Langkau ke kandungan utama

kesibukan tiga dalam satu

Kesibukan dan keseronokan berganda. Syukur kepada Allah, akhirnya laman web kolej Ali dapat dilayari di www.aliman.cjb.net yang sudah seminggu di dunia maya. Aku sungguh berpuas hati, meskipun tidak sesempurna mana kerana dalam penghujung pengajian ini, diberi kekuatan oleh Allah untuk menghasilkannya. Menariknya laman web ini mempunyai laman webTV, radio, akhbar dan ruangan chat. Itulah benda-benda yang akan membuat orang melayarinya. Sekadar melihat muka perwakilan kolej setiap hari pun membosankan juga. Jadi perlulah beralih angin sementara.

Dalam masa yang sama, kami di sini melalui pertandingan seni budaya dan persembahan pentas bermula dari Selasa sehingga Khamis lalu. Syukur sekali lagi, kolej Ali merangkul kejuaraan untuk pertandingan ini. Kami memenangi acara drama dan nyanyian, sementara seni budaya di tempat kedua. Itu pun ada juga cerita-cerita yang tidak berpuas hati, namun tak kurang yang bergembira bersama kami.

Perkara yang menggembirakan kami ialah 'ayah' kepada kolej ini sangat berbangga dengan siri kejayaan ini. Sebagaimana seorang anak yang cuba membanggakan ayah dan ibunya. Begitulah juga kami di sini, bertindak dan berfikir sebagai satu keluarga.
Banyak lagi perkara yang perlu aku selesaikan segera, tambahan lagi peperiksaan pertengahan sangat dekat.

Tugasan di pejabat, amanah di kolej, penulisan semuanya menanti aku bertindak. Ya Allah, berilah ketenangan hati dan kekuatan untuk bekerja. Buat sahabat-sahabat doakan dirikuyang kecil ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...