Langkau ke kandungan utama

Adakah karya saudara memudahkan pembaca?



Pernahkah kita melihat pembaca wanita membawa buku kecil di dalam beg tangan mereka?

Mengapa buku kecil menjadi pilihan mereka, sedangkan mereka boleh mendapatkan buku yang sama, jauh lebih tebal dan lebih lengkap?

Komen pembaca sambil membelek buku, "Buku ini mudah dihadam, kita mahukan maklumat, terus penulis berikan maklumatnya tanpa penerangan berjela-jela. Ikut sahaja panduan segera itu."

Lalu dia berdiri di kaunter pembayaran dan membayar harga buku itu.

Nilai yang diberikan oleh penulis buku kecil adalah menjimatkan masa dan memberikan maklumat yang penting sahaja kepada pembaca.



Buku 48 Laws of Power adalah edisi yang padat dengan maklumat, bersaiz besar dan tebal. Buku yang ditulis oleh Robert Greene terbitan tahun 1998 memberi lebih daripada satu contoh daripada rekod sejarah bagi setiap satu law yang diberikan.

Bagi memenuhi kumpulan pembaca santai yang mahu menjimatkan masa dan terus kepada maklumat utama, edisi lebih ringkas diterbitkan dan dikenali sebagai concise edition.

Contoh-contoh sejarah dalam setiap law dikeluarkan daripada buku itu. Edisi ringkas memfokuskan kepada tindakan berbanding penjelasan panjang lebar.



Perbezaan antara edisi tebal dan edisi ringkas adalah seperti berikut.

  • Buku 48 Laws of Power edisi tebal sejumlah 430 halaman dan berharga 9 pound di Amazon
  • Buku 48 Laws of Power edisi ringkas sejumlah 192 halaman dan berharga 4.89 pound.


Apabila kita merancang menulis buku tebal dan padat, fikirkan bagaimana ia dapat dipermudahkan dan dijadikan edisi ringkas agar memenuhi kumpulan pembaca yang akan berkata,  "Karya saudara memudahkan saya."

Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya.? Klik di sini   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...