Catatan kursuspenulisan.com
Januari adalah bulan terbaik bagi mencipta kejayaan selama 11 bulan seterusnya. Bertindak awal memberi ruang penulis baru yang konsisten menjajah ruang yang kosong dan tidak perlu berebut-rebut mencari peluang. Cipta peluang dengan merancang awal.
Dimaklumkan dua siri bengkel di bawah kursuspenulisan.com akan diadakan seperti berikut
14 Januari 2012 (Sabtu) Bengkel penulisan rencana akhbar dan majalah
15 Januari 2012 (Ahad) Bengkel penulisan skrip
Mendaftar di sini
Catatan penulis buku, trainer bengkel dan kursus penulisan.
Khamis, Disember 29, 2011
Kursuspenulisan.com | Merancang kejayaan tahun baru
Labels:
kursus penulisan
| Apa pandangan anda |
Rabu, Disember 28, 2011
Ke manakah kita pada tahun baru ini?
Ke manakah kita pada tahun baru ini?
- Mahu mempelajari kaedah mengurus gaji agar makan gaji tapi kaya daripada pakar kewangan peribadi?
- Mahu meng'upgrade' solat agar hati tenang dan gembira rukuk dan sujud kepadanya?
- Mahu memperkenalkan kepada anak-anak bahawa masjid adalah padang permainanya?
- Mahu membeli buku-buku pada harga diskaun dan memilih buku koleksi tahun baru?
- Mahu bertemu para penulis daripada pelbagai penerbitan Islami?
- Mahu melihat secara live persembahan muzik basking?
Program untuk kita semua.
Mini Karnival Indahnya Islam di Masjid Jamek
31 Disember 2011 dan 1 Januari 2012
Pagi
9.00 Pameran dan Jualan Buku
Pameran NGO Islam
Pertandinagn Melukis dan Mewarna
Kuiz dan Game bersama para penulis Karangkraf
11.00 Bedah Buku 'Sifat Solat Nabi' bersama Ustaz Hj Zamihan Md Zin
Tengah hari
12.00 Bersama PTS Publications
Petang
2.00 Kuiz Indahnya Islam
Pendaftaran Sukarelawan Dakwah Indah Islam
3.00 Diskusi buku 'Ensiklopedia Solat' bersama Ustaz Rohidzir Rais
4.30 Solat Asar
5.00 Pelancaran Kempen Indahnya Islam
Basking jalanan
Edaran belon I Love Solat
Edaran kad positif sempena Tahun Baru
Malam
7.00 Solat Maghrib
7.45 Diskusi Buku 'Hidup Tenang walau pun Berhutang'
bersama Shamsuddin Abdul Kadir
8.30 Solat Isyak
9.00 Bual Bicara Indahnya Islam bersama NGO
12.30 Tamat dan bersurai
1 Januari 2012
Pagi
4.30 Qiyamulaill dan munajat
5.30 Solat subuh
6.00 Kuliah Subuh dan sarapan pagi
7.00 Bersurai
Ahad, Disember 25, 2011
Kursus Keusahawanan | Mendapat Notifikasi Pelanggan
Membina borang pesanan pada Google Docs melalui Form adalah salah satu kaedah yang ditunjukkan dalam buku Urus Bisnes dengan Google terbitan PTS Professional.
Mengapa kaedah ini ditunjukkan?
Ini adalah kaedah mudah, cepat dan praktikal serta percuma kepada bisnes kecil mengumpul senarai pelanggan yang membuat pesanan produk.
Kepada seorang penulis, ia dijadikan borang pesanan buku dan borang hubungi kami yang diletakkan pada laman web.
Seorang pembaca bertanya, selepas beliau mengikuti satu persatu kaedah membina borang pesanan di Google Form, beliau mahukan teknik tambahan.
Setiap kali borang diisi pelanggan, notifikasi dihantar melalui emel.
Bagi menjawab soalan ini, kita meletakkan situasi pembaca dalam dua keadaan.
(1) Ada yang mahu menyemak sendiri di dalam borang pesanan yang dibina menggunakan Google Form.
(2) Ada yang mahu diberitahu melalui emel daripada Google setiap kali borang diisi.
Kaedahnya adalah seperti berikut
(1) Klik pada form yang telah dihasilkan.
(2) Kemudian klik pada Tools > Notification rules
(3) Pada bahagian Notification rules, pilih A User Submit A Form dan Email - Straight Away
(4) Kemudian klik save
Entri ini bermanfaat dan dapat mengubah hidup orang lain? Uar-uarkan di blog dan Facebook ya.

