Langkau ke kandungan utama

Pembuka dan penutup





Penutup 2005 adalah penuh yang penuh bermakna buat kolej kediamanku di mahallah Ali. Semangat kerjasama dan ukhuwah sebagai saudara dan keluarga seolah-olah dibayar dengan siri kejayaan melalui beberapa program yang kami sertai bersama.
Pada masa yang sama, permulaan tahun 2006 pula disambut dengan siri lawatan ke Kolej Kediaman Kedua UPM. Sebuah kolej yang lengkap serba serbinya berbanding apa yang kami ada di kampus ini. Tetapi aku selalu berkata, "Kita berjuang di kolej ini dengan struggle" yakni kita tidak terikat dengan merit atau seumpamanya tetapi kerana ada rasa sayang kepada tempat kita berteduh dari panas dan hujan sepanjang tahun pengajian, harus kita menyumbang sesuatu.
Kolek Kediaman Kedua UPM lebih aku sifatkan sebagai guru dalam memimpin kami pendekatan yang betul dalam menggerakan kolej kami. Aku cukup berbesar hati kerana mereka menerima kita yang serba kekurangan dari satu sudut dan mempunyai kelebihan dari sudut lain. Malah dalam lawatan sebegini kami mempelajari beberapa tip sebelum menziarah dan belajar dari tempat dan individu yang bakal kita tujui sebagaiman diperingatkan oleh penasihat dan bekas pemimpin MRC terdahulu, saudara Nizam:
  • Faham mengapa anda ke sana. Adakah untuk menunjuk-nunjuk kita hebat atau hendak belajar untuk menampung kekurangan yang ada? Elakan dengan perkataan-perkataan sebegini, "Oh di sana kami ada itu ada ini.." sekiranya ia tidak benar. Penipuan memberi kita masa bukan penyelesaian
  • Kata seorang Cina, "Act stupid" . Ini adalah pesanan dalam dunia perniagaan, tetapi ia boleh diguna pakai dalam dunia kepimpinan pelajar.
  • Akui kekurangan dan merendah diri. Kata-kata besar, sebagaimana kata Donald Trump "Shows your stupidity." Berhati-hati orang boleh menjangka pada waktu bila kita sebenarnya berbohong.
  • Kekalkan adab sosial. Mungkin ada satu-dua sifat gila-gila yang kurang wajar dipamerkan meskipun ia sudah sebahagian dari diri. Tetapi dalam acara rasmi sebegini perlu kurangkan.
  • Ambil satu dua perkara baru yang boleh diamalkan dari orang yang kita kunjungi. Ambil meskipun ia kecil. Misalnya, jika wakil kolej dilawati mempunyai pakaian rasmi bagi perwakilan, maka pulanglah ke kolej kediaman anda dan hasilkan yang sama.
  • Jangan timbulkan konflik secara terbuka. Sudah menjadi kebiasaan, dalam kepimpinan pun ada masalah tetapi jangan timbulkan di hadapan orang asing. Ia mempamerkan kejelekan sikap dan kekurangan daya pemimpin dan kedegilan orang dipimpin.
  • Jika terdapat pembentangan melibatkan sekretariat atau biro, pastikan hanya ketua atau naibnya sahaja yang membentangkan. Jangan menawarkan diri untuk bercerita mengenainya meskipun anda seorang pemimpin. Kerana apa yang anda tahu tidak kesemuanya sebagaimana orang yang diamanahkan.
  • Seandainya ada soalan-soalan berbangkit yang bukan melibatkan diri anda dan ruang tugas, jawab seandainya mampu dan serahkan kepada kepimpinan untuk menjawabnya.
  • Rakam dalam bentuk audio-video dan pelajari semula gerak kerja anda.
  • Jika membuat sebarang usaha bersama, pastikan diadakan mesyuarat yang kerap dengan melibatkan semua agar wujud persefahaman. Catat segala perjalanan mesyuarat dan pastikan mempunyai salinan akhir apa yang dipersetujui bersama.
  • Ingat, ingat dan ingat. Kita belajar dari mereka, jadilah murid yang baik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...