Rabu, Ogos 15, 2012

Kuliah Trainer oleh Dr Billy Kueek


Kuliah Trainer (1)

Alhamdulillah Allah memberi kesempatan kepada saya mengikuti woksyop Training and Presenting Like a Pro. Ia dikendalikan oleh Dr Billy Kuek, melalui konsultanya Billy Kuek International. Entri blog ini dan entri blog seterusnya adalah entri yang saya tulis khusus kepada rakan-rakan trainer dan saudara pembaca. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat belajar sesuatu daripada Dr Billy.

Soalan pertama kenalkah kita kepada Dr Billy Kuek?

Saya mengikuti woksyop seharinya selepas hampir setiap hari melihat iklan di FB.

Dr Billy Kueek lahir di Singapura. Beliau merupakan speaker selama 13 tahun. Beliau sudah menjelajah 40 negara bagi memberi perkhidmatan kepada klien-klien antarabangsa. Dalam bengkel Training and Presenting Like a Pro dia menceritakan kisahnya yang bersifat 'gagal'

Ketika sekolah beliau mendapat kepujian bagi subjek bahasa Cina. Subjek selebihanya, F dan E. Termasuk bahasa Inggeris. Apabila dibawanya keputusan itu kepada ayahnya, beliau berkata dalam keadaan berjenaka, "Mujur ayah saya tidak faham bahasa Inggeris, maka saya berkata F dan E itu, F untuk fantastic dan E untuk excellent."

Dr Billy melakukan pelbagai kerja, dari restoran makanan segera, menghantar surat khabar, kemudian menjaja di stadium dan menjual ensiklopedia.

Dalam jenaka dia berkata, "Dalam situasi tidak ada duit di sekolah, kita akan menjadi 'pandai'. Berkawan dengan pelajar perempuan di sekolah adalah perkara yang bagus. Mereka suka berkongsi, termasuk berkongsi makanan. Lagi pun mereka tidak habiskan makanan. Berbeza dengan lelaki, jika makan sekali pun 'akan makan seorang'."

"Disebabkan saya selalu bersama rakan-rakan perempuan di sekolah, selain perut kenyang, saya jadi usahawan di sekolah. Para pelajar lelaki memerlukan saya menjadi orang tengah bagi mengenali pelajar perempuan yang berkawan dengan saya. Mereka perlu bayar kepada 'konsultan' ini."

"Saya pernah menjual ensiklopedia dari rumah ke rumah. Suri rumah di Singapura ini bijaksana. Ketuk sahaja pintu, dibukanya pintu dan ditutupnya kembali sebelum saya habis berkata-kata. Akhirnya saya mencari idea bagaimana menjual ensiklopedia ini."

"Saya membuka meja berdekatan pasar di kawasan rumah. Kemudian saya berkata kepada ibu-ibu ini, "Jika mahu membeli di pasar, tinggalkan anak bersama saya. Saya akan bacakan cerita daripada buku ini (ensiklopedia). Akhirnya ada ibu yang membeli. Dari satu menjadi dua. Kemudian saya mendapat rekod jualan terbaik agensi."

"Apabila saya mahu mendapat kerja dengan gaji yang baik, majikan-majikan menolak kerana saya tidak ada sijil akademik dari kolej. Apabila saya mengulang dan sambung belajar kemudian memohon kerja, pun ditolak majikan. Katanya, sijil saya tidak sesuai dengan kerjaya itu. No degree, they say you're not qualified. With degree, they say that is the wrong degree."

"Kita dorong diri mencuba. Jika gagal pun, so what?" Berbanding tidak mencuba dan kemudian kita mengagak-agak apa hasilnya kalau kita mencuba.

"Saya pernah gagal dalam bisnes berkaitan sektor pembinaan. Dengan kes ditipu dan sebagainya, kami menanggung hutang bisnes $1.6 juta dolar Singapura. Setiap daripada kami menanggung hutang $400, 000 dolar. Saya bangkit semula."

Kesimpulan saya, "In training business, push yourself to try."

Oh! katanya, "Saya sayang isteri saya kerana dia dapat membuat susu anak di tengah malam dengan kaki sahaja. Bagaimana caranya? Dia akan tolak sedikit-sedikit jari kakinya pada saya dalam keadaan mata tertutup dan berkata, "Abang, bangun buatkan susu anak."

Kesimpulan saya, "In training business, push yourself to try."

Nota trainer | Dalam budaya training Asia, kaedah cerita panjang ini adalah kaedah adalah konsep merendah diri dan memberi inspirasi kepada peserta. Ini berbeza dengan training gaya Barat yang memfokuskan kepada siri pencapaian besar sebagai tanda aras kredibiliti program.  
\Humor dengan ritma oleh trainer, "Apabila Amerika mencipta roket dan ke angkasa, kumpulan itu dipanggil astronaut. Kemudian Rusia pula menghantar 'cosmonaut' diikuti dengan China dengan panggilan tycoonaut. Malaysia, "Can or Not?"

Skrip komitmen trainer dengan meletakkan peserta itu penting, "I want to be somebody to somebody," yakni saya mahu menjadi penting kepada para peserta yang merasakan dirinya juga penting.

Bayangan industri training, "Berbengkel pada hari Sabtu dan Ahad sudah jadi trend. Buktinya pernahkah kita menelof rakan dan dalam keadaan berbisik dia berkata, dia di dalam bengkel?"

Fokus pelanggan trainer, "Saya tidak mempunyai jumlah pelanggan yang ramai, tetapi pelanggan korporat saya adalah pelanggan berulang. Dari dia menjadi staf kemudian menjadi ketua regional mengikut negara, itulah juga pelanggan saya."

Kata-kata jelas trainer, "Tidak ada sesiapa dapat menjamin kejayaan kepada peserta, tetapi jika mengikut cara yang betul kebarangkalian untuk berjaya itu ada. Peratusnya tinggi jika ikut caranya."

Masa depan trainer, "Manusia adalah pelupa, sekali lagi dia akan berkursus dan memenuhi aspek learning, unlearning dan relearning."

Pelaburan trainer, "Melabur dalam pendidikan diri sendiri adalah pelaburan yang kita tidak tahu bila akan diperolehi semula. Tetapi ia pelaburan yang mesti dibuat awal. Mengapa mahu membayar nilainya yang menjadi satu juta hari ini sedangkan pada waktu sebelum ini nilainya rendah dan kita tidak mahu mengambilnya?"

Seni memberi energi peserta oleh trainer, "Dewan program saya tertutup. Apabila pintu dibuka, saya senyum lebar dan menghulurkan tangan bersalam. Kemudian menemui beberapa peserta. Kakitangan pula menjemput masa dengan rasa energi positif."

Seni memberi energi peserta oleh trainer, "Saya tidak dapat memberi pujian kepada semua peserta jika mencapai berpuluh orang. Saya mulakan dengan sesi ice breaking dengan meminta mereka memberi pujian kepada lima peserta lain. Kemudian energi program berubah positif."

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates