Jumaat, April 22, 2011

Tip Penulis Bebas | 'Obama Bachan' dan 1000 patah perkataan

Tip Penulis Bebas | Mengekalkan momentum adalah ciri penulis bebas. Sebagaimana dilakukan oleh Amitabh Bachchan. Beliau menulis 1000 patah perkataan sehari di dalam blognya. Paling penting! Beliau meraikan kejayaan menulis blog untuk tahun ketiga. Ya, raikan kejayaan kita membuka blog dan menulis di blog.


Tip Penulis Bebas | Meskipun penulis mempunyai kuasa maklumat yang dipercayai pembaca. Penulisan yang homofili (serupa) mengikut gaya bahasa pembaca menjadikan penulisan lebih berpengaruh. Homofili dapat dilihat daripada perbuatan Obama menanggalkan kot yang dipakai apabila dia tahu pengasas Facebook itu tidak suka memakai kot.




---- Catatan hidup bermula

Diari program saya akan datang. Berminat menyertai program di bawah? Klik program pilihan.

  • Kursus Minda Kreatif, menjana idea gila-gila bagi organisasi dan bisnes. Klik di sini.
  • Kursus Penulisan Ekspress untuk Penulis Bebas Akhbar dan Majalah. Klik di sini


Khamis, April 21, 2011

Diari Penulis | Dulu dia pembaca kini penulis

Melihat senarai kaver buku di bawah siri Dari Pembaca Menjadi Penulis membuat saya berkata wao! apabila melihat idea tim PTS Professional. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bermula pada 22 April 2011 sehingga 1 Mei 2011.



Ini sudah dianggap set lengkap kepada mereka yang mahu menjadi penulis sambilan atau sepenuh masa. Tujuan menulis, kembali kepada diri. Ia ada berbagai-bagai sebab yang mendorong kita ke hadapan dan mengekalkan kita pada momentum.

Apa yang penting, kita bermula. Bayangkan dua keadaan ini.

  • Saya berkata, "Saya mahu menulis," kemudian ayat ini tidak ada tindakan sama sekali. Selepas 20 tahun saya berkata kepada diri, "Kalau 20 tahun lalu saya menulis, agaknya tersiarkah?" Soalan yang tidak akan dapat dijawab sampai bila-bila.
Atau pun
  • Saya berkata, "Saya mahu menulis," kemudian ayat ini disusuli dengan tindakan. Mencipta kejayaan kecil dengan mula menulis di blog, surat pembaca akhbar, rencana majalah secara konsisten. Ditolak terus menulis dan memperbaiki gayanya. Selepas 20 tahun saya berkata kepada diri, "Dahulu saya bermula dengan surat pembaca sahaja, sekarang sudah ada buku sendiri." Soalan 20 tahun lalu tidak tergantung dan terjawab.
Adakah kita mengalami salah satu daripada situasi ini?

Saya menulis entri ini bagi meluahkan rasa gembira kepada kelahiran satu lagi penulis yang memandaikan bangsa melalui penanya. Saya khususkan entri ini kepada Tuan Mohd Sharumnisham Shahbudin. Ini antara artikel yang mempunyai sumbangan foto beliau sendiri. Menggabungkan bakat berkarya dan mengambil foto. Dua dalam satu menjadi bonus dunia penulisan beliau.

Terima kasih kepada Tuan Mohd Sharumnisham Shahbudin kerana membaca buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas terbitan PTS Professional.  Rencana beliau dapat dibaca secara online. Klik di sini
Ini adalah screenshot artikelnya. Bukan mudah mendapat satu halaman penuh seperti ini. 



Selain daripada beliau, kita menunggu khabar daripada para peserta kursuspenulisan.com dan alumni Akademi Penulis. 

Hasil penulisan mereka yang tersiar penting kepada semua.


---- Catatan hidup bermula

Diari program saya akan datang. Berminat menyertai program di bawah? Klik program pilihan.

  • Kursus Minda Kreatif, menjana idea gila-gila bagi organisasi dan bisnes. Klik di sini.
  • Kursus Penulisan Ekspress untuk Penulis Bebas Akhbar dan Majalah. Klik di sini

Rabu, April 20, 2011

Diari Trainer | Humble makes you hungry



"Never assume I have all the answer. It wouldn't spark the creativity. Check, test, see and  experiment it," kata Tuan Sajith Sivanandan.

---


Ya, saya menulis buku mengenai Google. Saya ada kesukaran melihat di mana fungsi sesuatu aplikasi apabila digunakan bagi tujuan bisnes. Maka buku aplikasi internet tidak saya sentuh dalam keadaan teruja. Sehingga saya menyenaraikan soalan-soalan peniaga kecil mengenai penggunaan di internet, barulah saya dapat melihat dengan jelas bagaimana sesuatu berfungsi.


Bukan sekadar berfungsi, tetapi berfungsi secara cepat, mudah dan praktikal.

Apabila menulis buku Urus Bisnes dengan Google, ia menggunakan gaya fikir seorang peniaga yang mencari cara bagaimana Google dapat meningkatkan potensi bisnes, mengurus maklumat dan menyusun cara kerjanya.

