Langkau ke kandungan utama

Sembang Ilmu dengan Pak Samad

Aku selalu melihat dia dari jauh. Pertama kali menemuinya ketika berada di Dewan Bahasa dan Pustaka bersama sahabatku, Fadhli Yusof ketika pesta buku di sana. Ketika itu melihat beliau sedang menikmati secawan teh di gerai berhampiran. Tempat paling biasa aku temui ialah di beberapa buah toko buku di KLCC. Dato A Samad Said atau lebih popular di panggil Pak Samad, dengan beg galasnya tenang menyelak lembaran buku satu persatu. Kali ini aku menemuinya sekali lagi di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Gerai PTS, ketika itu abang Zafran sedang duduk di sebelahnya sehinggalah beliau menegurku.

"Penulis harus ada satu jiwa," nasihat awalnya buat penulis mentah sepertiku.

Sambungnya lagi, " Satu jiwa maksudnya, pimpin pemikiran dan hati kita kepada satu gaya penulisan yang sebati. Cari apa sahaja yang berkaitan dengan gaya penulisan kita hari ini. Jangan jadi rojak."

Nasihatnya tidak terhenti di situ. Datang seorang pengunjung gerai berbangsa Cina, dengan hormat dia menyapa Pak Samad, "Dato..."

Tangannya lekas-lekas mengambil beberapa buah buku Pak Samad yang dipamerkan di atas meja dan menyerahkan kepada Pak samad untuk di tandatangani.

"Nama saya Law," sambil matanya melihat tanpa kelip pen dakwat basah yang sedang melakar nama Pak Samad di atas buku-buku itu.

Tujuh minit kemudian Law meninggalkan kami, menuju ke gerai-gerai lain. Tidak ada apa-apa yang ingin ditanya, laju langkahnya meninggalkan kami.

"Orang membeli buku bukan sekadar membaca," sambung bicaranya.

Bukan sekadar membaca. Jika bukan itu tujuannya, untuk apa? Fikiran mentahku berputar ligat mencari jawapan.

"Ada orang membeli buku untuk melihat kulit, mengkaji setiap baris perkataan, 'membaca' warna. Tidak lama kemudian, mereka awak akan jumpa kembarnya dalam pasaran. Wang bukan masalah berbelanja untuk keperluan itu." jelasnya.
"Bagaimana dengan pemilihan bahan bacaan, Pak Samad?"
"Saya lebih cenderung membaca ulasan buku untuk memilih buku-buku yang bagus."

Datang lagi kanak-kanak, pelajar sekolah rendah dan para pelajar IPTA yang mengambil peluang bersalam-salaman dengannya dan mengambil gambar. Bimbingan masih belum berakhir.

"Menulis harus cepat. Jika tidak akan dihijack..." nasihat akhirnya yang akan aku ingati. Terima kasih Pak Samad.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...