekonomi yang berlaku menjadikan para peniaga dan bakal usahawan berhadapan dengan kebimbangan. Dalam keadaan genting ini, kita memilih untuk membuka bisnes yang relevan dan bertahan ketika gawat. Peniaga sedia ada mencari-cari strategi bagi memastikan bisnes terus kekal. Setelah mengenalpasti trend yang berlaku kini, bersedia awal adalah caranya. Tetapi strategi ini harus datang daripada pemikiran orang bisnes yang pernah memulakan bisnesnya pada zaman gawat. Strategi juga keluar daripada pengamal bisnes yang melalui beberapa turun naik dalam bisnes sebbelum dan semasa gawat. Kedua-dua formula ini saya perolehi daripada dua pemikir bisnes yang rele...

Menjadi Hartawan Beriman itu 'wajib' bagi selamatkan akidah keluarga

Apa pandangan kita mengenai harta? Harta itu menyesatkan, harta itu perkara yang baik? Kata YM Dr Tengku Ismadi, "Dalam rukun Islam ada tuntutan yang memerlukan wang bagi menyempurnakannya." Kata Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof, "Harta tidak menjadi punca kepada sesuatu, ia membesarkan atau magnify sesuatu perbuatan. Jika masa mudanya, dia dengan wang yang sedikit dia bersedekah. Jika kaya, dia besarkan nilai sedekahnya. Begitulah seterusnya." Hari ini dalam Harian Metro, membuat kita terfikir sama ada kita sudah tiba masanya 'mewajibkan' diri menjadi hartawan dan beriman bagi mengatasi isu komuniti di bawah. Petikan Harian Metro Sabtu 18 Oktober 2008 SMS jual akidah Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fauzi Abdullah anbia@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: Hanya mahu mendapatkan wang mudah, seorang wanita sanggup menjual agama dengan mengisytiharkan dirinya murtad melalui SMS untuk memperdaya orang ramai supaya memberi derma kepadanya. Difahamkan, wanita terbab...

Asahi Shinbun cari jalan keluar daripada gawat pembaca

Asahi Shinbun merupakan akhbar tertua di negara Jepun. Menurut catatan Wikipedia, ia merupakan satu daripada lima akhbar utama yang mempunyai jumlah edaran yang tinggi. Menurut statistik, sejumlah 8.27 juta naskah Asahi Shinbun edisi pagi diedarkan dan diikuti 3.86 juta naskah bagi edisi petang. Asahi Shimbun berada dalam pasaran selama 130 tahun. Kali ini mereka berhadapan dengan saingan media baru seperti televisyen, internet dan saingan akhbar-akhbar kontemporari dalam menarik pelanggan yang sama. Jumlah pembaca yang semakin menurun memaksa Asahi Shinbun berfikir di luar kotak. Berhadapan dengan jumlah pembaca yang merudum dilihat sebagai satu gawat yang mesti diatasi. Bagaimana mereka mahu menarik pembaca kembali kepada akhbar tradisional ini? Asahi Shinbun melancarkan kempen Movement. Dalam kempen ini misi mereka ialah memberitahu orang ramai secara besar-besaran mengenai Asahi Shinbun. Mereka melihat ia satu gerakan paling agresif dalam kempen menaikkan statistik pembaca. Bajet k...

Pembuka Bicara Hati. Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad

Pembuka Bicara Hati Bersama-sama Tuan Imran Yusof, buku Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad akan menemui pembaca pada penghujung tahun ini. Sedikit petikan daripada Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad. “Menjadikan cinta pasangan sebagai ibadah memenuhi kekosongan jiwa, mendorong kebaikan, membuka pintu kasih, mencurahkan rahmat tuhan dan tiket bertemu semula di syurga.” Anonymous Buku ini adalah sentuhan daripada suara hati lelaki dan wanita yang memberi formula cinta abadi dalam perhubungan. Satu demi satu jiwa disentuh bagi membuka resipi kejayaan membina cinta yang menjadikan mereka kekal dalam perhubungan sehingga ke hari ini. Kita mampu membina cinta sehebat Khadijah Mahu menjadi seperti Khadijah di hati Muhammad tidak sukar dan dapat dicapai oleh saudari. Ramuan kebahagiaan dalam dunia cinta dan perkahwinan yang diadun dengan betul mencipta keenakkan dalam hidangan kasih yang tersaji. Formula kasih inilah yang menjadi hubungan bersama pasangan pencetus kepada kasih daripada tuhan d...

Ada juga jenis wanita yang perlu dijauhi dalam bercinta

Dalam blog Tuan Mazidul Akmal Sidik , beliau menulis Rakan lelaki bujang berusia 24 tahun bertanya .. “Apa perempuan nak sebenarnya daripada lelaki?” Biar pun bukan Dr. Love, saya melontarkan pandangan ringkas .. “Disayangi, diambil berat dan dilindungi” Bila jawaban sama dikongsi bersama rakan berusia 42 tahun, berikut responnya .. “Huh! Bini aku dulu, memang aku sayang. Apa dia nak, termampu, semua aku bagi. Memang ambil berat, sampai kalau dia minum air panas, aku hembuskan bagi sejuk kemudian baru bagi dia minum. Ke pejabat berhantar dan berjemput setiap hari nak pastikan dia selamat. Akhirnya ..” “Akhirnya?,” soal saya. “Lari ikut jantan lain. Laki orang pula tu!” Kini terfikir, apa perempuan nak sebenarnya? Dalam buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki (2006) dan Magnet Cinta (2007) , saya memberi respon kepada isu ini. Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi. Dengan izin, saya kongsikan sebahagian kecil di sini. 1. Wanita ka...

Skim cepat kaya, cepat kalah, cepat kambus

Respon kepada entri Tuan Sabri Saifulsham dan Tuan Shamsuddin Kadir Saya ada pengalaman menyelidik sebuah syarikat. Pada awalnya seorang guru menyarankan rakannya menyertai sebuah syarikat MLM, tetapi tak perlu beli barang dan hanya deposit wang, kemudian dapat keuntungan. Memang banyak duit yang diperolehinya dan ditunjukkan bukti. Tetapi apabila saya baca modus operandinya, ia sudah jadi semacam skim pelaburan dan MLM. Dengan alasan kalau tak mahu menjual, labur sedikit modal untuk orang lain gerakkan MLM. Macam-macam gambar ditunjuk dalam laman webnya. Ada kedai runcit, restoran, bisnes angkut pasir dan industri pun ada. Saya tidak sedap hati lalu hubungi nombor yang tertera. Itu pun selepas baca laman web rasmi Bank Negara dan Kementerian Perdagangan berkaitan lesen MLM dan lesen untuk mengutip wang bagi tujuan dana pelaburan. Saya telefon dan minta nombor rujukan lesen bagi pengesahan. Rupa-rupanya laman web itu adalah laman web ahli biasa dan bisnes itu sendiri tidak ada laman ...

Mengurus Konflik Gaya Streetsmart

Inilah kulit buku dwilogi Street-smart, selepas kejayaan Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart, kini ia diikuti dengan Mengurus Konflik Gaya Streetsmart. Jika para pengunjung ingin mengetahui bilakah ia berada di pasaran layari laman web ini dan daftarkan e-mel hari ini . “Jangan bimbang kepada penentangan. Ingatlah, layang-layang hanya terbang tinggi apabila menentang arus angin.” Hamilton Mabie Mereka yang dapat mengurus konflik berupaya bertahan dan survival dalam keadaan yang dilalui, memanjangkan potensi karier dalam apa jua keadaan kritikal dihadapi organisasi dan diterima ramai kerana dilihat sebagai individu berpotensi apabila berhadapan situasi atau pun krisis. Konflik ditukar menjadi satu peluang kepada diri. Tetapi, salah satu salah faham yang sering berlegar di kalangan kita ialah apabila cuma memahami konflik. Maksud konflik selalunya diertikan perbezaan dua pihak kerana inginkan dua perkara yang berbeza. Akibat salah maksud ini, mereka yang terlibat merasa tidak sepakat bag...