Alhamdulillah, para pembaca memberi respons yang baik apabila buku ini diterbitkan. Dilihat sebagai buku perniagaan internet yang paling mudah diikuti. Dengan izin Allah, pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC bermula Jumaat ini, buku Urus Bisnes dengan Google mudah didapati di sana. Carilah gerai jualan buku PTS di Dewan Tun Hussein Onn.

Mengapa saya bercerita mengenai buku Urus Bisnes dengan Google? 


Dengan izin Allah, saya berkesempatan mendengar penerangan Tuan Sajith Sivanandan yang merupakan Country Head bagi Google Malaysia. Sedikit pengenalan mengenai diri beliau.

Sajith is presently the Country Head of Google Malaysia, where he oversees sales, partnerships and business development operations in the country. Previously he was the Head of Travel for Google Southeast Asia, where he looked after the growth of Google's online advertising business in the travel sector for the region. 


Hadir ke program ini membantu saya mendapat gambaran lebih jelas apa yang Google lakukan dan ke mana para pengguna akan dibawa pada masa hadapan. 

Satu perkara saya perhatikan adalah hala tuju Google sangat jelas berdasarkan penyata misinya (Mission statement) iaitu;

To organize the world's information and make it universally accessible and useful.

Penerangan beliau benar-benar memenuhi misi mereka dari aspek 'organize', 'universal accesible' dan 'useful'

Misi yang jelas memberi hala tuju kerja kepada mereka. Betapa pentingnya penyata misi ditulis dan disampaikan kepada para pekerja. Inilah pedoman kerja mereka.

Cara kerja Google yang berkembang dari segi maklumat berlaku setiap hari. Di seluruh dunia, dianggarkan terdapat 129 juta buku. Google telah memasukkan 5.2 juta buku di dalam internet dengan anggaran jumlah perkataan 500 bilion.

Memenuhi misi 'organize', 'universal accesible' dan 'useful'.


Kemudian Google membantu dari segi melihat gelagat manusia. Ini memberi petunjuk kepada orang bisnes, apa yang mereka mesti lakukan selepas mengenal pasti gelagat pengguna.

Misalnya, kajian penggunaan Google di Amerika. Mereka mendapati majoriti orang lelaki melamar teman wanitanya pada bulan Disember. Hasil carian sangat tinggi ketika itu. Kemudian pada bulan Januari, carian pakaian pengantin meningkat.

Informasi berguna ini membantu pelan pemasaran dan kempen para peniaga. Sama ada peniaga itu menjual cincin atau pakaian pengantin, maklumat yang diperolehi menyusun jadual kempen mereka.

Hal yang berlaku pada Hollywood. Dipercayai James Cameroon menggunakan maklumat trend di internet bagi melihat kecenderungan orang ramai menonton wayang. Carian di Google menunjukkan informasi filem banyak dicari pada bulan Disember.

Jika kita andaikan James Cameroon mengambil maklumat ini dan tayangan terbuka diadakan pada bulan Disember (sememangnya dia buat begitu), maka ia memberi kesan positif kepada tim produksi filem itu sendiri.

Pada tahun 2009 Avatar mendapat kutipan sekitar USD$600 juta. Menyamai filem Titani yang mendapat kutipan sejumlah USD700 juta. Persamaan mereka, filem ditayangkan pada bulan Disember.

Adakah James Cameroon melihat gelagat pengguna di Google?

Maklumat menurunkan berat badan dalam data Google menunjukkan, informasi ini dicari secara konsisten setiap tahun pada tahun baru dan minggu pertama tahun baru. Kemudian carian menurun.

Dari aspek pencarian laptop, didapati graf pencarian laptop dengan kapasiti bateri yang panjang meningkat tinggi berbanding pencarian laptop yang ringan. Maklumat dari graf data Google membantu pengeluar komputer memikirkan, apa langkah seterusnya.

Penggunaan mobile internet dan desktop internet juga satu dapatan yang menarik. Menurut Google, penggunaan mobile internet tinggi pada hujung minggu. Manakala desktop internet pula setiap hari. Dari aspek masa, jam 8.00 pagi, 1 tengah hari dan 11 malam adalah waktu puncak mobile internet.

Google mendapati tiga carian terbesar melibatkan rakyat Malaysia adalah;

(1) Hanfon. Carian meningkat 10 kali ganda dalam tempoh lima tahun
(2) Kewangan dan insuran. Meninggat 7 kali ganda.
(3) Pelancongan

Di Google, tahun 2010 menunjukkan Proton dan Paul Tan merupakan carian tertinggi berkaitan produk tempatan. Maher Zain dan Justin Bieber adalah informasi hiburan yang dicari ramai rakyat Malaysia. Belanjawan dan PMR juga menjadi tumpuan carian pengguna Malaysia tahun lalu.


Berikut merupakan catatan secara langsung dari lokasi semalam. Dicatat melalui Facebook.

