Dipetik dari PTS.com.my PBAKL06 terus mencatat rekod. Seperti tahun-tahun sebelumnya, gerai PTS tidak pernah gagal dari serbuan pengunjung Pesta Buku Antara Bangsa KL 2006. Pesta Buku Antarabangsa KL kembali lagi. Kali ini bertempat di Dewan Tun Razak 1 & 2, PWTC. Di bangunan baru yang dipisahkan dari bangunan induk PWTC oleh sungai Klang. Hanya sebuah jambatan sempit yang menghubungkan dua bangunan ini. Walaupun ditempat baru dan sedikit terpecil dari bangunan utama, PBAKL06 tetap dibanjiri pengunjung. Dengan dewan yang luas dan jumlah gerai yang bertambah dari tahun lepas, jumlah pengunjung tidak pernah surut. Maklumat dari penganjur mengatakan pada hujung minggu sahaja jumlah pengunjung tidak kurang dari 300,000 orang. Dengan suasana baru dan jumlah pengunjung yang bertambah, pastinya yang tidak lekang senyum di bibir adalah para peserta pameran, samada dari dalam mahupun luar negara. Seperti tahun-tahun sebelumnya, PTS tidak pernah terkecuali dari memeriahkan pesta buku ini. S...
Catatan penulis buku, trainer bengkel dan kursus penulisan.