Langkau ke kandungan utama

Kata kati katu (4) Edisi Trengganu


Kata-kata | Semalam mereka menulis cerita di papan pasir. Berbolak balik hati mahu membiarkan ia kekal di situ. Kemudian mereka berlari di atasnya, mengubah laluan cerita lama. Lalu kekal jadi corak hidup yang panjang. Satu dan dua waktunya kita berfikir, apa perlu kita luruskan semula garis pasir itu? Biar jadi cerita kita, atau cerita mereka? Tapi ini cerita Tuhan kepada siapa yang melukis ombak garis itu.


Kata-kata | Mimpi kamu besar wahai si kecil. Tidak ada tangga yang mematikan langkahmu. Biar disuruh turun, dia berjalan mendongak. Mahu dicapai apabila sampai. Jiwamu tidak mati walau dibunuh berkali-kali oleh kata aku dan kata kita juga kata dia. Biar tertolak, tangan tetap menahan tubuh. Biar berdiri pasti.



Kata-kata | Hei laut biar aku bicara kepadamu. Kau hempaslah aku dan aku kembali. Kau hanyutkanku akan aku datang lagi. Perasaan yang sama ini tidak lemas meski pun tenggelam berkali-kali. Kerna aku pasti, bukan nyanyian kosong yang aku lontar padamu sejak tercipta suara pertama kali.





Kata-kata | Dan dia menunggu. Selepas satu perjalanan yang terhenti. Berundur tidak, hanya terus menanti. Menunggu yang dahulu pergi jauh, sebelum dia mengikuti perjalanan seterusnya. Biar kepastian itu benar berlalu, lalu dia akan turun dari tangga ini.


Foto: Pantai Bukit Keluang, Besut, Trengganu.



-----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad?

Zamri Mohamad merupakan penulis yang sedang mencapai penerbitan 21 buah buku pada tahun 2011. Dengan sasaran mengubah masyarakat secara total secara mesra syariah. 

Beliau melatih para penulis di bawah label beliau. Selain itu menggerakkan penghasilan peniaga tradisional yang berniaga di blog melalui formula Mulakan dengan Apa di Tangan. Juga membantu dalam aspek penulisan iklan jualan.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...