  • YouTube enjin carian kedua tertinggi selepas Google. [via Celcom SMS]
  • Tiga orang rakyat Malaysia akan mula bekerja di Google Malaysia 3 minggu akan datang.
  • Jumlah 20% waktu kerja di Google tidak diukur. Mereka hanya memberi kepercayaan pada kakitangan. Apa yang mereka mahu ialah hasil. Caranya, bergantung pada mereka. [via Celcom SMS]
  • Google sedang mengkaji memperkenalkan 'Google' untuk fon biasa. [via Celcom SMS]
  • Kepercayaan menjadikan staf diinspirasi sendiri dan bekerja lebih secara sendiri. [via Celcom SMS]





---- Catatan berakhir 

Diari program saya akan datang. Berminat menyertai program di bawah? Klik program pilihan.

  • Kursus Minda Kreatif, menjana idea gila-gila bagi organisasi dan bisnes. Klik di sini.
  • Kursus Penulisan Ekspress untuk Penulis Bebas Akhbar dan Majalah. Klik di sini

Selasa, April 19, 2011

Diari Trainer | Apabila trainer dikursuskan peserta sendiri

Kata-kata ini menjadikan berulang kali saya sebut kepada tim yang bersama-sama mengendalikan kursus ini, "Realitinya kita tidak mengendalikan kursus, tetapi kita yang dikursuskan. Hati kita sedang dilatih oleh mereka."




Selepas pembentangan kertas kerja, bergegas pulang ke Kuala Lumpur. Keesokan harinya bermula Kursus Professionalisme Orang Kelainan Upaya (OKU). Ia dikendalikan oleh Bahagian Dakwah JAKIM dan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS). Seramai 60 orang peserta OKU penglihatan dari jabatan swasta dan kerajaan menyertai.

Bagi mereka yang baru mengetahui mengenai PERTIS, berikut merupakan sedikit catatan.

Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia ialah sebuah pertubuhan sukarela berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (No. Pendaftaran PERTIS : 2388). Ia berperanan memberi perkhidmatan bagi faedah masyarakat cacat penglihatan beragama Islam di Malaysia. Bermatlamat memperbaiki taraf kebajikan, pendidikan, sosio-ekonomi serta kefahaman Islam masyarakat cacat penglihatan. 

----

Sejak Januari 2011 diikuti pada bulan Februari, Mac dan April, Allah mengizinkan kami bekerjasama dengan pihak JAKIM dan majlis agama negeri dalam program pelbagai. Ia diteruskan dengan program ini.





Jumlah 60 orang peserta adalah besar bagi tujuan mengendalikan bengkel kemahiran, yakni mengalihkan skil melalui kaedah 'lakukan, format dan lakukan kembali'. Ia mesti dilakukan satu demi satu, seorang demi seorang. Mudah-mudahan dengan izin Allah, ia dapat dipraktikkan oleh peserta.

Ini adalah cabaran pertama kami kerana kami tidak pernah mengendalikan kursus melihatkan mereka yang tidak dapat melihat. 

Dari aspek presentasi visual, ia menjadi sesuatu yang perlu kami ganti kepada lebih bersifat audio dan kinestetik.

Kedua, ia melibatkan jumlah yang besar. Peserta dipecahkan kepada dua kumpulan. Bertujuan memastikan para trainer dapat mengendalikan 30 orang peserta bagi sesi sepanjang hari.

Pandangan mentor yang berpengalaman dalam mengendalikan program melibatkan OKU penglihatan juga diambil kira. Panduan mentor menjadi kepentingan bagi memastikan para peserta dapat mencapai objektif kursus.

Persepsi bahasa melalui pemilihan kata yang tepat bagi memastikan kami menyampaikan mesej yang tepat. Perkataan melihat diulang ganti dengan perkataan mendengar. Ini bagi memecah kebiasaan skrip mengendalikan sesi training sebelum ini. Keterbukaan mereka dalam aspek jenaka memberi satu perspektif baru kepada saya.

Dalam sesi memperkenalkan diri sahabat, salah seorang peserta berkata, "Saya ingin memperkenalkan rakan saya. Sahabat saya hitam-hitam manis sahaja."

Masing-masing ketawa dan ia berlarutan kepada peserta-peserta lain. Mereka amat positif dan memberi energi kembali kepada trainer dan fasilitator.




Ilmu baru adalah momentum kepada keseluruhan program ini. Ia menjadi faktor kesegaran dalam setiap aktiviti yang diadakan dalam setiap sesi.

Ustaz Kamaruddin yang membantu dalam menyelaraskan program sepanjang tiga hari ini sudah menjangka apa yang akan kami lakukan pada hari pertama. Hari sebelum program bermula. Sebagaimana program terdahulu, meja makan VIP yang disediakan penganjur biasanya kosong dan tidak kami penuhi. Melainkan dalam keadaan yang memerlukan kami di situ. Sebaliknya kami akan duduk dan makan bersama peserta. Kami berpecah duduk di meja berbeza dalam kumpulan peserta berbeza.

Saya hanya berdiam diri memerhatikan interaksi mesra mereka. Apa yang mereka bualkan, topik yang disampaikan, jenaka yang menjadi kesukaan mereka dan persepsi mereka mengenai kursus sebenar. Sementara rakan trainer Tuan Shamsuddin Kadir sudah berbicara mesra bersama peserta di meja satu lagi. 

