Langkau ke kandungan utama

Diari Trainer | Jabatan Perdana Menteri, Jatuh Cinta Kali Pertama


Insya Allah, para penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri akan melihat poster ini di setiap lif dan papan kenyataan bermula minggu ini.


Zamri Mohamad akan bersama warga kakitangan penjawat awam bagi sesi Bicara Buku dan Bengkel Mini pada 31 Januari ini.

Berdasarkan buku Cinta, Meraikan Kasih di Langit Syurga, yang kini menduduki carta ketiga tertinggi pilihan pembaca secara mingguan di POPULAR, penulis yang juga pengasas kursuspenulisan.com akan berkongsi dalam bentuk bengkel mini berkenaan kajian komunikasi perhubungan.

Sepanjang hari itu soalan-soalan ini akan dijawab, iaitu

  • Bagaimana mahu didengari ketika berbincang?
  • Mengapa pujian saya tidak mengubah tingkah laku?
  • Mengapa semakin cinta semakin tidak peduli?

Buku yang hanya eksklusif diedarkan oleh POPULAR ini merupakan kompilasi tiga buah buku tulisan beliau dan penulis bersama Tuan Imran Yusuf.

Kepada kakitangan awam yang berminat mengikuti tip-tip eksklusif pada hari Selasa, 31 Januari ini, hadirkan diri di lokasi berikut.

Ruang Santai Galeri Pameran,
Perpustakaan Pentadbiran Am
Jabatan Perdana Menteri
Aras1, Blok B1, Kompleks JPM
Putrajaya

Atau hubungi hari ini 03-887 23683


Ulasan

MyHalal berkata…
Menarik sgt2..perlu block dlm dairy!

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...