Langkau ke kandungan utama

Penulis bebas diserang lewat malam


Alumni penulis bebas diserang lewat malam

Alumni penulis bebas diserang lewat malam melalui respons terhadap rencana yang dihasilkan. Satu persatu perenggan dibaca dan diberi cadangan sebagaimana tertera pada imej di bawah.

Apakah pemerhatian saya mengenai alumni Januari lalu?'

Mereka mahu menjadikan tahun ini tahun mereka muncul di media melalui penulisan yang mempengaruhi pembaca.

Insya Allah, saya percaya kita mahukan penulis yang memandaikan bangsa bagi pelbagai subjek menulis dalam akhbar dan majalah. 

Kita mahu mereka menggantikan penulisan 'cucuk-cucuk' yang menghilangkan ketenangan dan meningkatkan curiga. Kami di dengan usaha menghasilkan penulis yang berkarya dan membuat hidup kita bermakna. Mohon doa semua.



Saya suka bahan yang ditulis beliau kerana ia memberi senarai semak apakah bentuk status rumah dan bentuk perjanjian serta profiling pemaju sebelum membeli rumah. 

Ia difokuskan kepada pasangan suami isteri yang mahu benar membeli rumah baru.

"Ya Allah, permudahkan peguam ini dalam penghasilan penulisan beliau kepada golongan marhaen. Ilmumu ke atasnya penting kepada kami, maka mudahkan kami berguru melalui penulisan beliau dengan bahasa yang mudah dan melekat ke dalam hati kami."

Amin ya Rabb.

Nota: Saya tidak pernah berputus asa kepada mereka yang berjuang.

Hanya satu sahaja peluang bengkel penulisan rencana Februari ini

Pada Februari ini hanya satu sahaja bengkel diadakan iaitu pada tarikh dan masa berikut
  • 25 Februari 2012 (Sabtu) Bengkel penulisan rencana akhbar dan majalah 
  • Yuran komitmen RM350 (sebelum 15 Februari) , RM500 (selepas 15 Februari)
Bengkel bermula tepat jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang

Sekiranya saya tidak hadir ke bengkel ini, adakah bengkel ini diadakan pada bulan hadapan?

Kami tidak dapat berjanji ia akan diadakan pada bulan terdekat kerana kursuspenulisan.com hanya menyediakan jadual bengkel public apabila adanya kekosongan pendek selepas kami mengendalikan bengkel organisasi. 

Ia mungkin diadakan dua, tiga atau enam bulan akan datang. Bergantung kepada situasi.

Pendaftaran di kursuspenulisan.com 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...