Dengan cara ini kami dapat mengenalpasti apakah perubahan dalam program yang akan dikendalikan keesokan harinya.

Makan bersama mereka memberi satu pengalaman baru kepada saya. Hari ini saya dapat menghulur air, memaut lengan, berjalan sambil pegang bahu, bercakap dengan 'ayah'. Dia hanya dapat mendengar dan menyentuh saya sahaja. Peserta yang saya kenali dengan nama Tuan Haji Ismail Omar sangat mesra berbicara.




Kekuatan program ini datang daripada sikap positif mereka, keinginan mencuba yang tinggi dan keterbukaan mereka dalam satu persatu aktiviti. Antaranya yang ditekankan dalam komunikasi organisasi sebagaimana yang mereka mahu pelajari adalah seni berpengaruh dengan intonasi suara, kaedah bahasa tinggi dan bahasa pasar, memahami konsep persuasif dan kategori ampu dalam organisasi serta perkataan berpengaruh dalam interaksi.

Malah mereka tepat pada masa. Jika bermula jam 2.30 petang, maka tepat jam 2.30 petang semua sudah berada di bilik latihan.

Dalam kursus ini saya mendapat maklumat betapa blog yang mempunyai audio cukup menyusahkan mereka. Kerana mereka tidak dapat mendengar ayat yang dibacakan dalam blog apabila lagu itu dimainkan dalam blog tersebut. 

Mengendalikan kursus ini memberi beberapa ilmu pengetahuan baru kepada kami
  • Penyediaan makanan berhidang kepada mereka dari aspek apa yang perlu.
  • Anjakkan masa sebelum rehat bagi memudahkan mereka.
  • Lokasi dewan dan tempat program.
  • Keperluan mereka apa yang mahu dipelajari dalam kursus.
  • Skrip dan dialog yang digunakan peserta.
  • Memaksimakan penggunakan teknik bunyi dan sentuhan.
  • Powerpoint juga membantu jika ditulis teks  yang dapat diaudiokan mereka.
  • Jenis jenaka yang diterima.



Berikut merupakan catatan ringkas sepanjang mengendalikan kursus melalui FB

Mentor di ILIM memberi pandangan kepada saya, "Kekurangan dalam diri adalah tambahan pengalaman satu persatu yang mengukuhkan jiwa." [via Celcom SMS]

Live ILIM | Saya belajar daripada para peserta OKU penglihatan, "Percaya pada hati sebagaimana kami percaya pada tangan ini memimpin." [via Celcom SMS]

Live ILIM | Saya belajar daripada mereka, merapatkan saf dengan 'tangan' kanan yang menyentuh hati jemaah. [via Celcom SMS]

Live dari ILIM | Sebenarnya 'kami' yang sedang ditraining. Terima kasih Allah. [via Celcom SMS]

Live dari ILIM | Peserta mengajar kami, "Orang mengejar warna dunia, sedangkan berbuat baik itu di mana?" [via Celcom SMS]


Sedikit catatan daripada Facebook rakan trainer Tuan Shamsuddin Kadir,

"‎3S untuk komunikasi pertemuan sebagai kesimpulan kursus sehari di Institut Latihan Islam Malaysia. Dari peserta OKU Penglihatan iaitu Cik Puan Suhada. Salam, Sapa dan Senyum."

"Maafkan saya | Belum kursus di ILIM bermula, airmata sudah mengalir apabila memilih untuk makan bersama dengan peserta kursus yang OKU penglihatan. Bayangkan apabila kita dihidangkan makanan dalam keadaan tidak dapat melihat, semua yang ada dalam pinggan itu kita makan. Ya Allah jadikan dunia ini tempat mereka memperolehi pahala yang menjadikan mereka kaya raya di Akhirat. Amin."

Insya Allah, kepada Tuan dan Cik Puan yang berminat mengendalikan kursus komunikasi berpengaruh organisasi dapatlah mengemelkan ke zamrimohamad@gmail.com

---- Catatan berakhir



Diari program saya akan datang. Berminat menyertai program di bawah? Klik program pilihan.

  • Kursus Minda Kreatif, menjana idea gila-gila bagi organisasi dan bisnes. Klik di sini.
  • Kursus Penulisan Ekspress untuk Penulis Bebas Akhbar dan MajalahKlik di sini

Isnin, April 18, 2011

Diari Trainer | Apabila internet di hadapan para imam dan ustaz

Ketika dihubungi melalui telefon kali pertama, lelaki itu berkata, "Boleh saya bercakap dengan Ustaz Zamri?"

Jawab saya, "Mohon maaf Tuan, saya bukan seorang ustaz."

Dalam kepala saya berkemungkinan beliau mahu bercakap dengan Ustaz Zamri Zainal Abidin atau pun Ustaz Zamri Mantop.

"Oh, maafkan saya ya," kata pemanggil itu.

Kemudian saya dihubungi sekali lagi, "Boleh saya bercakap dengan Ustaz Zamri Mohamad?"

Sekali lagi saya berkata, "Mohon maaf Tuan, saya bukan seorang ustaz."

Katanya membalas, "Adakah ini nombor.... diberikan oleh pegawai kami ...."

