Langkau ke kandungan utama

Karangkraf ii

Kuiz Sciences of Quran dalam masa dua puluh lima minit. Hanya lima minit untuk berada di hadapan tangga besar UIAM untuk lawatan ke Karangkraf. Sebagai salah sebuah kumpulan penerbitan berusia melebihi 20 tahun dalam penghasilan majalah dan buku, semestinya lawatan pendek ini memberi sedikit idea dan ilmu untuk dipraktikan.

Ruang kerja wartawan dan editor dikelompokan dan dipanggil 'island'. Setiap island terdiri daripada editor dan wartawan dari pelbagai majalah. Jika dilihat kepada kelebihan mewujudkan island, ia membantu setiap wartawan dan editor untuk mendapatkan idea-idea luar pemikiran mereka dan skop majalah mereka. Wujud pertukaran bahan antara satu sama lain untuk dimuatkan dalam keluaran majalah mereka akan datang.

Kami bergerak ke bahagian kreatif yang bertanggungjawab dalam penghasil layout dan grafik majalah. Mengikut maklumat, mereka menggunakan perisian Adobe In-Design bagi tugas-tugas berkaitan. Bagi gambar-gambar luar negara seperti koleksi gambar pemain bola dan seumapamnya, mereka memperuntukan RM4,000 untuk setiap keping CD yang memuatkan gambar-gambar tersebut yang akan digunakan tanpa melanggar hakcipta.

Kami bergerak ke bahagian percetakan. Mereka bukan sahaja mencetak penerbitan dari kumpulan Karangan semata-mata, tetapi kilang percetakan juga mengambil tempahan klien-klien lagi. Atas sebab itu, sebarang foto tidak dibenarkan. Cuma setakat ini, bahagian percetakan akhbar sedang disiapkan dalam lokasi yang sama.

Bergerak ke bahagian yang menghasilkan majalah-majalah komik di bawah kumpulan penerbitan ini yang agak terpisah dengan bahagian-bahagian lain. Kami disambut saudara Gayour yang menjadi ketua editor di bahagian ini. Sedikit sebanyak kami dapat melihat bagaimana teknologi digunakan sepenuhnya dalam penghasilan lima buah komik setiap bulan.

Sempat juga menjenguk-jenguk kerja wartawan komik yang sibuk menaip buble dialog ke dalam komputer sebelum dihantar melalui server kepada kakitangan lain.

Jam 6.30 petang, berlari semual ke bilik untuk menyiapkan montaj dan video untuk Malam Anugerah Vision 2006 yang bakal diraikan tiga hari lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...