Langkau ke kandungan utama

Catatan

kesibukan tiga dalam satu

Kesibukan dan keseronokan berganda. Syukur kepada Allah, akhirnya laman web kolej Ali dapat dilayari di www.aliman.cjb.net yang sudah seminggu di dunia maya. Aku sungguh berpuas hati, meskipun tidak sesempurna mana kerana dalam penghujung pengajian ini, diberi kekuatan oleh Allah untuk menghasilkannya. Menariknya laman web ini mempunyai laman webTV, radio, akhbar dan ruangan chat. Itulah benda-benda yang akan membuat orang melayarinya. Sekadar melihat muka perwakilan kolej setiap hari pun membosankan juga. Jadi perlulah beralih angin sementara. Dalam masa yang sama, kami di sini melalui pertandingan seni budaya dan persembahan pentas bermula dari Selasa sehingga Khamis lalu. Syukur sekali lagi, kolej Ali merangkul kejuaraan untuk pertandingan ini. Kami memenangi acara drama dan nyanyian, sementara seni budaya di tempat kedua. Itu pun ada juga cerita-cerita yang tidak berpuas hati, namun tak kurang yang bergembira bersama kami. Perkara yang menggembirakan kami ialah 'ayah' kepa...

New World Order

Getaran telefon bimbit yang dimatikan bunyinya tidak aku sedari. Selepas sejam ia berada di atas katil, barulah aku tergerak untuk mengambilnya. 'One missed call. One message received' Siapalah agaknya, aku tertanya-tanya. Mungkin penting benar sehinggakan terpaksa menghubungiku tengah hari ini. "Assalamualaikum, please attend a talk by George Galloway, Member of Parliment, Britain on behalf of Ansar. Jot down any important points, ask for one copy of the video recording." Baru aku teringat ada satu ceramah umum oleh individu yang dmaksudkan pada petang itu. Nampaknya terpkasa membatalkan beberapa perkara penting petang itu. Bukan satu peluang yang terbuka setiap hari mendengar tetamu dari luar negara, seorang ahli parlimen dan aktivis anti perang berkongsi sesuatu dengan kita di tanah air. Alhamdulillah, mujurlah ada Ahmad Juwaini, sahabat yang meminjamkan aku kamera digital yang tidak sampai seminggu umurnya. Tujuannya, untuk aku merakamkan dalam bentuk audio sebaga...

Laman web dunia

Aku sedang dalam kesibukan menyiapkan banyak perkara. Moga Allah mempermudahkan tugas-tugasku. Ketika ini aku sedang sibuk menyiapkan projek laman web kolej yang bakal berada dalam dunia maya tidak lama lagi. Ini adalah salah satu pendekatan yang dilancarkan oleh Sekretariat Penerbitan dan ICT dalam projek pemasaran jenama kami mengadaptasi dari pendekatan pemasaran dalam dunia niaga. Ada yang menyangka aku menggunakan perisian canggih untuk membuatnya, percayalah anda sendiri boleh menghasilkan sendiri melalui perisian Frontpage. Kelak laman web ini akan mempunyai webTV sendiri yang akan memaparkan aktivit-aktiviti kampus dan kehidupan di UIAM. Laman ini kelak dihubungkan dengan laman radio maya dan akhbar digital untuk menggalakan orang ramai melayarinya. Aku harus berterima kasih kepada abang Amirudin kerana mengajarku cara memuat turun video ke laman web. Mungkin satu hari nanti aku akan mencipta rancangan webTV aku sendiri dalam blog dan web MotivasiMinda kelak untuk siaran seluru...

Secawan Milo perang.

Secawan Milo perang. Ada beberapa fakta menarik yang haris dijadikan renungan dan peringatan buat kita yang serius memikirkan nilai hidup, keamanan dan perpaduan umat.Sepanjang tiga hari ini (15-17 Disember 2005) PWTC menjadi tumpuan dunia melalui Forum Perdana Kemanan Sejagat. Ia dsifatkan sebagai perkumpulan manusia antarabangsa yang menenatng idea dan pelaksanaan Amerika dalam pengurusan dunia berteraskan peperangan gila. "Lihat sahaja suasananya. Di kiri dan kanan kamu adalah manusia-manusia antarabangsa yang turun ke satu tempat untuk bukan untuk bercakap kosong tetapi mendedahkan keburukan Amerika yang melampaui batas..." kata abang Jef berkongsi ceritanya yang hadir ke forum tersebut. Burger yang terhidang sekadar mengenyangkan perut. Jus dan Milo yang dihantar oleh mamak sekadar memaniskan hujung lidah. Cerita dan perbincangan dalam perut PWTC tentang Amerika adalah santapan minda. Sambungnya lagi, "Perkara yang menarik apabila Daniel Ellsberg, aktivis anti pera...

