Rabu, November 03, 2010

Kata-kata pembaca buku PTS

Bicaraku memanggil dirimu. Sulami jiwaku dengan keyakinan bahawa perjuangan itu jadi hidupmu. Agar rentak kita sama. Wahai diri, hidup itu manis di sebalik senyuman yang terisi kepercayaan.


Tujuan Allah melarang sentuhan lelaki & perempuan sebelum mendirikan rumah tangga adalah ujian yang kecil sifatnya tetapi mempunyai maksud yang besar. Ia mengukur sejauh mana lelaki menghormati jarak peribadi wanita sebelum dinikahinya.

Ia juga ujian Allah sama ada lelaki itu mempunyai prinsip yang tegas pada diri sama ada hendak melintasi garis ataupun kekal dalam kawalan sebelum berkahwin. Allah mendidik manusia dengan peraturan. Bercinta juga ada didikan daripada Allah. Sikap sabar lelaki dididik dengan peraturan ini. Lelaki dididik menjadi pelindung perempuan dengan peraturan ini.


Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah dan beberapa buku lain dipilih dan dihantar sebagai buku hadiah. "Sungguh hadiahnya tidak disangka-sangka diterima lewat petang Jumaat yang lepas. Banyak sekali, hinggakan yang tak berkenaan pun ikut teruja. Saya terima dengan gembira sekali dan terima kasih sekali lagi encik Roslan. Suka suka suka!"


----

Zamri Mohamad telah menulis 15 buah buku dan diterbitkan oleh PTS. Buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah dan Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah mudah didapati di kedai-kedai buku seluruh negara, MPH dan POPULAR.

1 Respons:

SHAHRUL HAIRY DOT COM berkata...

Salam,
Saya blogger baru dan teringin juga attend kursus penulisan nie, sebab dengan penulisan yang mantap, bahasa melayu itu sendiri teguh berdiri =)

yours
SH

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates