Langkau ke kandungan utama

Dari Alamanda ke Wangsa Maju.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas izin dan rahmatnya, program Semarak Cinta di MPH Alamanda dan Wangsa Maju akhirnya disempurnakan oleh warga kerja PTS Millennia dan PTS Publication & Distributor.

Semangat kerja dan saling sokong menyokong sepanjang program ini dilihat sebagai resipi kepada kelancaran kedua-dua program ini. Apa sahaja yang berlaku sepanjang program di kedua-dua tempat tersebut memberi satu pengalaman menarik. Aku boleh katakan ia sebagai training ground bersama-sama PTS.

Aku ucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi bersama sepanjang program. Seingat-ingatku ada seorang pengunjung bernama Ila yang turut menyertai program ini di Alamanda.

Kata Ikram, saudari Ila antara pengunjung yang sangat setia menyertai beberapa program ilmu di Alamanda. Jika aku berkesempatan, ingin sekali belajar dan mendapat resipi motivasi dari saudari Ila.

Terima kasih juga kepada beberapa pasangan yang menyertai program ini. Semalam di Wangsa Maju, kedatangan pasangan yang sudah 20 tahun berkahwin sememangnya memberi satu semangat untuk aku terus berkarya dan menghimpunkan pengalaman-pengalaman mereka dalam alam perkahwinan.

Begitu juga satu pasangan muda yang berkongsi pengalaman cinta mereka yang bermula dengan saling tidak bersetuju dan bercanggah sehingga berakhir di jinjang pelamin. Kehadiran pasangan muda ini aku anggap cukup hebat dan terbuka. Ia semua bermula dengan panggilan telefon adiknya yang memaklumkan kepada abangnya untuk hadir ke program ini.

Dengan kehadiran Ahmad Yusof Ibrahim, penulis Panduan Bercinta dan Berdating memberi kejutan kepada staf-staf MPH dengan gelagatnya. Memang menarik, lebih-lebih lagi ada staf MPH yang sudi berkongsi kisah cinta mereka.

Dari Alamanda ke Wangsa Maju. Terima kasih semua!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...