“Setelah membaca dan mengaplikasi, mudah saya mendapat tambahan prospek dan pelanggan bagi satu laman web saya. Tiga empat bulan lagi, ianya boleh mengurangkan kos pengiklanan saya!”
Petikan respon blog Tuan Affendy yang merupakan penggerak Kursus-perkahwinan.com
Bisnes kecil yang tidak dikenali tiba-tiba menjadi besar dengan kemunculan pertama buku ini.
Mereka memberi testimonial kejayaan mereka di internet selepas membacanya. Urus Bisnes dengan Google mendedahkan rahsia bagaimana peniaga-peniaga kecil di Malaysia dan negara serantau menggunakan Google bagi mengurus bisnes kecil mereka.
Sembilan aplikasi rahsia di Google bagi memulakan langkah, mengurus, memasarkan dan menggembangkan bisnes kecil kita.
- Google Gmail mengurus komunikasi berkesan pelanggan dan peniaga
- Google Docs memastikan pesanan diurus dengan mudah
- Google Talk menukarkan komunikasi peniaga memikat hati pelanggan
- Google Search memudahkan bisnes ditemui orang ramai
- Google Profile membuatkan pelanggan yakin pada kita.
- Google Alerts menjadikan kita yang pertama tahu aktiviti peniaga lain secara senyap-senyap.
- Google Maps memudahkan pelanggan mencari bisnes kita.
- Google Groups menukarkan bisnes menjadi tumpuan orang ramai.
- Google Calendar memastikan semua orang tahu aktiviti bisnes kita
Satu persatu dicuba dan berjaya. Ditulis secara langkah demi langkah berserta screenshot yang dapat diikuti oleh pembaca.
Dapatkan di kedai-kedai buku utama, sekiranya tidak ada buat pesanan di kaunter kedai buku dengan berkata, "Saya mahu memesan buku Urus Bisnes dengan Google terbitan PTS tulisan Zamri Mohamad," dan hulurkan kertas bertulis judul buku, penerbit dan penulisnya.
Bagi pembelian online di sini
---
ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis buku dan pengasas kursuspenulisan.com . Beliau juga merupakan trainer ideator, kreativiti dan inovasi. Hubungi melalui zamrimohamad@gmail.com bagi menghadiri kursus dan mengendalikan bengkel di lokasi cadangan.
Labels:
Google,
kursus keusahawanan
| Apa pandangan anda |
Isnin, Disember 12, 2011
POPULAR, Cinta; Raikan Kasih di Langit Syurga
Tarikh: 17 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 12.00 tengah hari - 2.00 petang
Penulis: Zamri Mohamad & Imran Yusuf (Cinta: Meraikan Kasih di Langit Syurga)
Aktiviti: Sesi bertemu peminat, bicara buku dan bengkel mini
Tarikh: 17 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 2.00 - 4.00 petang
Penulis: Shamsuddin Kadir (Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Makan Gaji Tetapi Kaya, Kaya dengan Rumah, Buat Duit dengan Rumah)
Aktiviti: Sesi bertemu peminat dan bicara buku bersama Shamsuddin Kadir
Semoga Allah permudahkan. Amin.
Labels:
pts
| Apa pandangan anda |
Khamis, Disember 08, 2011
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012
Mereka memanggilnya pesta buku, book fair, PBAKL pada tahun 2012 ini. Nama yang sama sejak berbelas tahun lalu. Harapan pengunjung lebih tinggi mahu melihat sesuatu.
Apa yang kita mahukan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 nanti?
Ada idea?
Buku Cinta Meraikan Kasih di Langit Syurga akan berada di booth jualan rangkaian kedai buku POPULAR di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012.
---
ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis buku dan pengasas kursuspenulisan.com . Beliau juga merupakan trainer ideator, kreativiti dan inovasi. Hubungi melalui zamrimohamad@gmail.com bagi menghadiri kursus dan mengendalikan bengkel di lokasi cadangan.
Apa yang kita mahukan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 nanti?
Ada idea?
Buku Cinta Meraikan Kasih di Langit Syurga akan berada di booth jualan rangkaian kedai buku POPULAR di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012.
---
ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis buku dan pengasas kursuspenulisan.com . Beliau juga merupakan trainer ideator, kreativiti dan inovasi. Hubungi melalui zamrimohamad@gmail.com bagi menghadiri kursus dan mengendalikan bengkel di lokasi cadangan.
