Langkau ke kandungan utama

Sesi 'bercinta' di Jabatan Perdana Menteri


Pesta buku antarabangsa kuala lumpur 2012 Pesta buku antarabangsa kuala lumpur 2012







Perpustakaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah meraikan dunia buku dengan menganjurkan bicara penulis, Cinta Meraikan Kasih di Langit Syurga.

Buku terbitan PTS edaran ekslusif POPULAR ini menyentuh beberapa isu berkenaan komunikasi dari aspek kajian perhubungan yang dilakukan oleh pakar komunikasi dan kekeluargaan.

Mengapa buku seperti ini diterbitkan?

Kajian menunjukkan apabila perempuan menjangkau usia 16 tahun, ia merupakan umur bermula mereka membaca karya-karya cinta seperti novel. Ia berdasarkan respons kedai-kedai buku berkongsi dapatan ini.

Adalah sukar bagi menghalang buku ini daripada dibaca, jadi apakah solusinya?

Ditambah lagi dengan isu lambakan novel cabul, iaitu novel yang mempunyai adegan suami isteri sebagai komponen yang dibenarkan ditulis dalam novel. Sedangkan pada usia 16 tahun mereka membaca novel seperti ini.

Buku ini dan buku-buku sebelum dan selepasnya adalah diversion system.







Sepanjang program bicara penulis ini, saya tertarik dengan komitmen  seorang bapa yang mempunyai anak perempuan lepasan sekolah menengah yang mahu menghadiahkan Cinta Meraikan Kasih di Langit Syurga sebagai hadiah hari jadinya. Kebimbangan novel cabul ini benar-benar terpamer di wajan ayah ini.

Ada juga peserta yang mencadangkan diadakan kursus pra percintaan kepada mereka yang belum berumah tangga. Ia bukanlah satu kursus yang mengajar seni bercinta, tetapi menyedari bagaimana mengurus fitrah ini.

Idea ini tercetus kerana kisah Leo Buscgalia, seorang pensyarah yang kehilangan anak murid yang cemerlang. Anak murindynya membunuh diri selepas putus cinta dengan membawa kenderaan jatuh ke dalam gaung.





Dadu cinta didedahkan pada hari bengkel. Dadu Cinta ini adalah proses kematangan cinta yang diajar oleh seorang kaunselor pada tahun 2004. Proses keempat itu memberi impak kepada peserta dengan soalan, "Bagaimana kita menyediakan pasangan kita selepas kita tiada?" Mereka membincangkan hal ini sehingga selepas bengkel.

Kepada pembaca Cinta Meraikan Kasih di Langit Syurga, terima kasih kerana membaca, menjadikan ia sebagai hantaran dan menjadikan ia hadiah kepada pengantin.

--

Zamri Mohamad adalah penulis yang membangunkan kumpulan penulis melalui kursuspenulisan.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...