Langkau ke kandungan utama

Kuasa buku kecil.

Sebagaimana dirancang, hari ini aku mesti keluar dari kampus. Tujuannya, sekadar hendak membeli majalah i keluaran April. Sebagaimana dimaklumkan oleh saudara Radziq, artikel berkenaan demonstrasi aman di UIAM telah keluar.

Sememangnya, KL Sentral menjadi sasaran utamaku untuk mendapatkan majalah-majalah sehinggakan salah seorang pekerjanya, lelaki tua berumur 50 tahun dari Madras bernama Hanifah sudah mula mengecam wajahku. Masakan tidak, longgokan buku-buku lama potongan 50% menjadi tempat persinggahanku selama ini.

Kali ini ditemani oleh saudara Haiqal, kebetulan beliau juga bercadang hendak ke kedai buku Konikuniya untuk membeli buku-buku berkenaan arkitek dan senibina. Untuk hari ini sahaja, empat kedai buku kami masuki, KL Sentral sahaja sudah tiga buah kedai, manakala sebuah lagi di KLCC.

Di Konikuniya, aku tertarik dengan gelagat seorang wanita berbangsa cina yang aku percaya seorang bukan Islam dan beragama Kristian. Dia khusyuk membaca buku nipis berbahasa Inggeris bertajuk 'What Muhammad said about Jesus'.

Mula-mula dia membacanya di hadapan rak buku kategori Islam, kemudian beranjak dari situ sambil membaca, kemudian duduk di anak tangga dan terus membaca sehinggalah kedengaran pengumuman bahawa kedai akan ditutup tidak lama lagi. Masih tidak beranjak.

Itulah kuasa sebuah buku kecil, hanya beberapa helai sahaja muka surat sahaja tetapi mampu membuat manusia 'tunduk' menghadapnya.

Keluar ke Konikuniya jam 9.30 malam, sekali lagi berjumpa Pak Samad sekali lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...