Cemburu dan Memahami Bahasa Cinta Lelaki

Info sisipan Berita terkini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 bermula pada 19 Mac sehingga 28 Mac 2010 Sejumlah 14 buku tulisan Zamri Mohamad terbitan PTS Publicatio n and Distributor akan menemui pembaca di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 ( KLIBF 2010 ) Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia , PTS Professional , PTS One . Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika , PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH , MPH Online , Popular Bookstores , Bookcafe dan E-kedai.net Teruskan membaca entri di bawah ---------- Sebelum ini saya ada menyiarkan petikan entri bertajuk Satu cerita cinta, dua penutup berbeza . Kali ini saya ingin berkongsi daripada petikan buku saya Memahami Bahasa Cinta Lelaki (2006) mengenai apa yang berlaku kepada Nurul Hazira, mangsa pembunuhan akibat cemburu cinta. Selepas tiga tahun Memahami Bahasa Cinta Lelaki ditu...

Dari non fiksyen ke fiksyen, mampukah saya lakukan

Selama ini saya menumpukan perhatian kepada penghasilan rencana dan buku non fiksyen. Kali ini saya mencuba-cuba menghasilkan cerpen sendiri. Saya pernah menghasilkan novel sendiri dan kemudian ketawa sendiri. Akhirnya tertangguh sambungan sejak tahun 2004. Sehingga kini saya biarkan ia tertangguh . Ada saranan editor sebelum Aidilfitri lalu menyambungnya kembali kisah yang sengaja di jadikan begitu bercelaru jalan ceritanya. Luar daripada kehidupan normal kita. Cerpen berjudul Akar disiarkan dalam majalah Pendidik keluaran September 2008. Dengan izin Allah saya merancang menghasilkan beberapa cerpen pada masa akan datang. Terima kasih kepada Tuan Editor majalah Pendidik, Tuan Mohd Fuad Razali kerana memberi peluang ini. Saya sedang bergerak dari non fiksyen ke fiksyen.

Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad pelengkap siri buku perhubungan dan cinta

Sehelai demi sehelai pruf sedang diteliti Pruf setebal 364 halaman Ketika ini saya sedang menyemak pruf manuskrip terbaru dalam siri perhubungan dan cinta. Kali ini bergandingan dengan penulis Ti-tip Poligami, di bawah payung Aishah, Tuan Imran Yusuf. Minggu hadapan saya perlu kembalikan kepada pihak penerbit bagi semakan terakhir sebelum ia diterbitkan. Buat satu tempoh masa, ini adalah buku terakhir saya dalam kategori perhubungan dan cinta. Buku ini mencetuskan satu kesedaran kepada saya ditambah lagi dengan satu nasihat daripada seorang penulis, "Bilakah kali terakhir anda membaca sebuah buku yang awal-awalnya ditulis dedikasi untuk pembacanya?" maka buku ini saya dedikasikan pertama kepada saudara dan saudari yang bakal menjadikan teman akrab dan hadiah buat teman yang diingati. Bersama Tuan Imran Yusof, Penulis buku kontroversi, Tip-Tip Poligami, di bawah Payung Aishah Buku yang bakal terbit ini diberi judul Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad. Satu sudut pandang kontemp...

