Senja semakin menghampiri. Abang Tam mencadangkan kami tiba ke kampus sebelum jam 6. Sahabat yang baru kehilangan ayahnya mengiringi kami sehingga ke kenderaan. Kami bersalaman sambil ucapan terima kasih tidak berhenti dari mulutnya.
Bahunya disentuh, tangan kanan bersalaman, "Jadikan pemergian ayah kamu sebagai semangat untuk kamu terus hidup," ketika itu wajah arwah ayah timbul di mindaku, wajahnya yang bersungguh-sungguh menghantarku ke universiti lima tahun lalu.

Ulasan