Langkau ke kandungan utama

Keluar dari laut merah terjun ke laut biru



"Sudah tiba masanya bagi generasi baru dalam umat Islam mengeluarkan diri mereka dari laut merah dan terjun ke laut biru,” jelas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dato’ Dr Syed Arabi Idid.

Urus matlamat, urus pendekatan.

"Objektif menjadikan pelakunya sedar apakah medium yang sesuai digunakan dan menjadikan sebuah konsep abstrak lebih jelas,” tambah Syed Arabi yang kini menjangkau tahun kedua memimpin universiti ini.

Laut biru menjadi laut merah.

Pemimpin menawarkan kepada orang ramai apakah dicari-cari selama ini tetapi tidak difikirkan oleh pemikir tradisional yang terperangkap dengan idea-idea lama. Terperangkap dan terus bersaing dengan apa yang sedia ada menjadikan pemimpin berenang dalam laut merah.

Laut merah dianggap lautan yang tepu dan dipenuhi oleh mereka yang saling bersaing mengalahkan orang lain, bermotifkan menguasai sempadan kawasan dan masih berpaksi kepada pendekatan lama. Apabila ia semakin padat, situasi ini menjadikan pesaing-pesaing laut merah tidak dapat berkembang. Pesaing baru gagal bertahan kesan daripada dominasi kawasan.

Fleksibel pemimpin membawa pendekatan baru.

"Tindakan yang diinovasikan menjadikan pemimpin laut biru lebih fleksibel dalam tindakan. Strategi Laut Biru memfokuskan kepada kerjasama bukannya persaingan. Faedah dan nilai menjadi formula yang diaplikasikan. ” tambah Syed Arabi.

Strategi Laut Biru tidak tertakluk kepada masa. Ia bergantung kepada faktor saiz sebuah organisasi bagi bergerak ke posisi baru. Semakin lama organisasi ada kumpulan wujud dan beroperasi maka ia semakin memerlukan masa bagi adaptasi kepada pendekatan dan idea baru.

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Tuan Zamri,

Mengapakah agaknya banyak kerusi yang kosong?

Topiknya penting. Yang berdiri do pentas adalah orang penting.
Puan Ainon Mohd. berkata…
Petik....

”Hari ini generasi muda berhadapan dilema dalam merebut peluang. Mereka bukan sahaja ditanya apakah kemahiran yang mereka miliki, tetapi peluang mereka juga bergantung kepada siapakah yang mereka kenali,” ulas Radziq.

Itulah kenyataan bodoh yang asyik diulang-ulang orang pandai.

Apa kamsud "merebut peluang"?

Orang lain mencipta peluang, budak-budak Melayu disuruh berebut-rebut mengambil peluang itu?

Kita mesti mencipta peluang-peluang buat diri kita sendiri. Nah! Itu namanya kita pandai "pakai otak".

Apa maksud "peluang mereka juga bergantung kepada siapakah yang mereka kenali"?

Betapa hinanya bangsa yang mempunyai jalan-fikir begitu - peluangnya ada pada orang-orang lain, dan dia bergantung kepada orang-orang itu....

Lain kali, undang saya bercakap!
Zamri Mohamad berkata…
Promosi mungkin lewat sedikit, mungkin perlu ada jabatan PR seperti PTS, :)

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...