Langkau ke kandungan utama

Bayar mahal demi kulit buku?



Mengapa awak membeli buku saya?

Pembaca sanggup mengeluarkan wang dan membeli buku kerana pakejnya.

"Karya saudara mempunyai pakej yang menarik perhatian saya"

Pakej pada karya dapat diukur berdasarkan bagaimana kulit buku dihasilkan, apakah jenis kertas yang digunakan, bagaimana susunan dalam buku diatur oleh penerbit dan penulis.

Semua ini digabungkan menjadi satu sebagai nilai desain.

Nilai desain memberi kesan ekonomi berdasarkan pengalaman

Ada pelanggan sanggup membayar ratus ringgit bagi membeli buku berkulit tebal berbanding berkulit nipis. Meskipun kedua-duanya judul yang sama.

Pernahkah kita mendengar, "Cantiknya kulit buku ini," kemudian dia menyentuh permukaan kulit buku yang timbul. Tidak lama kemudian dia beratur di kaunter mahu membayar harga buku itu.

Hal yang sama berlaku apabila pelanggan membeli buku di kedai buku bagi tujuan dihadiahkan kepada orang lain.

Kerana itu nilai desain menjadi kriteria utama mereka selepas mendapati buku itu mempunyai isi yang bersesuaian.

Nilai desain memenuhi kehendak pembelian untuk orang lain

Buku berjudul Cinta Meraikan Kasih di Langit Syurga terbitan eksklusif PTS untuk POPULAR adalah buku yang memenuhi nilai ini. Buku ini diterbitkan bersama-sama beg kertas yang menggunakan desain yang sama seperti kulit buku.

Fokus buku ini adalah sebagai buku hadiah daripada pembeli kepada penerima. Buku yang cantik pakejnya menjadi kriteria pertama agar mereka membeli.



Buku ini mempunyai versi lebih murah, iaitu versi yang dipecahkan menjadi tiga judul berbeza.

Buku ini menjadi hadiah hantaran oleh pengantin dan nilai desain adalah satu ciri yang mendorong kepada situasi ini. Foto dipetik daripada Facebook pembaca bernama Puan Nini Raman menunjukkan bagaimana buku ini digubah sebagai hadiah iringan.



Nilai desain membesarkan kek pasaran buku

Nilai desain membantu penulis menonjolkan buku mereka dalam rak yang sama. Cuba kita lakukan pilihan. Mana satukah pilihan kita?



Baik, cuba bandingkan dengan kaver buku ini pula.



Kaver manakah yang menarik perhatian saudara? Jika diberi pilihan, sebut salah satu daripadanya.

Bagaimana jika saya katakan ini adalah buku yang sama?




Buku Cerita dari Syurga adalah buku yang diberi tumpuan dari aspek nilai desain. Ini membezakan buku ini berbanding buku-buku motivasi lain.

Pembaca membayar satu harga bagi memiliki buku yang mempunyai dua kaver.

Ini yang menyebabkan pembaca menarik buku ini keluar dari rak dan berkata, "Karya saudara mempunyai pakej yang menarik perhatian saya."

Nilai desain memberi kesan mahal kepada karya

Buku tulisan Harun Yahya mengambil kira nilai desain secara keseluruhan. Ia bermula dari halaman hadapan sehingga ke halaman belakang.

Buku ini popular dengan cetakan timbul berwarna, jenis kertas yang digunakan dan kulit buku yang sentiasa ada sentuhan logo emas Muhammad Rasulullah.



Penggunaan tulisan emas menjadi gaya standard bagi setiap buku tulisan Harun Yahya.





Begitu juga buku Paul Arden yang menjadikan jenis huruf atau font yang digunakan bagi menaikkan nilai desain.




Kredit Amazon dan Georgevoke

Foto di bawah menunjukkan dua halaman dalam buku tulisan Paul Arden


Nilai desain mendorong penulis tidak bergantung harap kepada penerbit semata-mata. Kajian kulit buku, susun atur dan persembahan keseluruhan pakej menjadi tugas kedua penulis selepas berkarya.

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya? Klik di sini  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...