Alunan klasik Young Westphalian Boruque Ensemble dan Westphalian Chamber Youth Orchestra

Akhir persembahan. Dari kiri Gudula Rosa dan Prof Ulrich Rademacher Saya berkesempatan untuk pertama kalinya melihat apa yang dikatakan sebagai persembahan orkestra. Kebetulan saya berada di Kuala Lumpur pada hari itu, maka beberapa rakan akrab saya mengajak menontonnya. Kumpulan orkestra Young Westphalian Boruque Ensemble dan Westphalian Chamber Youth Orchestra dari negara Jerman mempersembahkan beberapa buah lagu klasik kepada hadirin yang mengikutinya. Mereka dijangka mengadakan beberapa persembahan termasuklah di Istana Budaya. Selama dua jam, kami diperdengarkan dengan beberapa lagu klasik ciptaan Georg Philip Teleman, Antonio Vivaldi, Johann Sebastian Bach, Felix Mendelssohn Bartholdy, Wolfgang Amadeus Mozart, Samuel Barber dan Benjamin Britten. Menonton dan menghayati lagu klasik yang dicipta sejak tahun 1600 sehingga 1900 memerlukan sedikit pengetahuan. Ia bukanlah seperti menghadiri konsert penyanyi pop. Kenal nama sahaja dan suka lirik dan lagunya sudah memadai. Bagi lagu kla...

Satu cerita cinta, dua penutup berbeza

"Kami sepatutnya sambut hari jadinya hari ini (semalam) tetapi dia mati dibunuh oleh suspek yang anggapnya seperti adik," kata bapa mangsa, Baharom Basir, 51, ketika ditemui di rumahnya semalam. "Saya tidak tahu apa yang mereka bincangkan sehingga kakak (Hazira) dibunuh, tetapi Isnin lalu memang ada sebuah keluarga datang merisik kakak," katanya. Baharom berkata, disebabkan hal itu, suspek mungkin cemburu dan kakak dibunuh tanpa belas kasihan. Mayat Nurul Hazira dijumpai di atas tilam dalam sebuah bilik dan selepas kejadian suspek telah bertindak meminum racun rumpai. Lagi berita di sini Bermodalkan kata-kata cinta yang dijaja di laman web mencari teman, satu kegiatan memperdaya dan menipu wang daripada mangsa yang kemaruk asmara kini dipercayai semakin berleluasa. Akibat kegiatan yang dirancang dengan teliti itu, tiga orang mangsa dari negeri ini akhirnya termakan perangkap yang dipasang suspek Ujarnya, selepas bersembang di laman tersebut, mangsa dipercayai terpes...

Mengurus Konflik Gaya Streetsmart

Bagaimana pekerja normal bertukar menjadi Hulk dalam situasi mengurus konflik? Akan datang Mengurus Konflik Gaya Streetsmart . Dapatkan jawapan kenapa pekerja bisa jadi begini di tempat kerja. Klik www.zamrimohamad.com dan daftarkan e-mel hari ini. Nota : Ikon ini diambil dari bab 25 buku Mengurus Konflik Gaya Streetsmart

Batik Inspirations & 50+1 sentuhan bekas pelajar Malacca High School, Qua Chee

Saya tidak tahu sama ada saya ini dipilih atau pandai-pandai memilih diri sendiri. Tetapi selalunya sayalah yang menjadi penyelaras majlis pertemuan bekas pelajar tingkatan U6A2. Selama dua tahun ia diadakan di rumah saya pada sambutan Aidilfitri. Sahabat saya, Gan Lan Lan atau sekarang dipanggil Jane meminta saya meneruskan tradisi ini. Ketika ziarah di rumah rakan bernama Johanizan, beliau juga bercerita perkara yang sama. Mungkin kali ini kami akan jadikan majlis perkahwinan beliau sebagai tempat pertemuan. Itu pun idea Johanizan menjelang pertengahan tahun hadapan. Sedang saya melayari laman web Persatuan Murid-Murid Tua Sekolah Tinggi Melaka atau MAHSOPA , saya sempat melayari laman web seorang bekas pelajar yang saya kenal. Bezanya beliau adalah pelajar kelas sains manakala saya pelajar kelas sastera. Apa yang menyebabkan saya kenal ialah jawatan pengawas yang disandangnya dan pertandingan fotografi yang pernah disertai dan dianjurkan di sekolah. Qua Chee dalam salah satu shot m...

