Langkau ke kandungan utama

Selamat Tahun Baru Cina atau Salam Aidilfitri?

Tahun Baru Cina atau Aidilfitri?

Menjadi perkara biasa di negeri Melaka Bandaranya Bersejarah ini apabila dikunjungi teman-teman pelbagai bangsa pada hari pertama Aidilfitri. Sehinggakan ia sudah kelihatan lebih kepada sambutan Tahun Baru Cina berbanding Aidilfitri di sini.Keadaan yang berbeza di sini dari segi sambutan dan penerimaan.

Bak kata Tuan Ann Wan Seng (perkataan Tuan tidak digemarinya kerana bunyinya seperti kolonial), "Hanya di Melaka sahaja itik gantung masakan orang Cina dijual menjadi masakan halal di restoran orang Melayu Islam."

Fanomena dakwah melalui budaya ziarah Aidilfitri membantu kita memberi sedikit gambaran kehidupan orang Islam melalui dakwah perbuatan. Keterbukaan dan penerimaan tanpa prejudis menjadi formula kepada hubungan kaum yang lebih baik.

Kefahaman mereka terhadap kepercayaan dan cara hidup kita adalah usaha kita sendiri dengan membuka fikiran seluas-seluasnya, tidak bersikap prejudis dan bersangka baik. Sikap takut-takut mereka dan diam terhadap persoalan yang tidak terjawab berkemungkinan berpunca daripada sikap takut dengan latah dan sensitif kita. Apa pun, inilah cabaran mendidik kita menjadi yang terbaik dalam masyarakat majmuk dengan mengambil sikap bertanggungjawab kepada sikap kita sendiri.


Saya teringat kata-kata seorang ustaz, "Apabila mereka faham, mereka dengan sendiri dan sukarela mempertahankan apa yang dilihatnya satu kebenaran."

Inilah perpaduan yang sebenar. Rela berdiri pada apa yang betul dan menolak apa yang salah.

Pada tahun 2001, sahabat saya berbangsa Cina bernama Andy membaca akhbar dalam bahasa kebangsaan dan berkata, "Ini orang politik kata kita ada masalah perkauman. Masalah perkauman memang berlaku di kalangan orang politik sahaja. Dia apa tahu mengenai hidup kita," dia geleng kepala.

Saya kira sehingga kini Andy tidak percaya satu patah perkataan janji atau kata-kata orang politik.

Nota: Kenangan Eid ul Fitri bersama-sama sahabat berbangsa Cina, Baba dan Nyoya di Melaka. Teringat pula saudara Amin Idris dan Tuan Roslan yang ada sukatan campur-campur dalam darah mereka. Kata penyanyi Zainal Abidin, "Kita serupa..."

Ulasan

Salam buat sdra Zamri yang budiman, Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin dari saya di CelikHurufBlog.

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

Laman web dinaiktaraf.

Saya tidak berpuas hati maka saya ubah semuanya sekali lagi. Laman web rasmi penulis ditukar untuk kali ke berapa, saya sendiri sudah tidak pasti. Tetapi saya jangkakan laman web wajah baru ini bakal kekal dengan wajah ini bagi tempoh yang lama. Saya sedang cuba-cuba belajar menggunakan beberapa perisian grafik bagi keperluan foto di dalam laman web. Apa yang kasar dihaluskan, apa yang bertompok dihilangkan, apa yang gelap dicerahkan. Saya seperti kembali kepada usia 21 tahun, bermain-main dengan perisian grafik di komputer rakan saya. Zaman olok-olok. Kami bergembira dengan gambar dan warna. Kami hasilkan kulit album olok-olok. Kemudian kami hasilkan laman web ringkas seolah-olah laman web sebuah kumpulan muzik. Saya masih ingat lagi, kami berempat baru pulang daripada kelas bahasa Arab. Berlatar belakang dinding dengan permukaan berpasir dan kasar, kami mengambil gambar di situ. Sampai di bilik, kami ubah suai dan menjadi kulit album kumpulan ahli muzik. Bertudung labuh ke konsert un...