Oh! Itu adalah saya, benarlah dia menghubungi orang yang tepat. Kebiasaan beliau bertugas dengan para agamawan menjadikan perkataan ustaz itu sebagai satu skrip kepada semua.

"Nama Tuan dicadangkan bagi pembentangan kertas kerja pada 14 April ini bagi seminar Pemantapan Dakwah peringkat negeri Melaka di auditorium al Azim, Masjid Al Azim. Tuan berkelapangan pada hari itu?" pegawai itu bertanya soalan.

Saya menutup mata mengingat kembali. Ini adalah pembentangan kertas kerja selepas yang berlangsung di Langkawi  tahun lalu. Iaitu Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik anjuran Agensi Nuklear Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Persatuan Sinaran Malaysia dan ITNM.

Dalam seminar terdahulu, saya berkenalan dengan seorang pembentang, Prof Dr Mohd Safar Hasim. Pengarah Komunikasi Korporat dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kemudian baru saya ketahui anakanda beliau adalah rakan Facebook saya, Fadzilah Mohd Safar yang menuntut di luar negara.

Dunia yang kecil mempertemukan kami di sudut-sudutnya.

Sudah lama berkeinginan membuat bengkel di Melaka. Akhirnya Allah izinkan melalui pembentangan kertas kerja ini. 


Boleh jadi makbulnya doa Tuan Haji Sabtu yang menekankan pentingnya trainer terlibat dalam pembentangan kertas kerja sebagai satu saluran menyampaikan buah fikiran kepada pengamal bidang. Kata-kata itu dua minggu dilontarkan dalam sesi Sharpen the Saw anjuran TAMRIN lalu.

-----







Ini adalah catatan secara langsung dari telefon di dewan auditorium Al Azim, Masjid Al Azim, Melaka. Saya copy paste dari status Facebook. 

Hari itu berlangsungnya Seminar Pemantapan Pendakwah. Allah mengizinkan saya berada bersama 250 orang peserta. Pagi dimulakan pembentangan oleh Dr Zulkifli Mohamad al Bakri dengan tajuk Pemantapan Jati Diri Pendakwah. Diikuti oleh Prof Madya Dr Farizaq Bt Md Sham dengan tajuk Pendekatan Psikologi Dalam Berdakwah.

Manakala saya membentangkan tajuk Penggunaan Teknologi Terkini Sebagai Pendekatan Dakwah. Pembentang kertas kerja yang jadi separa training.


Album penuh klik di sini

Live seminar | Allah izinkan saya menyampaikan hal ini, buku perhubungan syariah compliant di kedai buku adalah langkah 'diversion' kepada pembaca berumur 16 tahun yang sudah mula beli buku angan-angan bercinta. Buku fantasi mesra tauhid adalah proses mencipta kod memori menggantikan fantasi Barat dan empat langkah dakwah online.

Live seminar | Dua hari lalu membaca kisah Dr Zulkifli al Bakri di blog Ustaz Zahiruddin Zabidi. Selepas itu, hari ini Allah pertemukan saya dengan beliau pula. Allah lebih mengetahui.

Live seminar | Daripada mereka, ustaz Azhar Idrus kurang sihat kerana sakit jantung. Semoga Allah beri kesembuhan. [via Celcom SMS]

Live seminar | Kebahagiaan apabila mendengar 'amin' di dewan daripada mereka yang mulia dalam kerja dakwah. Allah jualah yang memberi kesempatan itu. [via Celcom SMS]

Live seminar | resolusi dan blueprint dakwah disusun semula melalui training, semoga Allah permudahkan. [via Celcom SMS]

Live Seminar | Salah seorang peserta, anak kepada guru bonda saya. Daripadanya tahulah siapa mentor ustaz Azhar Idrus, 6 tahun mengaji kitab jawi di Melaka. [via Celcom SMS]

Live seminar | Satu pendakwah satu anak angkat orang asli Melaka. Komitmen mereka. [via Celcom SMS]

Live seminar | Disertai pegawai syarak, NGO, pegawai agama, imam dan kakitangan kerajaan mengikut agensi. [via Celcom SMS]

Live Seminar | maksud kabaret, mancis api yang membakar. Ronggeng pula 'wrong gang'. Kata penyoal. [via Celcom SMS]

Live dari seminar | Kemaafan dan beri kesempatan adalah dua komponen saling melengkapi. Kata Dr Fariza. [via Celcom SMS]

Live Seminar | Pujukan, panggilan halus dan rayuan, memudahkan, sabar dan memaafkan, targhib dan tartib adalah komponen psikologi dakwah. Kata Dr Fariza.

Live seminar | Jangan recycle ayat yang sama kepada golongan sasar berbeza. Sebagaimana lima orang anak karakternya berbeza, caranya berbeza. Kata Dr Fariza.

