Langkau ke kandungan utama

Penulis untung kecil, penulis untung besar



Benarkah jika saya lakukan semua sendiri saya akan untung lebih besar dalam penulisan?

Saya memutarkan kembali lagu lama yang berada dalam simpanan. Lagu itu berjudul Nothing Gonna Change My Love For You nyanyian Glenn Medeiros. Ia dirakamkan pada tahun 1987.



Kisah populariti Glenn dilihat sebagai rezeki atas rezeki.

Penyanyi kelahiran Hawai ini merakamkan lagu itu dan disiarkan di stesyen radio dan televisyen Hawai. Kepopularan beliau setakat di situ sahaja.

Keuntungan kecil menjadi keuntungan besar kepada Glen apabila seorang juruhebah radio membeli album Glenn di Hawai ketika beliau bercuti.

Juruhebah dari Amerika Syarikat pulang dan kemudian memutarkan lagu Nothing Gonna Change My Love For You di Amerika. Lagu itu meletup di sana. Ia menjadi kegilaan baru para pendengar.

Amerika menerima baik kedatangan penyanyi dari Hawai ini.

Keuntungan kecil menjadi keuntungan besar kali kedua berlaku. Glenn mendapat tempat dalam dunia muzik di Eropah. Tetapi tidak ada pegawai pemasaran atau pegawai promosi yang menghantar albumnya ke sana.

Seorang juruhebah radio dari Eropah yang sedang bercuti di Amerika pula membeli album Glenn. Dia kemudian memainkan lagu tersebut di stesyen radionya.

Sekali lagi nama Glenn dan lagunya menjadi kegilaan.

Rezeki di Hawai, rezeki di Amerika dan rezeki di Eropah. Jualan album penyanyi berusia 25 tahun ketika itu adalah sejumlah 10 juta album di seluruh dunia. Lagunya tersenarai dalam carta Billboard dan hit nombor satu di Belgium tidak sampai tempoh dua tahun. Album beliau juga mendapat anugerah emas.

Keuntungan kecil menjadi keuntungan besar Glen turut berlaku dalam dunia penulisan.

Pertama

Penulis dapat melakukan semuanya, tetapi akan penat mengejar setiap satu langkah dan mengambil masa yang lama. Ada orang lain dalam dunia penerbitan yang dapat membantu mempercepatkan langkah kita. Gunakan peluang itu untuk meletakkan nama kita terlebih dahulu sebelum berkembang lebih jauh.

Kedua

Kejayaan yang dikecapi penulis bukan kejayaan individu. Tanpa ada orang yang menyokong dan berkata anda boleh lakukan, kita tidak akan ke mana. Glenn hanya kekal penyanyi kampung jika dua orang juruhebah radio dari Amerika dan German tidak memutarkan lagunya.

Mahukah kita kekal sebagai penulis kampung sahaja tanpa membenarkan rakan dunia buku membantu?

Ketiga 

Satu bakat sahaja tidak akan berkembang jika tidak digabungkan dengan bakat orang lain.

Bakat nyanyian sahaja tidak akan menjadikan penyanyinya menguasai carta. Ia datang dengan bakat orang lain yang tahu mempakejkan, memasarkan dan mengedarkan kepada khalayak lebih besar.

Jika bakat nyanyian Glenn tidak digabungkan dengan bakat pujuk rayu sang DJ di konti radio, belum tentu Notting Gonna Change My Love For You meletup sehingga hari ini!

Tidak ada istilah kekayaan seorang diri dalam penerbitan

Bakat penulis juga melalui keadaan yang sama. Penulis tidak dapat bergerak sebagai individu, tetapi bergerak sebagai penulis dengan bantuan literary agent, penerbit, pembaca dan media.

Ia menjadi kejayaan dan kekayaan bersama.

Mana satu pilihan kita. Kekal menjadi penulis kampung dengan keuntungan yang sangat kecil yang bergantung kepada kerja seorang diri atau sebaliknya?

Berfikir menjadi penulis yang karya kita panjang hayat dan panjang pendapatanya di pasaran dengan bantuan orang lain.

Benarkah jika saya lakukan semua sendiri saya akan untung lebih besar dalam penulisan?

Pemerhatian ke atas sepuluh penulis PTS mendapati ciri-ciri mudah bekerja sebagai satu tim menjadikan mereka penerima royalti tertinggi dengan nilai terkumpul berjumlah satu juta ringgit.

Keuntungan besar dalam dunia penulisan hanya berlaku dalam kerjasama kumpulan.


Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...