Kepada bekas pelajar tingkatan U6A2 Sekolah Tinggi Melaka tahun 2000/2001

Assalam alaikum, ta chia hou & salam sejahtera Kepada bekas pelajar tingkatan U6A2 Sekolah Tinggi Melaka tahun 2000/2001 dimaklumkan satu perjumpaan semula akan diadakan. Saya mohon kepada rakan-rakan dalam senarai nama di bawah dapatlah memaklumkan kepada saya perkara berikut. Emelkan maklumat di bawah ke zamrimohamad@gmail.com dengan tajuk subjek Profil U6A2 Nama penuh Alamat surat menyurat Nombor telefon E-mel Url Facebook atau Friendster Terima Kasih ZAMRI MOHAMAD Penyelaras Alumni U6A2, Sekolah Tinggi Melaka Meliora Hic Sequamur Senarai pelajar U6A2 tahun 2001 1. Doreen Choo 2. Muhammad Azrie b. Ab Rahim 3. Freeda Ku Ee Leen 4. Syamsul Errwan b Mohd Hasyim 5. Ng Chee Thong 6. Hong Yen She 7. Chua Pay Siang 8. Zuneeka Yusop 9. Lee Pey Pey 10. Andy Ho Kim Seng ...

Raya tetap raya, kerja berjalan seperti biasalah

Hari Raya ketiga, solat Jumaat di masjid Limbongan, Melaka tidaklah begitu ramai ahli jemaahnya. Sebahagian sudah mula bekerja sebahagian lagi masih bercuti. Semalam sempatlah saya berkunjung ke beberapa buah rumah sahabat di sekitar Ujong Pasir dan Semabok. Kebanyakkanya rakan-rakan sekolah. Meskipun masih berhari raya, kerja di SOHO masih diteruskan. Samalah seperti Universiti PTS, petang hari raya pertama entri berjalan seperti biasa. Saya di Melaka menumpukan tugas-tugas pembinaan medium pemasaran produk, iaitu penghasilan beberapa laman web mini atau mini-site. Ini setelah mengambil kira nasihat Tuan Sabri penulis PTS, Rahsia Buat Duit dengan Internet seminggu lalu, "Namun, pada pendapat saya encik Zamri akan mendapat impak lebih maksima dengan mempunyai sebuah minisite yang khusus untuk menjual ebook ini. Mungkin satu minisite untuk setiap produk. Dengan cara ini, produk-produk encik Zamri akan lebih tersusun dan satu program promosi yang lebih efektif dan efisien dapat di...

Terima kasih Sinar Harian atas paparan Tip Karier untuk Wanita Moden

Klik di sini

SMS Aidilfitri dari hati insan-insan yang ikhlas

Terima Kasih atas ucapan Aidilfitri dari malam raya sehinggalah hari ini. Terlalu banyak ucapan yang indah-indah yang dari daripada hati budi tuan dan puan yang tulus. Semoga Allah memberi kebahagiaan berpanjangan kepada semua dan dipertemukan kita di jannah Allah kelak. Saya kongsikan beberapa kiriman sms yang saya tahu bukan mudah untuk menulisnya. Masih ada beberapa lagi. Terima kasih semuanya. Bunga mawar di Tanjung Ara, Hendak dipetik indah berduri, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda Ingatan di Aidilfitri Daripada Tuan Osman Affan dan keluarga May your Eid ul fitri brings joy and nourishment to your life and may Allah bless you. Eid Mubarak Daripada Cik Puan Shakiera Terima Kasih Dengan ingatan kasih mesra yang berkekalan Selamat Aidilfitri , maaf zahir batin, Moga Allah kurniakan keberkatan, rahmat dalam hidup kita. Bertakwa dan beriman dengan penuk redha, Insya Allah. Salam takzim. Daripada Cikgu Rejab, Puan Zuraidah dan keluarga Walau langkah tidak bertemu Tangan tidak berj...