Live seminar | 367 ayat Quran dapat dikaji dari segi psikologi. Atau ilmu jiwa. Kata Dr Fariza. [via Celcom SMS]

Live Seminar | Pembentangan kertas kerja Prof Madya Dr Fariza Md Sham, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan FPI UKM. [via Celcom SMS]

Live seminar | "Pendakwah mesti disukai, kalau dijauhi, semak diri," kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]

Live seminar | "Terdapat lima jemaah besar di dunia, antaranya Ikhwan dan Tabligh," kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]

Live seminar | "Pada sejarah awal tabligh, memujuk orang ke masjid dengan membayarnya," kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]

Live seminar | "Istimewa pendakwah, dia tanya tetapi dia tahu," kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]

Live seminar | "Hassan al Banna apabila pulang lewat pagi, dia akan masuk ke bilik anak, duduk di sisi katil, diusap kepala anak & berbicara meskipun keluar awal subuh pulang lewat pagi," kata Dr Zulkifli [via Celcom SMS]

Live seminar | "Apabila ada dua pandangan, jangan terburu buru membuat pandangan ketiga, cari kesinambungan dulu," kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]

Live seminar | "Apabila ulama beri pandangan yang kita kurang selesa, jangan melatah, tanya dahulu," kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]

Live seminar | "Orang meminta buah fikiran, walaupun tak setepatnya, sekurang-kurangnya ia memberi jalan keluar," kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]

Live seminar | "Bersedia dengan zaman. Dahulu 'ana' sekarang 'bro'," kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]

Live seminar | "Hukum itu satu perkara, tetapi bagaimana penyelesaianya?" kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]

Live seminar | "Apabila nabi beri seolah-olah dia tidak bimbang kefakiran," kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]

Live seminar | Pulang ke KL bagi mengendalikan bengkel komunikasi bagi 30 kakitangan OKU penglihatan. Mohon doa daripada rakan FB semoga Allah permudahkan saya, mereka dan kita.

---- Catatan berakhir 

Diari program saya akan datang. Berminat menyertai program di bawah? Klik program pilihan.

  • Kursus Minda Kreatif, menjana idea gila-gila bagi organisasi dan bisnes. Klik di sini.
  • Kursus Penulisan Ekspress untuk Penulis Bebas Akhbar dan Majalah. Klik di sini

Isnin, April 11, 2011

Diari Pembaca | Terima kasih kepada pembaca Johor dan Sabah






Inilah trainer Bengkel Kursus Usahawan Borong China, bisnesborongchina.com sesi kedua, peserta dari Sabah dan Johor datang. Sesi pagi dan petang berlangsung di sini. Dikendalikan oleh peniaga dan pengamalnya. Trainer pun persis peniaga cina, makan dalam pejabat dan terus sediakan sesi petang. Hadiah untuk surinya  sempena hari jadi adalah, "Pilihlah kursus yang dapat meningkatkan diri."


Kemudian isterinya memilih kursus ini




Petang menghampiri jam 7.00, para pembaca Urus Bisnes dengan Google. Puan ini tinggal dekat sahaja di Ukay Perdana. Dalam berbadan dua pun masih mahu menaiki pejabat dua tingkat ini mengikuti kursus. Semoga Allah permudahkan usahanya.


Buku Urus Bisnes dengan Google terbitan PTS di bawah PTS Pro pimpinan Tuan Aizat Razak dan timnya.



Kedua-dua pembaca ini datang dari Johor dan Sabah, semata-mata mahu menghadiri bengkel separuh hari bisnesborongchina.com dikendalikan oleh Tuan Muhammad Nizar Jamaludin . Esok beliau akan terbang semula. Semoga Allah permudahkan usahanya.


Akan datang




Ahad, April 10, 2011

Diari Pembaca | Terima kasih pada hari Ahad





Di pejabat ketika ini, rakan trainer saya Tuan Muhammad Nizar Jamaludin sedang mengendalikan bengkel bisnesborongchina.com yang mendapat sambutkan full house pada minggu-minggu diadakan di Dewan Ainon Mohd.

Kemudian, Allah izinkan saya bertemu dengan para pembaca Urus Bisnes dengan Google (foto buku) di sini. Semoga Allah permudahkan dengan dilimpahi rezeki halal dan berkat. Amin

----





Klik imej di atas bagi paparan lebih jelas


Julian Presaud berkata, 500,000 daripada 600,000 SME tempatan tidak ada apa disebut sebagai 'kewujudan di internet'. Kerana itu Google akan menggempur habis-habisan SME Malaysia dengan kerjasama Matrade. Bagaimana pula perusahaan kecil sederhana selepas ini?

Buku Urus Bisnes dengan Google, sebuah buku yang berfikir seperti peniaga kecil di Malaysia.

Di negara-negara maju, senario menunjukkan, penjimatan besar-besaran diraih dengan gembira oleh usahawan bisnes kecil, kerana mereka berpeluang sama-sama bersaing promosi dengan syarikat gergasi lain melalui carian Google.

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berkembang drastik di Malaysia menarik minat Google bagi menempatkan pejabat operasi Asia Tenggara mereka di Kuala Lumpur.



Urus Bisnes dengan Google membimbing kita mengenali dan mahir menggunakan aplikasi Google. Antara aplikasi Google yang penulis huraikan adalah Gmail, Google Talk, Google Profile, Google Docs, Google Calendar, Google Groups, Google Maps, Google Alerts dan Google Search.

Ia ditulis secara langkah demi langkah, satu per satu, dengan dibantu oleh screenshot yang mudah difahami dan diikuti secara langsung oleh pembaca.

