Langkau ke kandungan utama

PTS Media Group dan QR Code


PTS Media Group PTS Media Group PTS Media Group PTS Media Group
QR Code adalah cara memberi lebih maklumat kepada bakal pembaca. Caranya;



(1) Aktifkan QR Code Reader pada hanfon atau tablet melalui carian di App Store dan Android Market.
(2) Ambil imej QR Code menggunakan aplikasi itu.
(3) Dapatkan maklumat dari laman web yang dipautkan pada QR Code

Analisa kami di kedai buku mendapati QR Code masih belum difahami secara menyeluruh oleh pembaca. Mereka tidak tahu bagaimana QR Code berfungsi kerana kit pengiklanan tidak memberitahu caranya. Sedangkan mereka mempunyai fon yang mempunyai aplikasi internet ketika itu.

Maka pendidikan bagaimana mengaktifkan QR Code mesti diberitahu (melalui kaedah tiga langkah seperti di atas) dipaparkan pada poster, buku, kad bisnes dan modul. Teknik arahan simbol dapat digunakan.

Selagi mana mereka tidak dididik dengan tiga langkah ini pada kit maketing, pembaziran ruang berlaku.






Tiga penerbit, tiga jenis iklan iaitu daripada Alaf, PTS dan Hidayah. Iklan PTS menggunakan QR Code, dengan tambahan informasi 'how to' menjadikan iklan ini ke hadapan atau terperangkap dalam situasi sama dengan kedua-dua iklan ini. Leka juga bermain snap QR Code ini .

---

Zamri Mohamad merupakan penulis buku dan melatih penulis di kursuspenulisan.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...