Langkau ke kandungan utama

Diari Trainer | Apabila internet di hadapan para imam dan ustaz

Ketika dihubungi melalui telefon kali pertama, lelaki itu berkata, "Boleh saya bercakap dengan Ustaz Zamri?"

Jawab saya, "Mohon maaf Tuan, saya bukan seorang ustaz."

Dalam kepala saya berkemungkinan beliau mahu bercakap dengan Ustaz Zamri Zainal Abidin atau pun Ustaz Zamri Mantop.

"Oh, maafkan saya ya," kata pemanggil itu.

Kemudian saya dihubungi sekali lagi, "Boleh saya bercakap dengan Ustaz Zamri Mohamad?"

Sekali lagi saya berkata, "Mohon maaf Tuan, saya bukan seorang ustaz."

Katanya membalas, "Adakah ini nombor.... diberikan oleh pegawai kami ...."

Oh! Itu adalah saya, benarlah dia menghubungi orang yang tepat. Kebiasaan beliau bertugas dengan para agamawan menjadikan perkataan ustaz itu sebagai satu skrip kepada semua.

"Nama Tuan dicadangkan bagi pembentangan kertas kerja pada 14 April ini bagi seminar Pemantapan Dakwah peringkat negeri Melaka di auditorium al Azim, Masjid Al Azim. Tuan berkelapangan pada hari itu?" pegawai itu bertanya soalan.

Saya menutup mata mengingat kembali. Ini adalah pembentangan kertas kerja selepas yang berlangsung di Langkawi  tahun lalu. Iaitu Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik anjuran Agensi Nuklear Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Persatuan Sinaran Malaysia dan ITNM.

Dalam seminar terdahulu, saya berkenalan dengan seorang pembentang, Prof Dr Mohd Safar Hasim. Pengarah Komunikasi Korporat dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kemudian baru saya ketahui anakanda beliau adalah rakan Facebook saya, Fadzilah Mohd Safar yang menuntut di luar negara.

Dunia yang kecil mempertemukan kami di sudut-sudutnya.

Sudah lama berkeinginan membuat bengkel di Melaka. Akhirnya Allah izinkan melalui pembentangan kertas kerja ini. 


Boleh jadi makbulnya doa Tuan Haji Sabtu yang menekankan pentingnya trainer terlibat dalam pembentangan kertas kerja sebagai satu saluran menyampaikan buah fikiran kepada pengamal bidang. Kata-kata itu dua minggu dilontarkan dalam sesi Sharpen the Saw anjuran TAMRIN lalu.

-----







Ini adalah catatan secara langsung dari telefon di dewan auditorium Al Azim, Masjid Al Azim, Melaka. Saya copy paste dari status Facebook. 

Hari itu berlangsungnya Seminar Pemantapan Pendakwah. Allah mengizinkan saya berada bersama 250 orang peserta. Pagi dimulakan pembentangan oleh Dr Zulkifli Mohamad al Bakri dengan tajuk Pemantapan Jati Diri Pendakwah. Diikuti oleh Prof Madya Dr Farizaq Bt Md Sham dengan tajuk Pendekatan Psikologi Dalam Berdakwah.

Manakala saya membentangkan tajuk Penggunaan Teknologi Terkini Sebagai Pendekatan Dakwah. Pembentang kertas kerja yang jadi separa training.


Album penuh klik di sini

Live seminar | Allah izinkan saya menyampaikan hal ini, buku perhubungan syariah compliant di kedai buku adalah langkah 'diversion' kepada pembaca berumur 16 tahun yang sudah mula beli buku angan-angan bercinta. Buku fantasi mesra tauhid adalah proses mencipta kod memori menggantikan fantasi Barat dan empat langkah dakwah online.

Live seminar | Dua hari lalu membaca kisah Dr Zulkifli al Bakri di blog Ustaz Zahiruddin Zabidi. Selepas itu, hari ini Allah pertemukan saya dengan beliau pula. Allah lebih mengetahui.

