Langkau ke kandungan utama

Merancang lima tahun, hasilnya bertahun-tahun



Berita Akademi Penulis

SABTU, 19 Februari 2011 – Seramai 120 penulis diberi pendedahan dan laporan terkini perkembangan dunia buku tempatan. Inilah kali pertama Akademi Penulis menghimpunkan para penulis seluruh negara di satu tempat di Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis.

Turut memberikan input di Mega Seminar yang diadakan di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya ini adalah pengasas Akademi Penulis, Tuan Fauzul Naim Ishak yang memperkenalkan ciri-ciri penulis bestseller dengan kaedah Re-Code Penulis Super. Tuan Fauzul Na’im Ishak juga merupakan pengendali utama Bengkel Penulis Super yang sudah melahirkan lebih daripada 1000 orang penulis tempatan sejak tahun 2009.

Tuan Fauzul mendedahkan buat pertama kali bagaimana para penulis menduduki tangga jualan tertinggi berdasarkan rahsia kerja mereka. 

Corak dan budaya kerja mereka yang selama ini dianggap rahsia dan misteri dibongkarkan dan mengejutkan para peserta. 

Malah ia dilihat praktikal dan dapat dilakukan meskipun baru pertama kali dalam dunia penulisan. Ia bersesuaian dengan formula merancang kejayaan buku.

Ini bertentangan dengan kepercayaan orang ramai sebelum ini yang percaya pentingnya menulis tanpa memikirkan merancang kejayaan buku terlebih dahulu.

Penulis prolifik yang menghasilkan 21 buah, Tuan Zamri Mohamad pula membentangkan mengenai cara menjana idea dan kreativiti penulisan. Antara yang disampaikan dan kesimpulan daripada program yang mendapat sambutan luar biasa ini ialah:

Seni membina hubungan dengan penulis baru. Menggunakan seni kad dan hubung.

Teknik menentukan sama ada berbaloi menulis buku berdasarkan judul yang dipilih atau tidak. Berdasarkan kaedah kreativiti penyelesaian masalah.

Memilih pendorong yang dapat memberi booster kepada penghasilan karya seperti mana pendorong Stephen King, Christopher Paulini, Dan Brown, Dr Jeniri Amir dan Dr Zubaidi.

Teknik merekodkan idea secara cepat dan dimasukkan dalam bank idea.

Teknik bekerja secara pengarang bersama berdasarkan projek buku.

Pengurusan masa berdasarkan jenis buku yang ditulis. Didedahkan bagaimana ada buku setebal 300 halaman siap ditulis dalam tempoh sepuluh hari.

Dalam sesi yang ditunggu-tunggu ramai, novelis nombor satu Malaysia, Puan Ain Maisarah bersama Tuan Syaizul Amal menekankan pentingnya penguasaan ‘rancangan perniagaan’ bagi membina kerjaya penulisan. Mereka juga mengetengahkan bagaimana menggerakkan pelan lima tahun bagi menjana pendapatan RM 1 juta melalui penulisan.

Apa Pandangan Peserta Yang Hadir?

Mega Seminar Jana Wang Dengan Menulis ini mempunyai input yang banyak dalam masa singkat. Ia merungkaikan persoalan kritikal seorang bakal penulis iaitu ‘bagaimana mahu memulakan penulisan’. Saya yakin dan percaya selepas kursus pendek ini lebih ramai penulis baru dilahirkan. Ia juga memberikan gambara pada audiens berkenaan potensi diri yang perlu ada sebagai seorang penulis. Pendedahan menarik mengenai bagaimana merancang pendapatan lumayan daripada penulisan dalam jangka masa 3 ke 5 tahun.

Siti Hawa Che Tak
Eksekutif Pengiklanan

Kursus pendek yang sangat memberikan manafaat. Ia membuka ruang dan mencipta peluang dalam dunia penulisan. Kursus yang meransang emosi dan minda untuk terlibat secara langsung dengan penulisan. Alhamdulillah, terima kasih atas pelaksanaan seminar ini. Tahniah dan syabas buat penganjur.

Md Yazit Hashim
Penolong Juruaudit, Akademi Audit Negara

Menarik dan sangat menyeronokkan. Pengisian daripada ahli-ahli panel juga sangat berguna lebih-lebih lagi buat saya yang baru mahu berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Peruntukan slot setiap panel terasa pendek walhal begitu banyak input yang saya peroleh daripada mega seminar ini.

Nur Zahidah Binti Mohammad
Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia

Seminar yang bagus dalam perkongsian ilmu dunia penulisan dengan orang ramai. Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini

Nur Solehati Binti Aziz
Pengurus Pentadbiran Erad Best Sdn. Bhd.

Program yang bermanfaat sebagai pembuka jalan awal untuk menjadi seorang penulis. Ia memberikan pendedahan berkenaan proses penghasilan buku secara umum tetapi berkesan. Ia menyuntik semangat untuk penulis merebut peluang menjadi penulis.

Tuan Hashim Mat
Pesara

Program yang baik untuk menyuntik semangat untuk menulis dan menulis dan terus menulis

Puan Suhaili Ikhsan
Professional Learning Facilitator (Early Childhood), Dimensi Technology Sdn. Bhd.

Baik, Tahniah kepada penganjur kerana menganjurkan program sebegini. Penganjur mengingatkan peserta berkenaan solat Dhuha, syabas! Semoga Allah SWT merahmati usaha mulia kepada semua semua yang terlibat.

Norasikin Muhammad
Guru SMK Datok Lokman

Program akan datang anjuran Akademi Penulis dan FN Education Group adalah seperti berikut:

Klik pada tajuk bengkel

Bengkel Penulis Super pada 18 sehingga 20 Mac 2011 
Bengkel Penulisan Berita dan Rencana pada 11 sehingga 13 Mac 2011
Bengkel Penulisan Novel pada 26 dan 27 Mac 2011 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...