Langkau ke kandungan utama

Inspirasi

"Pada hari terakhir arwah hidup. Bas yang dipandunya putus brek. Ketika itu dia hanya ada 2 pilihan. Sama ada masuk ke dalam gaung ataupun merempuh penghalang jalan. Dia memilih merempuh penghalang jalan kerana sekiranya dia memilih gaung, semua yang ada di dalam bas pasti mati. Memilih merempuh penghalang jalan sekurang-kurangya dapat mengurangkan jumlah kematian. Namun pilihan merempuh penghalang jalan adalah pilihan yang paling memeritkan kerana dia perlu mengawal bas di bahagian hadapan dan maut pasti menunggunya."

Ini bukan kisahku. Tetapi ia adalah kisah seorang anak yang mengagumi kehebatan ayahnya. Catatan tersebut diambil dari blog saudara Alif, penulis dan kartunis bagi novel, Orang Kuat, Syampu, Rahsia Firdaus dan Bergaduh dan Menari.

Aku pulang ke kampung untuk bercuti beberapa hari. Inspirasi blog saudara Alif membuat aku ingin berkongsi Superman dalam hidupku, Allahyarham Mohamad Haji Omar. Seorang juruteknik makmal tabung darah Hospital Besar. Hidup bersamanya membawa kepada pengalaman aku berada di makmal seawal jam enam pagi. Melihat sendiri risiko yang dihadapinya apabila menguruskan bekalan-bekalan darah yang mempunyai virus HIV positif tanpa diketahuinya. Ayah menunaikan kewajipan untuk merahsiakan bekalan darah yang digunakan oleh Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agung serta kerabat ketika menjalani pembedahan yang memerlukan beliau membekalkan darah. Serta kesanggupan beliau bersengkang mata membantu mangsa runtuhan Highland Tower selama beberapa minggu.

Sikap seriusnya terhadap kerja banyak mempengaruhi abang-abangku. Catatan akhbar beserta gambarnya adalah keratan akhbar bertarikh 14 November 1993 yang aku temui di rumah baru-baru ini. Laporan ini keluar tiga hari sebelum harijadiku.

Al fatihah untuk pejuang dan pemberi inspirasi, Mohamad B Haji Omar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...