Langkau ke kandungan utama

Aktiviti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012



Mereka memanggilnya pesta buku, book fair, PBAKL pada tahun 2012 ini. Nama yang sama sejak berbelas tahun lalu. Harapan pengunjung lebih tinggi mahu melihat sesuatu.

Apa yang kita mahukan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 nanti?

Ada idea?

Buku Cinta Meraikan Kasih di Langit Syurga akan berada di booth jualan rangkaian kedai buku POPULAR di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012.



Selain itu buku-buku yang dicadangkan dimiliki adalah buku terbitan PTS, Cerita dari Syurga dan SMILE oleh Irma Hasmie.

Program di Pesta Buku



Acara Kota Buku, Dari Pembaca Menjadi Penulis.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012. PWTC

Berlangsung di bilik Kedah Johor jam 3.00 sehingga 5.00 petang. Kecuali acara pada hari Ahad 29 April 2012 diadakan di Bilik Kuala Lumpur, tingkat 5 PWTC

Ia bermula 27 April sehingga 6 Mei. Ini adalah senarai jadualnya. Masuk percuma.


  • Jumaat 27 April Dari Blog Menjadi buku
  • Ahad 29 April Gerakan buku bawah tanah, bagaimana kami lakukannya. (Bilik Kuala Lumpur, tingkat 5)
  • Isnin 30 April Penerbit Semakin Gulung Tikar kerana teknologi
  • Selasa 1 Mei Tavafuk Al-Quran, Hairat Foundation Turki
  • Rabu 2 Mei Psikologi Dunia Buku, Apa Kita Perlu Tahu
  • Khamis 3 Mei Dari Buku Menjadi e-book
  • Jumaat 4 Mei Kerana Kata-kata Kami Jatuh Cinta
  • Sabtu 5 Mei Dari Pembaca Menjadi Penulis Super (Bengkel)
  • Ahad 6 Mei Rahsia 3K Kejayaan ,Kebahagiaan dan Kekayaan (Berfikir seperti peniaga)


Senarai panelisnya adalah mereka yang mahir bagi membantu para pembaca menjadi penulis mahu pun penerbit buku atau ebook sendiri. Kejutan demi kejutan senarai panel.

Kosongkan jadual kita bagi menghadirinya.



---


ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis buku dan pengasas kursuspenulisan.com . Beliau juga merupakan trainer ideator, kreativiti dan inovasi. Hubungi melalui zamrimohamad@gmail.com bagi menghadiri kursus dan mengendalikan bengkel di lokasi cadangan.

Ulasan

samzaifamily berkata…
slm.dah ada tarikh belum untuk pesta buku 2012
Nazz@Purple berkata…
akan berlangsung 27 April - 6 May 2012
manz grolier berkata…
Pesta buku Kuala Lumpur akan bermula pada 1/2/2012 - 6/2/2012...
alang berkata…
mne stu yg bet0l nehh??
blan 2 nehh kehh atau blan 4??
Tanpa Nama berkata…
skrg ni pesta buku 1malaysia
Tanpa Nama berkata…
salam..
1/2 - 6/2 = BOOK EXPO 1 MALAYSIA...
27/4 - 06/05 = KLIBF ( KUALA LUMPUR INTERNATIONAL BOOK FAIR)
noorsyamsul berkata…
Jom kita borong buku dengan harga yang rendah di PBAKL 2012 ni...
Qina berkata…
brp diskaun yg dpt???
kat mane tmpt nyer???

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...