Labels:
pesta buku
| Apa pandangan anda |
Kursus Penulisan | Jabatan Pertanian Kedah Bina Imej Baru
Di mana saya berada hari ini?
Hari ini saya bersama-sama 26 orang peserta dari 11 cawangan Jabatan Pertanian Kedah, FINE Academy mengendalikan bengkel penulisan berita dan rencana sebagai persediaan buletin rasmi mereka pada tahun hadapan.
Pada hari pertama, didedahkan mengenai perkara berikut.
- Bagaimana menentukan foto yang sesuai bagi tujuan penerbitan berdasarkan prinsip kewartawanan.
- Tiga prinsip menulis kapsyen foto yang menarik perhatian pembaca
- Apakah dimaksudkan buat sekali makan berkali-kali dalam merancang kejayaan penulis.
- Melindungi karya dan etika penulis berdasarkan Akta Hakcipta 1987.
- Menggali situasi diri dalam penulisan tekanan tinggi.
- Memenuhi prinsip tajuk rencana berdasarkan prinsip pengiklanan bilboard
- Meninjau perkembangan bahan cetak sehingga menjadi ebook. Esentral.com menjadi rujukan contoh percubaan pembangunan untuk buku dalam bahasa Melayu
---
ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis buku dan pengasas kursuspenulisan.com . Beliau juga merupakan trainer ideator, kreativiti dan inovasi. Hubungi melalui zamrimohamad@gmail.com bagi menghadiri kursus dan mengendalikan bengkel di lokasi cadangan.
Labels:
kursus penulisan
| Apa pandangan anda |
Kursus Penulisan | Berani bereksperimen dan mencuba
Seronok membaca hasil tulisan peserta yang melangkaui 'bimbingan trainer'. Mereka mencuba-cuba bereksperimen dengan gaya pendulu berbeza. Sedangkan ia akan didedahkan pada hari ini di dalam kursus penulisan sesi kedua.
Ya, keberanian ini yang diperlukan dalam berkarya. Ini bukan sekadar buletin jabatan, ini adalah legasi yang mereka akan simpan untuk keturunan mereka.
Menuju ke KL International Hotel bersama-sama 24 artikel pecutan bebas yang dihasilkan semalam.
Kerana itu dalam training jumlah tidak perlu ramai, agar mudah dilihat satu persatu.
Berani bereksperimen adalah usaha jaya penulis.
---
ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis buku dan pengasas kursuspenulisan.com . Beliau juga merupakan trainer ideator, kreativiti dan inovasi. Hubungi melalui zamrimohamad@gmail.com bagi menghadiri kursus dan mengendalikan bengkel di lokasi cadangan.
Labels:
kursus penulisan,
motivasi
| Apa pandangan anda |
Kursus Penulisan | Soalnya, adakah kita percaya?
Pada pagi ini saya mengenangkan cerita di bengkel penulisan rencana anjuran FINE Academy semalam.
Salah seorang peserta memberitahu dia pernah mengikuti kursus penulisan daripada seorang wartawan televisyen. Itu adalah kursus yang dihadirinya 20 tahun yang lalu.
Kemudian beliau hadir lagi sekali lagi apabila impian menulis yang belum tertunai kerana hambatan persoalan-persoalan yang tidak terjawab sehinggalah selepas kursus semalam.
Jabatan Pertanian Kedah pula merencanakan bengkel penulisan rencana. Pelbagai situasi dilalui sehinggakan ia mengambil masa dua tahun barulah kursus ini dapat diadakan. Walau apa pun, mereka tetap mahukan kursus ini meskipun mengambil masa.
Cerita-cerita mereka ini membuat saya terfikir. Baik individu mahu pun organisasi, sekiranya mereka mahukan mimpi mereka jadi benar, mereka lakukan apa sahaja sehingga memperolehinya.
Saya berfikir.
Sejauh mana saya memenuhi mimpi saya dan berusaha membantu memenuhi mimpi orang lain sama ada melalui kerjasama rakan sekutu FINE Academy mahu pun bersama tim kursuspenulisan.com
Saya mencuba asalkan dia percaya.
---
ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis buku dan pengasas kursuspenulisan.com . Beliau juga merupakan trainer ideator, kreativiti dan inovasi. Hubungi melalui zamrimohamad@gmail.com bagi menghadiri kursus dan mengendalikan bengkel di lokasi cadangan.
Labels:
kursus penulisan,
motivasi
| Apa pandangan anda |
Langgan:
Catatan (Atom)






