Langkau ke kandungan utama

Kelas Arab di Tanah Melayu

Alhamdulillah, aku panjatkan kesyukuran kepada Tuhanku yang memudahkan perjalan hidup ini. Malam ini menjadi satu sejarah kecil dalam perjalan kolej kediaman mahallah Ali Ibn Abi Talib dalam menganjurkan kelas bahasa Arab mingguan di bilik persidangan dari jam 11 sehingga 12 malam. Bermula dengan jumlah yang kecil, kurang daripada 10 orang, aku harap ia akan bertambah selepas cuti semester ini.
Dahulu aku pernah mengikuti kelas ini. Cuma waktunya sahaja membuat aku terkejar-kejar antara satu kelas ke kelas ini dan kemudiannya solat Jumaat. Ia pada asalnya diadakan sejam sebelum solat Jumaat setiap minggu. Aku hanya berkesempatan datang untuk beberapa kelas sahaja.
Kali ini aku bertemu lagi dengan tenaga pengajar ini, selepas dia bertemuku untuk mengikuti bengkel penulisan PTS. Dari titik pertemuan ini, aku dan dia merencanakan agenda untuk menghidupkan semula kelas ini. Malah waktu kelas tersebut merupakan cadangannya. Program ini secara tidak langsung menjadikan Jawatankuasa Perwakilan Mahallah Ali yang pertama mengadakan kelas seumpama ini.
Sementara itu, aku baru sahaja bertemu dengan saudara Syarifudin, juniorku yang merupakan pelajar yang menginap di kolej kediaman yang sama. Beliau merupakan penulis buku Akademi Kehidupan untuk Remaja Kreatif. Melihat kepada situasi ini, aku mencadangkannya seandainya mempunyai cadangan untuk mewujudkan bengkel-bengkel dalaman untuk para pelajar baru, bagus juga digunakan platform yang sedia ada. Setidak-tidak jika ia menjadi tradisi, mahallah Ali akan melahirkan lebih ramai penulis muda yang hebat seperti Syarifudin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...