Langkau ke kandungan utama

Program Kepimpinan Siswa bersama Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)

Pertemuan pertama 20 Mei 2008 serta siri seterusnya membawa kepada implementasi program lima bulan selepas itu. Baca di sini
Para trainer terlibat. Tiada dalam foto, Tuan Fadzli Yusof, Tuan Fauzul Naim dan Puan Ainon. Gambar diambil dari sini
Sebahagian peserta KUIS



Catatan daripada Tuan Osman Affan.

Pada 23-24 Oktober (Khamis & Jumaat) lalu, saya bersama beberapa rakan trainer menjayakan satu program kepimpinan siswa bersama barisan pemimpin pelajar di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Program ini disertai lebih kurang 120 pelajar yang terdiri daripada pemegang-pemegang jawatan dalam persatuan atau pertubuhan universiti.

Apa yang sangat menarik dalam program ini ialah ini adalah kali pertama khidmat saya dan beberapa rakan trainer lain digabungkan di dalam satu program. Ia bermaksud, inilah kali pertama (bagi saya mungkin) modul kepimpinan dihasilkan dan digabungkan daripada lebih 8 orang trainer berpengalaman. Kemudian ia dijalankan pula bersama oleh pembuat modul-modul ini semua.

Antara trainer yang terlibat dalam program ini ialah

Puan Ainon Mohd - PTS Publishing Group
YM Dr. Tengku Asmadi - MAP Training
Tuan Fadzli Yusof - RK Training
Tuan Abdul Razak - RK Training
Tuan Hj Sabtu - IIR Consultancy
Tuan Azzam Sabtu - IIR Consultancy
Tuan Shamsuddin Kadir - Ultra Mind Resources
Puan Norlela Zubir - Pengarah Eksekutif, Yuzuki Melaka Sdn. Bhd. Perunding Latihan & Business Coach.
Tuan Zamri Mohamad - Penulis bebas, jurulatih penulisan dan pengurusan
Tuan Osman Affan - Creative Questions Enterprise.

Di dalam program ini, para pelajar didedahkan kepada beberapa tajuk penting yang mereka perlukan sebagai pemimpin. Pemimpin yang digambarkan bukan sahaja pemimpin dikalangan pelajar malah mereka ini merupakan bakal-bakal pemimpin di masa akan datang. Antara topik yang dibincangkan ialah bagaimana cara untuk berfikir dengan kreatif, kemahiran berkawan dan berkomunikasi, menjadi bakal hartawan, kaedah pembentangan terbaik dan sebagainya.

Catatan Zamri Mohamad

Dalam sesi menjadi bakal hartawan, latihan individu melakar peta impian hartawan adalah salah satu program paling menarik perhatian peserta. Mereka menjadi gila-gila memikirkan impian hidup mereka dan melakarkan ia dalam bentuk lukisan. Soal lukisan itu cantik atau tidak bukan persoalan utama. Kecantikan impian mereka dan diusahakan menjadi realiti adalah lebih penting. Moga-moga Allah permudahkan impian murni mereka apabila menjadi hartawan kelak.

Mengajar dan belajar daripada para peserta dan para trainer professional yang lain. Inilah antara intipati pendidikan yang diperolehi daripada semua sepanjang dua hari ini.

Lagi cerita dalam blog Tuan Fadzli Yusof
Lagi cerita dalam blog Tuan Abdul Razak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...