Langkau ke kandungan utama

Kuliah trainer (3) Apa yang dilihat, apa yang dipelajari

Kuliah trainer (3) Apa yang dilihat, apa yang dipelajari

Alhamdulillah Allah memberi kesempatan mengikuti woksyop Training and Presenting Like a Pro. Ia dikendalikan oleh Dr Billy Kuek, melalui konsultanya Billy Kuek International.

Entri blog ini dan entri blog seterusnya adalah entri yang saya tulis khusus kepada rakan-rakan trainer dan saudara pembaca. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat belajar sesuatu daripada Dr Billy.

Soalan pertama siapakah Dr Billy Kuek?

Saya mengikuti woksyop seharinya selepas hampir setiap hari melihat iklan di FB.




Dr Billy Kueek lahir di Singapura. Beliau merupakan speaker selama 13 tahun. Beliau sudah menjelajah 40 negara bagi memberi perkhidmatan kepada klien-klien antarabangsa. Antaranya Microsoft, Gillate dan Carl Zeiss.

Nota di bawah ditulis secara bebas sepanjang seminar



  • Trainer, berhati-hati dengan MC atau pengerusi yang memperkenalkan kita sebelum program di hadapan peserta. Jika gaya dan suaranya monotonous, tidak menjaga pitch dan perlahan. Dia membunuh momentum program kamu. Saya hampir 'terbunuh' & kerja teruk kerana itu. Jaga. Cari cara 'kosong'kan tempat itu.


  • Pilih ayat yang menjaga kredibiliti trainer. Perkataan diagnosis bermaksud best guess atau agak-agak. Antara tiga perkataan itu, mana satu menunjukkan kepakaran doktor?


  • "Role play one-to-one jangan dibuat di hadapan khalayak. Jaga air muka orang dewasa. Lagi-lagi pelanggan korporat ada imej perlu dijaga. Pecahkan dalam kumpulan dan aktiviti dalam kumpulan itu sahaja atau bawa kesimpulan kumpulan dibentang di hadapan.


  • Berbual dengan alumninya yang menjadi peserta sekali lagi. Seorang konsultan. Katanya, "Dulu programnya yuran RM4000 semasa saya sertai, tahun ini sudah naik RM11,000 seorang seorang untuk pakej penuh." Masih orang mendaftar. Dr Bill, "Saya cakap terang-terang, yuran naik setiap tahun."


  • Meskipun peserta mengangkat tangan untuk menjawab, trainer mesti bersifat memilih berdasarkan penilaian kepada peserta sepanjang program. Bagi mengawal risiko trainer di'punish' peserta yang cari peluang melepaskan stress. Perhatikan perkembangan peserta.

  • Psychogeometrics test dilakukan ke atas peserta dan penerangan diberi selepas gambar selesai dilukis.


  • Para peserta di sini adalah trainer-trainer yang datang melibatkan industri. Trainer ISO dan safety measurement, malah konsultan dalam bidang rumput bagi tujuan hotel, juga green inovasi dan teknologi juga.

  • NLP pernah diharamkan di Singapura dan Malaysia pada tahun 1970 kerana political tension di kedua-dua negara. Diharamkan kerana bimbang disalah guna. Kata beliau, "Jika ada trainer kami melanggar etika, kami akan tarik sijil mereka dan 1.3 juta klien di negara-negara lain juga akan diemel. Antaranya di Britain, adanya kelas NLP untuk lelaki bagi tujuan manipulasi ke atas perempuan untuk..."


  • Sebelum 'break' minum pagi beliau memperkenalkan setiap staf dan skil yang dikuasai mereka daripada kelasnya serta apa perkara terbaru mengenai mereka. Sangat jelas kenalnya trainer 'dalam' dan 'luar' stafnya. Ketika minum, para peserta segera bertemu dengan mereka dan membina perhubungan.


  • Beliau meletakkan kerusi dan kedudukan berdiri lebih ke kanan di hadapan berdasarkan kebiasaan majoriti. Iaitu lebih ke kanan. Sekali sekali beliau bergerak ke kiri. "Conquer the majority", katanya. Teringat kata Tuan Irfan Jani mengenai Pixar dan seni meletakkan watak baik dan watak jahat dalam animasi.

  • Flip chart bagi tujuan penerangan digunakan bagi dua tujuan, menulis akronim dan melukis satu simbol sahaja pada satu halaman.


  • "Sebagai trainer di Singapura, cabaran kami adalah trainer bermata biru dan berambut perang. Tetapi saya berazam melakukan juga. Berangan-angan mahu belajar daripada legenda bernama Bob Hyke, tetapi tak cukup wang untuk ke sana. Hari ini, saya membuat seminar sepentas dengan lagenda itu. Trainer Asia di negara Barat melatih mereka pula. Buat apa yang kamu terbaik lakukan."

  • Katanya, "Saya bermula di Singapura dengan mencetak nota dari PC, tidak ada wang beli laptop, nota dibuat dalam bentuk visual aid yang difotostat dan ditunjuk satu persatu di hadapan peserta korporat. Hanya dibayar $800 sehari. Apa pun, bermula dari satu tempat dan berkembang." Kini meliputi lebih enam negara (sudah 40 negara) dengan English saya F9 dahulu.

  • Beliau menekankan kepada pentingnya trainer mendapatkan kebenaran menggunakan lagu-lagu agar tidak mencerobohi hak intelek orang lain, yakni guna secara 'percuma'.

  • Sesi ice breaking peserta pun ada skrip rasionalization, kenapa ice breaking dibuat begitu. Peserta senyum kerana berpuas hati apa yang dibuat adalah sebahagian daripada modul. Skrip disesuaikan dengan jenis training.


  • Di meja pendaftaran, diuruskan oleh alumni. Staf yang menyemak nama pendaftaran akan membaca nama tersebut, memohon saya tandatangan, kemudian menyebut nama pada borang bersama perkataan 'nice'. Dilakukan pada yang lain. Peserta gembira dengan pujian kecil.


  • Dewan ditutup, jam 9 ia dibuka dan Dr Bill keluar dalam keadaan senyuman dan bersalam dengan semua, dia lebih teruja. Kemudian staf menjemput semua peserta masuk. Mencetus rasa positif.


  • Pen saya kehabisan dakwat, Cik Puan Joyce dari admin GSC tidak pinjamkan tetapi hadiahkan pen kepada saya. Moga Allah kurnia kebaikan.

  • Sesi penutup yang memberi kesan, Dr bercerita mengenai salah seorang mentornya dan apa dipelajari. Sesi terima kasih yang cukup Asia!


  • Waktu makan pendek, 35 minit sahaja.


  • Sekiranya trainer mahu membuat rakaman, release form diisi peserta sebelum program. Mengandungi nama, ic, kad pengenalan dan tanda tangan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...