Kempen global antiperang patut disegerakan

Kempen global antiperang patut disegerakan Laporan Berita Harian 15,16 & 17 Disember 2005 Oleh Jamhariah Jaafar SEJUMLAH 360 tan senjata mengandungi uranium digunakan dalam pencerobohan Amerika Syarikat (AS) di Iraq pada 1991. Tiga tahun selepas itu, pakar perubatan di Basrah mendapati barah di kalangan kanak-kanak bertambah dan sekarang ia meningkat tujuh kali ganda, 700 peratus dan kehabisan ikhtiar untuk merawat mereka. Kejadian itu menyaksikan ada kanak-kanak dilahirkan tanpa memiliki otak, hanya memiliki sebelah mata, tidak ada tangan. Wanita Iraq amat gerun untuk melahirkan anak, gerun untuk melihat apa yang bakal keluar dari rahim mereka. AS dan sekutu sudah mencemarkan ‘buaian tamadun manusia’ seumur hidup kerana semua mangsa perang ini dan pewaris mereka terpaksa hidup dengan penyakit barah seumur hidup. Gambaran yang diluahkan Pengasas dan Presiden Institut Penyelidikan Dasar Nuklear (NPRI) Amerika Syarikat, Dr Helen Caldicott pasti menggerunkan lebih 2,000 tetamu Forum K...

Masyarakat dunia perlu buktikan peperangan tidak beri manfaat

Masyarakat dunia perlu buktikan peperangan tidak beri manfaat Laporan Berita Harian 15, 16 & 17 Disember 2005 KUALA LUMPUR: Masyarakat dunia mesti bersatu dalam membuktikan peperangan tidak mendatangkan sebarang manfaat termasuk dari segi material, di samping sepakat mendedahkan segala bentuk penyelewengan yang menindas rakyat. Pengarah Urusan yang juga Pengarah Program CorpWatch, Pratap Chatterjee, berkata tindakan melampau Amerika Syarikat yang kononnya mahu membantu pemulihan dan pembangunan semula Iraq adalah antara contoh penyalahgunaan kuasa yang tidak wajar dilindungi. Sebagai contoh, katanya, kontraktor Amerika di Iraq dibayar setinggi AS$80,000 setahun sedangkan pada masa sama, 60 peratus daripada rakyat Iraq tidak mempunyai pekerjaan. “Gaji seorang pemandu trak tidak mahir berbangsa Amerika di Iraq ialah AS$80,000 setahun, orang Filipina dan India dibayar AS$3,000 manakala rakyat Iraq hanya menerima AS$1,000 setahun... ini membuatkan mereka kecewa. “Ada juga yang menggaj...

Dedah maklumat elak peperangan

Dedah maklumat elak peperangan’ Laporan Berita Harian 15-17 Disember 2005 Forum Keamanan Sejagar KUALA LUMPUR: Setiap warga dunia yang mempunyai sebarang maklumat yang mampu mengelak atau menghentikan peperangan wajar tampil mendedahkannya bagi menyelamatkan nyawa mereka yang tidak berdosa akibat dasar luar kuasa besar. Aktivis antiperang dari Amerika, Daniel Ellsberg, yang terbabit dalam pentadbiran Presiden Richard Nixon ketika Amerika melancarkan perang terhadap Vietnam, berkata pendedahan maklumat penting boleh mengelak berlakunya perang. “Hanya beberapa orang yang rapat dengan Nixon membuat keputusan menentukan nasib jutaan rakyat di sebuah negara yang beribu-ribu batu jauhnya dan tidak mungkin sama sekali mengancam Amerika dalam apa cara sekali pun. “Saya menolak cadangan menyerang Vietnam ketika itu kerana sedar perang tidak akan membawa sebarang hasil sebaliknya mengorbankan ribuan nyawa di kedua-dua belah pihak selain menelan belanja yang amat besar. “Keadaan di Iraq juga tida...