Menjelang gelombang 'kegilaan' para peserta penulisan rencana pada hari Ahad 10 Oktober 2010. Informasi klik di sini.
- Hari ini di bengkel pada 2 Oktober
Para peserta kali ini menerima gerak kerja 'buku hitam' yang akan mengikat mereka sehingga tersiar hasil penulisan mereka akhbar.
Kali ini saya kecilkan kumpulan agar saya boleh mengejar mereka.
- Hari ini di bengkel pada 2 Oktober
Kaedah 'magnetik dalam iklan' yang mencetuskan beberapa judul yang mencipta wao! sepanjang bengkel. Mereka benar-benar kreatif. Semoga terus mencurah idea-idea mereka dalam berkarya.
- Hari ini di bengkel pada 2 Oktober
Tuan Kamarol Halim mencerna idea melalui kaedah Six Thinking Hats. Bagaimana satu bahan dapat dipecahkan ke dalam dua medium berbeza serentak.
- Hari ini di bengkel pada 2 Oktober
Peserta, Puan Rozaina (kiri) datang jauh dari Kedah. Beliau mendapat sokongan keluarga bagi memenuhi impian dan usaha memandaikan bangsa melalui penulisan. Pernah hasil karyanya tersiar di akhbar.
Beliau berkata, buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas terbitan PTS Professional merupakan momentum awal dua tahun lalu (2008).
Puan Rozaina adalah antara peserta yang datang ke bengkel sebagai cas tambahan daripada apa yang dibacanya daripada buku.
Terima kasih kepada PTS Pro yang menerbitkan buku ini sejak tahun 2006. Insya Allah, edisi kemas kini akan diusahakan agar lebih cepat, mudah dan praktikal.
- Hari ini di bengkel pada 2 Oktober
Puan Azlin yang berpengalaman dalam bidang hartanah. Berpengalaman dalam menjalani kehidupan sebagai suri kepada warga Australia dan mempunyai pengalaman luas mengenai perkembangan masyarakat dalam dan luar negara.
Pengalaman beliau antara yang menarik dikongsi dalam bengkel dan akan disampaikan dalam penulisan.
- Hari ini di bengkel pada 2 Oktober
Tuan Kamarol Halim, bertugas di SYABAS dan merupakan jurufoto lanskap professional. Isteri beliau juga seorang jurufoto professional. Beliau mahu berkongsi kemahiran fotografi melalui penulisan.
Para peserta tekun dan serius menjalankan latihan analisa penulisan sendiri. Pembuka kepada bengkel yang memberi impak ke mana dan di mana mereka melalui hujung pena sendiri.
Gelombang bengkel penulisan rencana 10 Oktober. Klik di sini
Ulasan