Langkau ke kandungan utama

[Februari] Coaching Penulisan Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak


  • Mahu tahu cara menulis buku cerita bergambar kanak-kanak?
  • Mahu tahu seni menyediakan buku cerita untuk anak kita?
  • Mahu tahu bagaimana anak kita meningkat kecerdasan dengan buku cerita bergambar?


Juga…

Mahu tahu bagaimana mengajar subjek menggunakan buku cerita bergambar kanak-kanak?

Coaching Penulisan Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak
Ahad 10 Februari 2013
9.30 pagi - 1.00 tengah hari

Siapa trainernya?

Dikendalikan oleh Cik Puan Fazeila Isa, merupakan mente kepada Dr Virginia Lowe, juri Children's Book Council's Book of the Year Award dan Convenor for the CBCA Crichton Award, Australia.

Apa yang akan kami perolehi?

(1) Modul Pertama
Apa yang saya dan mereka baca

Bermula dengan buku cerita bergambar Where the Wild Things Are.
Mengetahui jenis-jenis buku bergambar kanak-kanak yang berada di pasaran
Menulis dan memahami gaya buku bercerita bergambar yang pernah menerima anugerah

(2) Modul Kedua
Memfokuskan kek pasaran buku cerita bergambar

Meletakkan sasaran pembaca, jenis buku cerita bergambar dan tahap penguasaan.
Mengasingkan gaya 'trade picture books' dan school readers
Membangunkan tema buku cerita bergambar kanak-kanak.

(3) Modul Ketiga
Membangun struktur buku cerita bergambar

Kaedah 32 halaman dan variasi 24, 16 dan 8 halaman
Membangunkan stroribod
Mengaplikasi struktur formal dan peraturan buku bercerita bergambar.

Mahu mencipta sesuatu yang baru tahun ini?

Jika pernah mendaftar mana-mana kursus di kursuspenulisan.com sebelum ini, semak emel atau spam. Jika belum, klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...