Pulang dari Ansar Jumaat lalu memberi satu pandangan yang menarik sepanjang perjalananku sambil berdiri dengan LRT ke Terminal Putra Gombak. Tanganku sedang membelek majalah I keluaran terbaru yang memaparkan wawancara Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Menariknya bukan berkenaan agenda politiknya, kerana itu sememangnya tanggungjawab beliau untuk mentadbir negeri Kelantan. Aku gemar dengan tindakan beliau apabila membuat lawatan luar negara, satu berita yang susah untuk aku ketahui melalui akhbar perdana. Beliau banyak membawa idea-idea baru dalam lawatan ke China baru-baru ini. Ia bukanlah idea untuk mewujudkan dagangan antarabangsa atau mewujudkan MOU dengan insitusi pendidikan dan ekonomi di sana. Sebaliknya membawa idea-idea insaniah kepada masyarakat Kelantan yang nampak remeh tetapi besar impaknya. Tok Guru dalam lawatannya mendapati masyarakat China Muslim akan bersolat apabila tiba waktunya di mana-mana tempat bersih baik di kawasan terbuka mahupun di tepi jala...
Catatan penulis buku, trainer bengkel dan kursus penulisan.