Langkau ke kandungan utama

Bedah siasat ceramah buku




Bagi rookie atau orang baru dalam pengucapan awam di pusat membeli belah bagi menyampaikan ceramah buku, perkara penting bagi saya ialah melihat suasana. Ia berbeza dengan ceramah dalam dewan dan bilik yang lebih terkawal keadaan.

Satu perkara yang tidak boleh dielakkan apabila membuat pengucapan awam di khayalak pusat membeli belah ialah kemampuan penceramah berlawan suara dengan bunyi-bunyian di sekeliling melibatkan kedai-kedai, tukang promosi dan orang ramai.

Satu-satunya alat yang ada ialah pembesar suara yang disediakan oleh penganjur.

Sebagai alternatif, penggunaan projektor LCD juga boleh digunakan bagi menarik pengunjung dari jauh. Bayangkan jika ada perkataan-perkataan seperti Buat Duit Cara Mudah, Bekerja dari rumah dilihat dari jauh, insya Allah ia mencipta tarikan. Bunyi pembesar suara di tempat awam adalah pada jarak yang pendek, lebih-lebih lagi jika hanya ada satu pembesar suara sahaja. Visual diguna sebagai cara kedua.

Kedua, saya mempelajari dan saya perlu berterima kasih kepada saudara Amin Idris kerana memberi tip ini beberapa bulan dahulu dalam blog beliau. Katanya, jangan menyampaikan ceramah menggunakan suara macho, ala-ala perlahan sahaja. Lontarkan suara kerana ia akan menarik orang ramai menoleh jika tidak datang kepada kita sekalipun.

Keempat, saya memahami, kekuatan ceramah buku di pusat membeli belah ialah jenis pengunjung yang datang mendengar. Pendengar kita bukan sahaja mereka yang duduk di kerusi hadapan yang disediakan pengunjung. Tetapi mereka yang berdiri, melihat-lihat produk, duduk di kerusi rehat di kawasan pejalan kaki tingkat bawah dan atas di tepi dan belakang penceramah adalah para pendengar kita. Mereka tidak boleh mematikan mana-mana bunyi termasuk suara kita, maka mereka akan mendengar. Jadi meskipun kerusi hadapan kosong, ada pengunjung-pengunjung lain di atas, di bawah dan di belakang pentas yang sedang mendengar.




ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini.

Ulasan

Norlela Zubir berkata…
Assalamualaikum Zamri,
Bagus tip-tip yang anda rumuskan di sini. Saya ingin tambah 1 lagi iaitu soal dan jawab. Apabila editor bertanya beberapa soalan, saya merasa lebih senang bercakap kerana dapat menjawab perkara2 yang orang lain fikirkan. Namanya pun 'bicara penulis', jadi dalam 'bicara' pasti ada soalan dan jawapan.
Norlela Zubir berkata…
Maksud saya bukan editor tetapi pengerusi majlis!!! Maaf ya.

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...