Langkau ke kandungan utama

Secawan Milo perang.

Secawan Milo perang.

Ada beberapa fakta menarik yang haris dijadikan renungan dan peringatan buat kita yang serius memikirkan nilai hidup, keamanan dan perpaduan umat.Sepanjang tiga hari ini (15-17 Disember 2005) PWTC menjadi tumpuan dunia melalui Forum Perdana Kemanan Sejagat. Ia dsifatkan sebagai perkumpulan manusia antarabangsa yang menenatng idea dan pelaksanaan Amerika dalam pengurusan dunia berteraskan peperangan gila.

"Lihat sahaja suasananya. Di kiri dan kanan kamu adalah manusia-manusia antarabangsa yang turun ke satu tempat untuk bukan untuk bercakap kosong tetapi mendedahkan keburukan Amerika yang melampaui batas..." kata abang Jef berkongsi ceritanya yang hadir ke forum tersebut.

Burger yang terhidang sekadar mengenyangkan perut. Jus dan Milo yang dihantar oleh mamak sekadar memaniskan hujung lidah. Cerita dan perbincangan dalam perut PWTC tentang Amerika adalah santapan minda.
Sambungnya lagi, "Perkara yang menarik apabila Daniel Ellsberg, aktivis anti perang Amerika yang merupakan bekas kakitangan pentadbiran Amerika. Katanya peperangan di Iraq adalah peperang yang paling 'cepat' mendapat tentangan dari masyarakat dunia. Semuanya kerana Internet."
Seronok mendengar maklumat baru tersebut. Mengunyah burger yang semakin habis, cerita masih belum habis lagi, "Ketika perang di Iraq, 500 wartawan dihantar bersama-sama sebagai 'tentera' Amerika untuk melaporkan serta melawan laporan berita sebenar dari seluruh dunia. Berbeza ketika perang Vietnam, tindakan melewat-lewatkan berita sebenar adalah pendekatan mereka dahulu"
Kekuatan maklumat dan berita sememangnya sesuatu yang menjadi tumpuan utama mana-mana kuasa yang ingin menjajah. Rupert Murdoch melakukan tindakan yang sama dengan melakukan penggabungan korporat media atas tujuan yang sama. Bukan sekadar keuntungan, penjimatan perbelanjaan tetapi ia juga melibatkan keselarian maklumat.
Dalam sesi soal jawab forum tersebut ada juga pengaju soalan yang di'belasah' mindanya kerana ketidakmatangan soalan dan kedegilan menerima fakta, "Dalam sejarah perluasan kuasa dunia, penjajahan, kolonialisme dahulu dan kini ia dimulakan dan berpunca oleh seorang manusia sahaja yang menggelarkan diri mereka emperor. Bush, Julius Ceaser, Alexander semuanya bermula dari seorang.
Aku bersetuju dengan kata-katanya. Kuasa Karisma dan kekuatan fizikal seperti ketenteraan akan membuatkan seseorang cuba mencapai matlamat tersebut.
Malah aku melihat Barat sebenarnya tidak bercadang menamatkan era kolonial sebagaimana sebuah peperangan ditamatkanmelalui pengisytiharan dan perjanjian. Beritahuku bilakah kali terakhir kita mendengar mereka tidak akan melaksanakan agenda imperialisme dan kolonialisme mereka. Paling jauh pun akan disebutnya, memberi negara tersebut bebas untuk mentadir sendiri.
Iraq menyaksikan betapa murahnya nilai setiap warga tanah air tersebut. Penceroboh Amerika pernah melancarkan pengeboman di sebuah kawasan awam sehingga mengakibatkan kematian 11 orang kanak-kanak. Berapakah nilai yang dibayar mereka sebagai pampasan 'tersasar' kepada bapa mangsa?
US$10,000 dengan nilai setiap satu mereka US$1,000 atau kurang.
Lucunya dengan kejahilan dan kedunguan kepala penjajah, alasan mereka mengatakan Iraq harus dibebaskan dari kegelapan hakikatnya terbalik. Mereka sengaja melupakan bahawa Iraq, di kota Baghdad adalah kota ilmu. Angka 0 yang banyak membantu penyelesaian matematik adalah sumbangan orang Arab.
Pelbagai ilmu diterjemah dan dikembangkan di sana dan disebarkan kepada dunia Eropah. Siapa lebih jahil dan dungu yang perlu dibebaskan segera.Manusia dan kuasa seperti satu penyakit yang melarat. Penyakit ini mebawa manusia menjadi canggih dalam persenjataan sehinggakan loji-loji nuklear dibina untuk memusnahkan seluruh dunia dari pelbagai lokasi dalam masa 3 minit sahaja melalui satu butang yang harus ditekan sama ada ketua negara Rusia dan
Amerika.
Kerana kegilaan ini juga, mereka mencipta teknologi menipu dengan menghasilkan bungkusan-bungkusan makanan yang dijatuhkan di udara oleh mereka yang merupakan bungkusan senjata membunuh apabila kanak-kanak Iraq mula mengoyak bungkusan menarik itu.
Forum Perdana Kemanan Sejagat memberi sumbangan tersendiri. Memberi platform untuk mendengar kebenaran tentang kezaliman, membuka ruang kerjasama dunia dan menghimpunkan orang muda di negara ini untuk mendengar dan bertindak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...