Sastera Utusan Malaysia Jumaat 28 Julai 2006 Hashim sara keluarga dengan hasil penulisan Oleh ANI AWANG HASHIM Latiff bersama sebahagian daripada novel karyanya. Kebanyakan penulis mungkin berpendapat tidak mudah menyara keluarga dengan hasil penulisan sebagai penulis bebas. Ini kerana pendapatan yang tidak menentu amat menyulitkan. Namun begitu, kesemua ini dibuktikan tidak benar oleh penulis Hashim Latif, 45, dari Kelantan. “Apa yang penting, kita kena ada disiplin diri dan kesungguhan,” kata Hashim mengenai petua kejayaannya sebagai penulis yang telah menghasilkan lebih 40 buah novel, 200 cerpen dan 200 skrip drama. Hasil kesungguhannya, Hashim sering meraih beberapa anugerah sastera seperti Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, Hadiah Sastera Perdana dan Sayembara Penulisan Cerpen Wilayah Timur. Menurut Hashim, dia memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh ketika melakukan kerja-kerja penulisan. Katanya, dia mahu membuktikan bahawa anggapan sesetengah pihak bahawa menulis tidak bole...