Langkau ke kandungan utama

Penerbit menggila dengan inovasi 'kenal saya'


Analisa tim latihan penulisan dan penerbitan makmal http://kursuspenulisan.com/ | Pembangunan jenama diteruskan oleh para penerbit buku melalui kaedah ini yang semakin meriah dari aspek kualiti, membina alternatif baru dan konsisten.

(1) Telaga Biru melalui buku dan majalahnya dijadikan bahan tazkirah. Misalnya majalah Solusi pernah digunakan di ILIM sebagai bahan tazkirah oleh imam sementara menantikan solat Isyak selepas Maghrib. Buku Telaga Biru mudah diperolehi di surau kementerian dan digunakan imam bagi tazkirah Zohor serta pada bulan Puasa. Kesanya, hadirin mencari buku ini di kedai-kedai buku.

(2) Karangkraf (dan TV Hijrah) kini membangunkan rangkaian kerjasama M2M (Media dan Masjid) dengan program pembangunan perpustakaan Karangkraf di masjid-masjid (seperti dalam foto). Sebagai rekod, di Kuala Lumpur, JAWI menguruskan 60 masjid seluruh wilayah.



(3) Pembangunan usraf professional oleh penerbit sudah bermula dengan membangunkan usaha usrah yang memberi peluang kumpulan usrah berdasarkan profession. Kesanya mereka mendapat bahan berkualiti daripada naqib usrah dan bahan yang bersesuaian berdasarkan penerbitan. Kumpulan usrah berdasarkan profession memberi keselesaan kepada mereka dari segi privasi dan terbuka dalam kumpulan mereka.

(4) Pembangunan penulis dalam dan luar negara melalui latihan di bawah jenama penerbitan secara konsisten (dalam tempoh 3, 6 dan 12 bulan) melalui pembangunan karya secara adaptasi. Outsourcing dengan mencipta wakil-wakil yang membimbing secara konsisten. Ini seperti mana bayangan Guy Kawasaki yang dipanggil 'Macintosh Evangelist' melalui presentasi beliau (sedangkan beliau tidak berkhidmat dengan Apple lagi, tetapi kesan tetap sama)

(5) Menstruktur tim pembaca sebagai tim sukarelawan penerbit sebagaimana dapat dilihat melalui Karnival Karangkraf, pendedahan industri buku melalui pembaca menyerupai tribe MyTV3 yang melalui semua proses.

(6) Kerjasama 1+1=3, sudah berlaku kerjasama jenama antara penerbit dan bukan 'bisnes buku' sebagaimana kerjasama Adabi dan Karangkraf.




Para penulis apakah idea baru bagi mendorong 'kesedaran' wujudnya buku kita dan mengukuhkan jenama penerbit yang menerbitkan buku kita. Mari kita canai idea gila-gila di sini. Misalnya, "Menaburkan buku dari langit", "Minum dan Baca"

---

Zamri Mohamad merupakan penulisan dan membangunkan penulis baru yang percaya dengan angan-anganya,  gila-gila dan kreatif melalui kursuspenulisan.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...