Live seminar | Daripada mereka, ustaz Azhar Idrus kurang sihat kerana sakit jantung. Semoga Allah beri kesembuhan. [via Celcom SMS]

Live seminar | Kebahagiaan apabila mendengar 'amin' di dewan daripada mereka yang mulia dalam kerja dakwah. Allah jualah yang memberi kesempatan itu. [via Celcom SMS]

Live seminar | resolusi dan blueprint dakwah disusun semula melalui training, semoga Allah permudahkan. [via Celcom SMS]

Live Seminar | Salah seorang peserta, anak kepada guru bonda saya. Daripadanya tahulah siapa mentor ustaz Azhar Idrus, 6 tahun mengaji kitab jawi di Melaka. [via Celcom SMS]

Live seminar | Satu pendakwah satu anak angkat orang asli Melaka. Komitmen mereka. [via Celcom SMS]

Live seminar | Disertai pegawai syarak, NGO, pegawai agama, imam dan kakitangan kerajaan mengikut agensi. [via Celcom SMS]

Live Seminar | maksud kabaret, mancis api yang membakar. Ronggeng pula 'wrong gang'. Kata penyoal. [via Celcom SMS]

Live dari seminar | Kemaafan dan beri kesempatan adalah dua komponen saling melengkapi. Kata Dr Fariza. [via Celcom SMS]

Live Seminar | Pujukan, panggilan halus dan rayuan, memudahkan, sabar dan memaafkan, targhib dan tartib adalah komponen psikologi dakwah. Kata Dr Fariza.

Live seminar | Jangan recycle ayat yang sama kepada golongan sasar berbeza. Sebagaimana lima orang anak karakternya berbeza, caranya berbeza. Kata Dr Fariza.

Live seminar | 367 ayat Quran dapat dikaji dari segi psikologi. Atau ilmu jiwa. Kata Dr Fariza. [via Celcom SMS]

Live Seminar | Pembentangan kertas kerja Prof Madya Dr Fariza Md Sham, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan FPI UKM. [via Celcom SMS]

Live seminar | "Pendakwah mesti disukai, kalau dijauhi, semak diri," kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]

Live seminar | "Terdapat lima jemaah besar di dunia, antaranya Ikhwan dan Tabligh," kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]

Live seminar | "Pada sejarah awal tabligh, memujuk orang ke masjid dengan membayarnya," kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]

Live seminar | "Istimewa pendakwah, dia tanya tetapi dia tahu," kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]

Live seminar | "Hassan al Banna apabila pulang lewat pagi, dia akan masuk ke bilik anak, duduk di sisi katil, diusap kepala anak & berbicara meskipun keluar awal subuh pulang lewat pagi," kata Dr Zulkifli [via Celcom SMS]

Live seminar | "Apabila ada dua pandangan, jangan terburu buru membuat pandangan ketiga, cari kesinambungan dulu," kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]

Live seminar | "Apabila ulama beri pandangan yang kita kurang selesa, jangan melatah, tanya dahulu," kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]

Live seminar | "Orang meminta buah fikiran, walaupun tak setepatnya, sekurang-kurangnya ia memberi jalan keluar," kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]

Live seminar | "Bersedia dengan zaman. Dahulu 'ana' sekarang 'bro'," kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]

Live seminar | "Hukum itu satu perkara, tetapi bagaimana penyelesaianya?" kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]

Live seminar | "Apabila nabi beri seolah-olah dia tidak bimbang kefakiran," kata Dr Zulkifli. [via Celcom SMS]

Live seminar | Pulang ke KL bagi mengendalikan bengkel komunikasi bagi 30 kakitangan OKU penglihatan. Mohon doa daripada rakan FB semoga Allah permudahkan saya, mereka dan kita.

---- Catatan berakhir 

Diari program saya akan datang. Berminat menyertai program di bawah? Klik program pilihan.

  • Kursus Minda Kreatif, menjana idea gila-gila bagi organisasi dan bisnes. Klik di sini.
  • Kursus Penulisan Ekspress untuk Penulis Bebas Akhbar dan Majalah. Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...