Langkau ke kandungan utama

Penulis bebas dilahirkan di kalangan professional

Dr Zubaidi mempunyai sebuah blog perubatan dan kesihatan yang mudah difahami. Alumni bengkel ini yang berkarya melalui lamab blog drzubaidi.com
Fungsi sebuah bengkel bukan sahaja sebagai medium ilmu. Ia menjadi medium silaturahim sesama rakan penulis baru. Semoga Allah permudahkan hasil karya mereka sampai ke hati masyarakat. Keinginan melihat esok yang lebih baik.



Kaedah 6 Thinking Hats telah memecah kebuntuan idea. Bermula dengan hanya satu perenggan ia menjadi tanpa had selepas kaedah ini didedahkan .
Konsep pembelajaran dewasa adalah experiential learning, iaitu belajar daripada pengalaman.
Selain buku dan buku nota, ini pertama kali dimohon oleh peserta (dan pembaca buku Tip Menjadi Penulis Bestseller) menurunkan autograf dan ucapan di atas kertas yang dijadikan kulit hadapan fail. Kemudian beliau masukkan dengan cermat. Semoga Allah lahirkan satu lagi penulis yang menjadikan esok hari yang lebih baik.


Bertemu para peserta baru memberi semangat kepada saya dan memberi mesej jelas . Budaya menulis dan berkongsi pengalaman diri tidak akan mati selagi mana kita ada keinginan mahu berkongsi.

Sekali lagi untuk kali ke berapa, bengkel penulisan berita dan rencana diadakan semalam tiga hari, dua malam di biliktraining.com

Para peserta dari Trengganu, Johor, Kedah, Selangor dan Wilayah Persekutuan berkumpul dan membina rangkaian persahabatan yang baru sesama mereka.

Termasuklah pegawai buletin bagi agensi zakat, pegawai komunikasi korporat universiti, bahagian penerbitan NGO, seorang doktor, pegawai pemasaran dari bahagian perhubungan awam agensi kerajaan.

Alhamdulillah, izin Allah memudahkan kefahaman dan kejelasan dalam menimba dan menyampaikan ilmu.

Kepada organisasi yang berminat dapatlah menghubungi latihan@akademipenulis.com atau layari laman web ini. Klik di sini

-----

Zamri Mohamad adalah jurulatih kanan penulisan berita dan rencana melalui Akademi Penulis. Telah menulis 15 buah buku dan hampir 100 rencana akhbar dan majalah. Buku beliau yang diulang cetak, Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas dan Tip Menjadi Penulis Bestseller mudah didapati di MPH dan POPULAR serta rangkaian kedai buku seluruh negara. Jemputan melalui latihan@akademipenulis.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...