Langkau ke kandungan utama

RSI di UIAM

Radio Singapore International(RSI) datang ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)bagi program Forum Kampus. Forum yang dirakamkan ini akan disiarkan ke seluruh dunia dalam bahasa Melayu melalui internet dan frekuensi AM.

Tajuk yang dibawa pada malam itu ialah berkenaan pemikiran kritikal dan menjadi pelajar global dengan belajar diluar negeri. Tokoh-tokoh yang dijemput pada malam itu ialah Profesor Dr Sidek Baba dan Prof Dr Yusof Hussain.

Tiga jam forum yang bertempat di bilik persidangan satu, Pusat Penyelidikan UIAM dihangatkan dengan sesi soal jawab dan debat kecil antara pelajar Singapura,Malaysia dan Indonesia.

Apa kata profesor Dr Yusof Hussain?

Profesor Yusof kurang bersetuju dan baru pertama kali mendengar istilah peribadi global. Menurut pandanganya, istilah ini masih baru kerana selama ini beliau didedahkan dengan istilah international man yang selalu dirujuk kepada Bush dan Blair. Beliau lebih cenderung menyebut istilah peribadi kuat yang berakarkan akhlak dan agama.

Beliau banyak membawa pendengaran hadirin dengan sejarah lama Tanah Melayu. Hakikatnya orang Melayu sudah lama berdiri dengan sikap mementingkan ilmu dari zaman awal kesultanan Melaka sehinggalah kini.

Dalam Hikayat Abdullah, sikap ibu bapa yang menghantar anak-anaknya belajar Al Quran kemudian ke sekolah Melayu dan sekolah Inggeris telah lama diamalkan. Apabila kebangkitan Islam berlaku di seluruh dunia menjadikan ibu bapa di Tanah Melayu menghantar anak-anak ke luar negara untuk meneruskan pengajian Islam. India pernah menjadi tumpuan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar ilmu hadis.

Menyentuh tentang peranan institusi pendidikan yang mempunyai agenda tersendiri untuk memprogram minda para pelajarnya,profesor Yusof kembali menekankan kepada nilai keperibadian kuat. Selain itu,pelajar perlu mempunyai budaya dan personaliti ummah bagi membentuk nilai ketajamanan berfikir dan berperanan untuk memecahkan persoalan masyarakat.

Tambahan lagi, peranan kerajaan perlu dengan mewajibkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam negeri dan hanya membenarkan pelajar-pelajar untuk mengikuti pengajian sarjana lanjutan dan doktor falsafah ke luar negara. Ini bertujuan membina kematangan pelajar sebelum pergi ke luar tanahair.

Apa kata prosefor dr. Sidek Baba?

Pemikiran Qurani adalah asas pemikiran yang baik dan harus ada dalam setiapdiri Muslim. Al Quran mengajar manusia untuk mengetahui dan menerima makna terhadap sesuatu dan peranan kitab ini sebagai sumber menghasilkan hukum sendiri adalah proses berfikir.

Cabaran-cabaran Al Quran telah jelas disebutkan dengan soalan-soalan kepada umnat Islam untuk sentiasa berfikir terhadap setiap satu kejadian. Namun dalam budaya berfikir ada keterbatasan tersendiri dan jauh berbeza dengan budaya berfikir Barat yang ada waktunya melampaui sempadan.Ini termasuklah mencari logik dalam perkara-perkara ghaib yang tidak terjangkau dek akal manusia. Teguran ini jelas disebut oleh Allah apabila menyebut tentang kefahaman manusia tentang roh yang hanya sedikit sahaja.

Pemikiran kritikal manusia sentiasa bersandarkan kepada tingkat ilmu yang dimilikinya. Surah Al Zumar jelas memberi penyataan ini dengan menekankan martabat orang berilmu dan sebaliknya tidak sama. Budaya berfikir datang melalui sikap manusia yang memerhati terhadap sesuatu.

Pemikir kritikal dalam kategori tokoh ilmuan sudah terbukti dalam sejarah Islam. Ibn Sina,seorang hafiz ketika berumur sepuluh tahun mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang dan telah menghasilkan 300 karya besar dalam bidang anatomi dan perubatan. Begitu juga Ibn Nafis yang berupaya membangunkan kekuatan berfikir dalambidang sains dan menemui ilmu sistem aliran darah manusia yang cukup kompleks.

Berfikir secara kritikal harus bergerak di atas pendekatan yang betul. Ia harus diwujudkan dalam kerangka teori, ilmu, adab dan ibadah agar sesuai dengan fitrah manusia. Pokok pangkal bagi seseorang menjadi pemikir kritikal harus ada inisiatif sendiri. Celik emosi adalah unsur penting untuk mencapai peringkat ini. Tambahnya lagi, kecelaruan budaya berfikir hari ini ialah disebabkan manusia tidak memilih contoh yang betul sebagai ikutan.

Ikuti kupasan lanjut forum yang dianjurkan bersama Persatuan Pelajar Singapura UIAM di www.rsi.sg/malay

Moderator forum ini ialah Emilia Amin

Kerjaya sebagai seorang wartawan adalah salah satu impian Emillia sejak di sekolah menengah. Antara sebabnya? Saya suka menulis (dan tak begitu banyak bercakap!) Tetapi sebenarnya, corak penulisan yang paling saya minati ialah penulisan kreatif, mungkin juga minat ini tercetus kerana saya telah didedahkan kepada sastera Inggeris dan didampingi buku sejak kecil lagi.

Tapi saya ni bukanlah jenis ulat buku sahaja, dahulu saya aktif dalam lakonan, pasukan pandu puteri dan sukan. Ahh...jangan terpedaya dengan imej muslimah saya! Saya bergiat dalam sukan bola jaring, hoki dan lari jarak jauh. Bila ada peluang dan waktunya, saya juga menyertai ekspedisi belia ke luar negara, sama ada untuk meneroka atau menyumbangkan tenaga sukarela.

Terima kasih kepada anda pendengar RSI yang memberi perhatian kepada rancangan-rancangan terbitan saya seperti Titik-Tolak, Edisi IT dan Gen-M.

Pengalaman saya masih cetek lagi, namun dengan menerbitkan rancangan-rancangan ini dan dari tunjuk-ajar penerbit-penerbit RSI yang lebih 'senior', banyak yang saya pelajari mengenai selok-belok kewartawanan, kreativiti dan erti dunia pekerjaan. Saya yakin, setiap pengalaman, sama ada pahit atau manis adalah satu pelajaran yang amat berharga dalam hidup.

emillia@mediacorpradio.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...