Langkau ke kandungan utama

Kursus Keusahawanan | Mendapat Notifikasi Pelanggan



Membina borang pesanan pada Google Docs melalui Form adalah salah satu kaedah yang ditunjukkan dalam buku Urus Bisnes dengan Google terbitan PTS Professional.

Mengapa kaedah ini ditunjukkan?

Ini adalah kaedah mudah, cepat dan praktikal serta percuma kepada bisnes kecil mengumpul senarai pelanggan yang membuat pesanan produk.

Kepada seorang penulis, ia dijadikan borang pesanan buku dan borang hubungi kami yang diletakkan pada laman web.

Seorang pembaca bertanya, selepas beliau mengikuti satu persatu kaedah membina borang pesanan di Google Form, beliau mahukan teknik tambahan.

Setiap kali borang diisi pelanggan, notifikasi dihantar melalui emel.

Bagi menjawab soalan ini, kita meletakkan situasi pembaca dalam dua keadaan.

(1) Ada yang mahu menyemak sendiri di dalam borang pesanan yang dibina menggunakan Google Form.
(2) Ada yang mahu diberitahu melalui emel daripada Google setiap kali borang diisi.

Kaedahnya adalah seperti berikut



(1) Klik pada form yang telah dihasilkan.
(2) Kemudian klik pada Tools > Notification rules
(3) Pada bahagian Notification rules, pilih A User Submit A Form dan Email - Straight Away
(4) Kemudian klik save

Entri ini bermanfaat dan dapat mengubah hidup orang lain? Uar-uarkan di blog dan Facebook ya.




“Setelah membaca dan mengaplikasi, mudah saya mendapat tambahan prospek dan pelanggan bagi satu laman web saya. Tiga empat bulan lagi, ianya boleh mengurangkan kos pengiklanan saya!”
Petikan respon blog Tuan Affendy yang merupakan penggerak Kursus-perkahwinan.com
Bisnes kecil yang tidak dikenali tiba-tiba menjadi besar dengan kemunculan pertama buku ini.

Mereka memberi testimonial kejayaan mereka di internet selepas membacanya. Urus Bisnes dengan Google mendedahkan rahsia bagaimana peniaga-peniaga kecil di Malaysia dan negara serantau menggunakan Google bagi mengurus bisnes kecil mereka.

Sembilan aplikasi rahsia di Google bagi memulakan langkah, mengurus, memasarkan dan menggembangkan bisnes kecil kita.


  • Google Gmail mengurus komunikasi berkesan pelanggan dan peniaga
  • Google Docs memastikan pesanan diurus dengan mudah
  • Google Talk menukarkan komunikasi peniaga memikat hati pelanggan
  • Google Search memudahkan bisnes ditemui orang ramai
  • Google Profile membuatkan pelanggan yakin pada kita.
  • Google Alerts menjadikan kita yang pertama tahu aktiviti peniaga lain secara senyap-senyap.
  • Google Maps memudahkan pelanggan mencari bisnes kita.
  • Google Groups menukarkan bisnes menjadi tumpuan orang ramai.
  • Google Calendar memastikan semua orang tahu aktiviti bisnes kita


Satu persatu dicuba dan berjaya. Ditulis secara langkah demi langkah berserta screenshot yang dapat diikuti oleh pembaca.

Dapatkan di kedai-kedai buku utama, sekiranya tidak ada buat pesanan di kaunter kedai buku dengan berkata, "Saya mahu memesan buku Urus Bisnes dengan Google terbitan PTS tulisan Zamri Mohamad," dan hulurkan kertas bertulis judul buku, penerbit dan penulisnya.

Bagi pembelian online di sini




---


ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis buku dan pengasas kursuspenulisan.com . Beliau juga merupakan trainer ideator, kreativiti dan inovasi. Hubungi melalui zamrimohamad@gmail.com bagi menghadiri kursus dan mengendalikan bengkel di lokasi cadangan.

Ulasan

AbeMogi berkata…
Buku ni lengkap untuk urus bisnes atau untuk urus kerja seharian..
segalanya ada disini.
saya syorkan dapatkan segera,
yang paling best servis selepas baca sokongan terbaik dari penulis(Tuan Zamri Mohamad)

terima kasih

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...