Urus Bisnes dengan Google ditulis semata-mata demi membimbing pengusaha bisnes kecil mempopularkan jenama dengan cara yang sama dilakukan oleh syarikat gergasi.




Isi kandungan

Isi Kandungan
Dedikasi
Prakata
Membrandentitikan bisnes kecil melalui Google

Bahagian 1 Urus Bisnes Dengan Gmail

1 Jangan Bunuh Bisnes Sendiri
2 Buka E-Mel Gmail Pada Hari Ini
3 Kenali Peta Keseluruhan Gmail
4 Aktifkan Fungsi Signature dan Auto Reply Pada Gmail
5 Menguasai Bahagian Setting Gmail
6 Mengimport E-Mel Dari Akaun Lain Ke Gmail
7 Melabel E-Mel Pelanggan Mengikut Kategori
8 Menyaring E-Mel Pelanggan
9 Membaca E-Mel Pelanggan Daripada Microsoft Outlook
10 Berbincang Dengan Pelanggan Secara Online
11 Menambah Fungsi Bisnes Melalui Gmail
12 Hantar, Terima, Lampir E-Mel Pelanggan
13 Meningkat Mesej Visual Pada E-Mel
14 Menyertakan Alamat Web Bisnes Pada E-Mel
15 Arkibkan Senarai E-Mel Pelanggan Terdahulu
16 Menyekat E-Mel Tanpa Nilai Bisnes
17 Urus Senarai E-Mel Pelanggan

Bahagian 2 Urus Bisnes dengan Google Talk

18 Berinteraksi Dengan Pelanggan Secara Live

Bahagian 3 Urus Bisnes dengan Google Profile

19 Perkenalkan Diri dan Bisnes Secara Besar-Besaran

Bahagian 4 Urus Bisnes dengan Google Docs

20 Beri Borang Pesanan yang Mesra Anda Mesra Pelanggan
21 Hasilkan dan Sebarkan Borang Pesanan Pelanggan
22 Semak Pesanan Pelanggan Segera
23 Meneropong Tempat Berkumpulnya Pelanggan
24 Hantar dan Ubahsuai Dokumen Bisnes Setempat
25 Presentasi Bisnes di Mana Sahaja
26 Presentasi Bisnes Beramai-Ramai Secara Online

Bahagian 5 Urus Bisnes dengan Google Calendar

27 Segera Maklumkan Waktu Kosong dan Waktu Sibuk Bisnes
28 Jemput Pelanggan Menghadiri Aktiviti Bisnes
29 Maklumkan Perubahan Segera Kepada Pelanggan
30 Senaraikan Idea Aktiviti dan Tugas, Tarikhnya Kemudian
31 Maklumkan Aktiviti Bisnes Kepada Pelanggan
32 Serahkan Tugas Kepada Orang Lain

Bahagian 6 Urus Bisnes dengan Google Groups

33 Jadikan Para Pelanggan Sebagai Komuniti
34 Naikkan Kualiti Komuniti Pelanggan
35 Urus Senarai Pelanggan Komuniti
36 Berikan Maklumat Demi Maklumat Kepada Komuniti
37 Muat Turun Katalog, Foto, Kupon Atau Apa Sahaja
38 Pantau Kecekapan Komuniti Online

Bahagian 7 Urus Bisnes dengan Google Maps

39 Beri Panduan Lokasi Lebih Tepat dan Jelas
40 Uji Semula Google Maps
41 Melihat Aktiviti Bakal Pelanggan
42 Jadikan Pelanggan Gilakan Bisnes Kita
43 Mencetak Kupon Online
44 Permudahkan Lagi Cara Kita Ditemui

Bahagian 8 Urus Bisnes dengan Google Alerts

45 Dapatkan Maklumat Bisnes yang Penting Sahaja
46 Urus, Ubah dan Cari Secara Berkala

Bahagian 9 Urus Bisnes dengan Google Search

47 Kuasai yang Asas Kembali Pada yang Tahu
48 Gunakan Kaedah Ikat Bukan Leraikan
49 Gunakan Kunci yang Berbeza Bagi Pintu Berbeza
50 Buka Pintu Belakang Apabila Pintu Depan Terkunci
51 Pecahan Peta Carian Maklumat Bisnes Mengikut Kawasan
52 Jangan Datang Secara Halimunan,Tinggalkan Jejak Bisnes

Bahagian 10 Penutup
Kesimpulan

Kit Perniagaan Bagi Bisnes Kecil
Biodata Penulis




----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Diari Trainer | Lima tahun dan muncul di televisyen

Saya tidak ada satu sangkaan pun bahawa buku yang sudah 'lima tahun' di pasaran akan muncul di televisyen nasional dan diperbincangkan selama 15 minit. 




Satu tempoh 'emas' bagi sesiapa sahaja menyampaikan mesej. Buku 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki terbitan PTS Millenia sudah menjangkau usia 1825 hari.

Semoga Tuan dan Cik Puan mudah menemuinya di kedai-kedai buku atau di Book Cafe PTS. Ia adalah judul yang diberikan oleh Puan Ainon Mohd di bawah tajuk Melembutkan Hati Lelaki yang mengandungi 77 bab.

