Langkau ke kandungan utama

Pengalaman orang lain sumber idea penulisan


Tip penulisan Ramadan kursuspenulisan.com

Setiap individu adalah sumber idea sama ada penulisan fiksyen mahupun non fiksyen. Cuba senarakani tiga nama individu yang dapat kita kaitkan dengan pengalaman Ramadan kita.

Pada bulan Ramadan ini, saya teringat seorang lelaki yang menahan saya daripada menaikki lif di ruang legar KLCC.

Pakaianya berbau masam, wajahnya menunjukkan umurnya awal 40-an dan dia membawa beg sandang bersamanya bersama keratan akhbar.

Sepanjang sebulan dia berada di Kuala Lumpur selepas gagal mendapatkan pekerjaan pengawal keselamatan yang tertera pada iklan tersebut.

Ramadan adalah rezeki kepadanya kerana dapat berbuka di masjid bagi menjimatkan perbelanjaan.

Tetapi semakin lama dia di Kuala Lumpur, semakin susut wang belanjanya.

Seminggu sebelum Aidilfitri dia berazam mahu pulang ke Johor. Akhirnya dia menebalkan wajah memohon pertolongan sedikit biaya pulang untuk bertemu dua orang anak dan isterinya.

Dengan sedikit wang belanja pulang yang diberikan kepadanya, lelaki ini menyambutnya dengan mata yang mula berair dan terus memeluk saya.

Kemudian di tengah-tengah KLCC, dia menadah tangan dan mendoakan. Kemudian terus mendoakan.

Bagaimana pula saudara. Siapakah yang saudara kenal dan masih mengingati ceritanya?

Setiap orang ada cerita dan membawa isi ke dalam karya kita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...