Langkau ke kandungan utama

Terima Kasih si Hijau


Akibat Brontok, virus komputer ini telah melumpuhkan segala operasiku untuk berkarya dan menyiapakan tugasan kuliah 200 mukasurat. Mujurlah aku sempat menyimpan semua hasil penulisanku di dalam kepingan cd 24 jam sebelum komputer RM240.00 mengucapkan selamat tinggal kepada aku. Hendak beli yang baru, tunggulah tahun hadapan. Tetapi ada satu perkara yang aku belajar daripada peristiwa 'pembunuhan' kejam si Brontok.

Asalnya virus Brontok dihasilkan di Indonesia, tujuannya untuk mengelakan pelayar laman web tempatan mereka melayari laman web lucah. Tambahan lagi, sekarang panas dengan penentangan masyarakat Muslim Indonesia terhadap cadangan mewujudkan majalah Playboy edisi tempatan, semestinya sudah tentu ada edisi elektroniknya iaitu laman web. Maka virus ini berperanan 'mengajar' mereka yang gatal tangan untuk berbuat demikian. Masalahnya, ia tidak dapat dikawal dan menjangkiti semua pangkalan data dalam internet dan disebarkan melalui disket dan thumbdrive apabila memuat turun sesuatu dari internet.

Apa pengajaran yang aku dapat dari dari pemergian sahabat aku, yang aku panggil si Hijau ini (kerana skrinya selalu berwarna hijau). Pertama, benda yang murah juga memberi imbalan yang besar kepada kita jika tahu menggunakannya. Si Hijau sudah bersamaku sejak setahun setengah lalu, dengan wang RM500 daripada kaji selidik pasca pilihanraya oleh Prof Syed Arabi Idid, separuh daripadanya aku membeli CPU terpakai melalui abangku yang serba tahu hal ini.

Sedar atau tidak, si Hijau telah berkhidmat kepadaku dengan menghasilkan 3 manusktrip untuk PTS, siri surat pembaca dan pendapat untuk Utusan Malaysia dan Berita Harian, 12 bukan siri Personaliti Pelajar untuk Dewan Siswa (sedang disambung untuk tahun 2006) dan siri penulisan lain dalam majalah I, Minda (yang sudah terkubur) dan Dewan Ekonomi. Aku hampir terlupa bahawa aku sudah dua tahun lalu aku tidak menerima apa-apa pinjaman pendidikan lagi melainkan melalui hasil penulisan ini.

Nampak gayanya aku perlu menunggu abangku pulang dari Melaka Rabu ini untuk merawat si Hijau yang sedang tenat. Sabar ya!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...