Langkau ke kandungan utama

Penulis dan blog.

Suka atau tidak, penulis yang bermula tahun 2000 ke atas wajib mempunyai blog. Ini adalah salah satu cara untuk para penulis muda berkarya secara konsisten dalam apa jua bahasa di mana jua. Pendekatan penulis dahulu dan kini jauh bezanya sejauh perbezaan mesin taip dan komputer.

Saya dahulu memulakan pengkaryaan dengan mesin taip jenama Olympia pada tahun 1997 ketika tingkatan empat. Acapkali gelung karbon perlu ditukar dan untuk memastikan saya mempunyai salinan, sehelai kertas karbon hitam diletakkan di belakang naskhah asal. Lucunya, apabila menaip perkataan dengan huruf-huruf seperti a,o dan b, pasti ia akan menghasilkan lubang kerana tekanan yang terlalu kuat. Mujurlah komputer tidak menghasilkan kesan seperti itu.

Mengapa saudara dan saudari memerlukan blog?

Saya kira ini adalah alasan-alasan yang mewajibkan keperluan ini.

1. Ia bertindak sebagai diari maya saudara. Jika saudara seorang pelajar, pekerja atau apa sahaja, blog menjadi tempat untuk merekodkan segala kenangan lucu dan sedih, tip-tip yang dipelajari dari hidup atau sebagai tempat menyimpan idea yang disampaikan oleh orang lain.

2. Setiap entri blog mempunyai ruang untuk para pengunjung memberi komen. Komen-komen ini sangat penting untuk melihat sejauh mana mesej yang ditulis sampai. Ia juga menjadi ruang terbuka untuk saudara dan saudari mempelajari benda-benda baru dari para pengunjung. Jangan terkejut jika komen-komen tersebut mempercepatkan kemahiran saudara dan saudari.

3. Blog adalah tempat saudara dan saudari mengurus idea. Penulis yang berjaya adalah penulis yang boleh mengurus idea dengan baik. Tahukah saudara dan saudari, saya mempunyai lima buah blog. Blog Motivasi Minda yang menggunakan sistem Wordpress ini adalah ruang saya berinteraksi dengan para pembaca buku di seluruh Malaysia dan mengurus acara-acara rasmi serta jemputan. Blog Motivasi Mindamu ialah blog peribadi saya yang banyak menyentuh kisah hidup serta artikel-artikel saya berada di sana sebelum dihantar ke media cetak. Beberapa blog lagi ialah tempat saya menyimpan bahan-bahan dari pelbagai sumber di internet untuk tujuan penghasilan buku. Sejak memiliki blog, ada sahaja bahan terbaru saya boleh ulang pakai untuk menulis di majalah dan untuk buku-buku.

4. Blog adalah tempat bagi mentor penulisan saudara dan saudari bertemu dan berinteraksi. Kajian mendapati kejayaan para penulis sangat berkait rapat dengan hubungan penulis dengan mentornya. Sekiranya saudara dan saudara mempunyai blog, maka di situlah mentor saudara boleh singgah dan memberi tip-tip serta bertanya khabar.

5. Blog adalah tempat menyimpan cerita manusia. Baik buku atau majalah, cerita-cerita manusia adalah kekuatan yang tidak dinafikan boleh memikat pembaca. Artikel yang terlalu bermain dengan fakta dan penerangan cukup membosankan. Adakah saudara dan saudari ingin menjadi penulis yang membosankan?

6. Blog adalah tempat melatih diri bermain bahasa. Saya terus terang katakan, tatabahasa adalah kelemahan saya. Tetapi blog menjadikan saya bereksperimen dengan susunan ayat, melodi dan alunan lagu dalam penulisan saya. Bagi mematangkan penulisan ialah dengan menulis secara konsisten. Tetapi jangan gunakan bahasa pasar. Gunakan bahasa Melayu yang standard.

Jika saudara serius dengan penulisan, ingin menjadikan bakat saudara dan saudari sebagai karier pada masa akan datang, meletakkan diri saudara dan saudari di kedudukan yang mula dikenali pembaca. Saranan saya, miliki dan penuhi blog secara kerap (bukan sebulan sekali!)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...