Sepanjang proses ini saya mengumpulkan tip-tip daripada responden yang menjangkau usia perkahwinan yang panjang. 

Malah ada yang sudah pun meninggal dunia tetapi masih dikenang pasangan. 

Keindahan dan kecantikan usaha mereka bersama-sama pandangan kajian dipermudah dan disusun dalam buku ini. Semoga saya dan semua mendapat manfaat daripada buku ini.

Diari Trainer | Ideator kursus kreativiti ke seluruh negara

Bengkel Ideator, Berfikir Gaya Muslim Kreatif akhirnya disempurnakan dengan izin Allah. 

Bengkel disertai orang awam dan kumpulan penggerak NGO. Mudah-mudahan ia dapat dipraktikkan dan diberikan kefahaman.

Kreativiti tidak memerlukan pengamalnya menjadi genius. 





Sebaliknya dengan menggunakan alat berfikir yang bersesuaian dengan situasi, pengamal dapat mengeluarkan idea-idea yang dapat mengatasi situasi yang dihadapi.

Apa pentingnya kreativiti kepada saya?

Dari aspek bisnes, kreativiti membantu dalam aspek produk, harga, promosi dan pencarian pelanggan. Dari aspek keluarga, kreativiti memberi kelebihan dalam menentukan keputusan-keputusan penting melibatkan semua. Dari aspek sosial, penggerak pertubuhan dan wakil organisasi, kreativiti dapat memperkenalkan sesuatu yang baru dalam mengendalikan rutin yang sama kepada khalayak.

Kreativiti menghidupkan mentol idea baru bagi mengatasi situasi, mencipta jalan keluar dan menghidupkan pendekatan yang dahulunya gagal.



Saya akan melakukan semula sekali lagi.

Selepas Bengkel Ideator | Berfikir Gaya Muslim Kreatif anjuran World Muslim Assembly Muslim Youth, saya akan mengendalikan bengkel terbuka pada 7 Mei 2011. Simpan tarikh ini di jadual Tuan dan Cik Puan.

Mereka yang turut serta dalam bengkel sehari ini adalah
  • Pembuat keputusan dalam organisasi yang memerlukan perspektif baru.
  • Pemilik bisnes dan kakitangan yang bertanggungjawab dalam aspek pembangunan, pemasaran dan penjenamaan perniagaan.
  • Penggerak NGO yang aktif dalam memperkenalkan program dan kempen kepada masyarakat berdasarkan fokus bidang.
  • Kakitangan perhubungan awam yang menggerakkan program pembangunan imej organisasi melalui aktiviti-aktiviti dalaman dan luaran.
  • Ibu bapa yang mahu mencetuskan faktor kesegaran dalam aktiviti keluarga
  • Orang awam yang mahu mempelajari dan menguasai kreativiti.


Diari Trainer | Mesej kepada para professor, "Jika mahu menulis."

Berkampung di Universiti Pergurusan Sultan Idris (UPSI)











Selepas presentasi Editor Perolehan Tuan Yusry dari PTS Pro dan Prof Emeritus Abdullah Hassan, saya menyampaikan mesej kepada para professor univerisiti ini berkenaan tiga perkara
  • Bagaimana buku non fiksyen difiksyenkan,
  • Kaedah menjadikan pelajar sebagai penulis bersama sebagaimana dilakukan oleh mentee, Tuan Aizuddinur Zakaria melalui buku Jejak Bisnes Rasul (bersama pensyarahnya).
  • Kaedah kerja 2.0 melalui kerjasama secara online. Meskipun tidak pernah bertemu pun.
Insya Allah pada Mei ini saya akan membuka satu lagi kelas penulisan berita dan rencana. Tetapi kali ini saya hanya terhadkan kepada empat orang sahaja. Hanya dua tempat kosong sahaja. Informasi klik di sini.

Sejak tiga tahun diperkenalkan atas permintaan ramai, bengkel ini telah melahirkan barisan penulis bebas akhbar dan majalah. Meskipun ada sebahagian daripada mereka tidak pernah menulis untuk media sebelum ini. Bengkel ini diadakan hanya apabila ada kekosongan tarikh sahaja.



-----


Siapakah Zamri Mohamad?

Zamri Mohamad merupakan penulis yang sedang mencapai penerbitan 21 buah buku pada tahun 2011. Dengan sasaran mengubah diri sendiri dan masyarakat secara total secara mesra syariah. 

Beliau melatih para penulis di bawah label beliau. Selain itu menggerakkan penghasilan peniaga tradisional yang berniaga di blog melalui formula Mulakan dengan Apa di Tangan. Juga membantu dalam aspek penulisan iklan jualan.

Beliau dijemput institusi kerajaan dan swasta bagi mengendalikan bengkel-bengkel berikut
  • Penulisan kempen dan iklan jualan
  • Penulisan berita dan rencana bagi menaikkan imej organisasi
  • Pemasaran internet cara blog shop bagi bisnes kecil
  • Kreativiti bagi keperluan organisasi
Bagi tujuan jemputan, mohon emelkan kepada zamrimohamad@gmail.com