Langkau ke kandungan utama

Kursus penulisan rencana jadi angan-angan tahun baru


Ketika ini saya sedang meneliti sebuah rencana undang-undang perumahan untuk bacaan awam. Membacanya dan memberi maklum balas minggu ini.






Pasangan suami-isteri yang seterusnya menjadi pembaca Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas menyambut ulang tahun perkahwinan ke-33 dengan memilih menghadiri kursus penulisan anjuran kursuspenulisan.com. Isteri bakal bersara daripada menjadi pengetua di sekolah menengah di Putrajaya. Suami sebelum ini berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri. Allah rahmati, Allah berkati dan Allah kasihi

Sehingga akhir tahun lalu, beberapa penulis sudah mula menjana harta intelek mereka sama ada menulis di akhbar mahu pun di majalah.

Antaranya;

Tuan Hazlam Anuar, "Saya menghadiri bengkel penulisan rencana, kemudian buku berjudul Mudahnya Google Skecthup pula yang terbit."

Tuan Mohd Shamsuriyadi, bermula dengan perjalanan pergi balik dari Perak ke Kuala Lumpur pada hari yang sama untuk menghadiri kursus penulisan. Kurang tiga hari menulis dan tersiar di akhbar. Dia melakukan kejutan dengan sebuah buku diterbitkan berkaitan Google Adsense.

Puan Azlin Ahmad yang menetap di Perth, Australia turun bercuti sambil berbengkel di kursuspenulisan.com mula menambat hati para pembaca dengan siri rencana di majalah Dewan Budaya. Satu persatu rencana beliau tersiar dan rencana pertama dijadikan rujukan dalam penghasilan dokumentari televisyen.

Tuan Ghazali Sulaiman yang aktif menulis rencana kemudian membuat kejutan dengan buku pertamanya Abu Zar Al Ghifari yang merupakan novel sejarah Islam.

Dr Faridah Idris yang awalnya menulis di akhbar meneruskan penulisan artikel di majalah, iaitu majalah Milenia Muslim. Beliau menggunakan pengalaman tugasnya secara langsung ke dalam bentuk penulisan.

Tuan Iskandar Syah, bermula dengan penulisan di akhbar, kini menulis dengan menterjemah karya antarabangsa. Antaranya buku tulisan John Wood, Living Microsoft to Change the World.

Mejar Dr Burhanuddin Abdul Jalal, sebelum ini telah pun menulis, terus menerus berkarya membangunkan karya dengan mengangkat Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang tersiar di akhbar. Kemudian satu persatu rencana ditulis.

Tuan Asyraff Hafdzan Abdullah telah menerbitkan dua buah buku berbentuk fiksyen dan non fiksyen.

Juga senarai penulis yang sebelum ini sudah pun berada dalam saf perjuangan memandaikan bangsa. Kursuspenulisan.com mengucapkan syukur alhamdulillah dan memohon kepada Allah mereka terus menerus diberikan ruang berkarya.

Mereka telah memenuhi angan-angan. Bagaimana dengan kita?

---

Zamri Mohamad merupakan penulis buku yang menjalankan bengkel penulisan melalui kursuspenulisan.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...