Langkau ke kandungan utama

Sedihnya hati mengenangkan manuskrip yang hilang (1)


Ada tiga situasi yang berlaku di kalangan penulis yang menyebabkan mereka kehilangan manuskrip yang sedang ditulis.

Pertama

Seorang penulis yang bergandingan dengan tokoh motivator negara kerugian sejumlah manuskrip baru dan kehilangan salinan manuksrip-manuskrip lama yang ditulis lebih lima tahun. Ia berlaku apabila komputer riba yang dicuri selepas keretanya dipecahkan di sebuah kompleks membeli belah.

Kedua 
Seorang penulis kehilangan manuskrip selepas komputernya diserang virus dan perlu diformat semula. Salinan pada thumbdrive juga mengalami keadaan yang sama. 

Ketiga
Sebuah penerbit kehilangan sejumlah manuskrip apabila komputer riba para pengurusnya dicuri ketika sesi semburan kawalan serangga dilakukan di pejabat ketika solat Jumaat. Kumpulan yang melakukan aktiviti semburan itu adalah perompak yang bertindak ketika pekerja-pekerja lelaki ke masjid.

Ketiga-tiga situasi ini mendorong para penulis berfikir, apakah yang perlu dilakukan bagi memastikan manuskrip sentiasa berada dalam keadaan selamat?

Terdapat empat cara yang dilakukan oleh para penulis.
  • Penggunaan Dropbox
  • Penggunaan Google Docs
  • Penggunaan Gmail
  • Penggunaan blog
Penggunaan Dropbox.
Dropbox bertindak sebagai ruang simpanan dokumen secara online. Ia dapat diakses dari mana-mana komputer dan tablet yang mempunyai Dropbox. 

Penulis melayari laman web Dropbox kemudian mendaftar di laman web itu melalui fungsicreate an account. Klik download Dropbox yang tertera pada laman hadapan bagi menggunakan aplikasi ini sepenuhnya.




Ini adalah contoh bagaimana kami menyusun semua manuskrip ke dalam satu folder di dalam Dropbox.



Paparan Dropbox pada komputer kita akan kelihatan seperti folder-folder dalam di dalam komputer.

Setiap kali penulis menulis di Word atau pun Open Office, salinan manuskrip itu akan disimpan di folder Dropbox yang berada pada komputer.




Folder Dropbox dapat diakses dari mana-mana komputer dan tablet selagi mana kita mengakses menggunakan username dan password kita.

Mahukan Dropbox secara percuma? Klik di sini

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...