Berita Rencana : Cinta, antara rasional dan syariat Teks dan gambar oleh Zamri Mohamad Peranan cinta dalam mengubah pola hidup manusia sangat besar sehingga Stendhal menyebutkan, “Harapan yang kecil sudah cukup untuk melahirkan cinta.” Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melalui kelab Wawasan telah menganjurkan forum bertajuk Cinta di Auditorium Utama dengan para panelis seperti pelakon veteran Aziz Sattar, pensyarah UIAM ustaz Maszlee Malik dan Datin Ismalina Ismail mewakili alumni UIAM. Forum yang mendapat sambutan ramai dengan kehadiran warga kampus ini merupakan pencetus kepada keterbukaan dalam membincangkan isu cinta dalam perspekif agama, akademik dan pengalaman diri sebagai usaha menjana cinta sebagai platform motivasi kendiri dan perubahan sosial yang besar. Cinta dahulu dan sekarang Aziz Sattar dalam bicaranya mengatakan fenomena cinta dahulu dan kini jauh berbeza. Beliau mengutip kembali kisah-kisah lamanya, “Melihat anak gadis keluar berdua-duaan dahulu amat suka...
Catatan penulis buku, trainer bengkel dan kursus penulisan.