Langkau ke kandungan utama

Mudahnya Bisnes Blog Shop di Malaysia


Kini mudah diperolehi dengan hanya klik di sini dan di kedai-kedai buku seluruh negara.

Buku ini menjadi panduan kepada peniaga-peniaga kecil di seluruh negara bagi mengatur strategi membuka blog bisnes sendiri. Meskipun tidak ada asas membina web sendiri. Gunakan formula yang terbukti berkesan, iaitu 'mulakan dengan apa yang di tangan!' Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop mendedahkan langkah hebat:

  1. Tip praktikal memilih bisnes yang sesuai bermodalkan apa di tangan.
  2. Jadikan pelanggan yakin dan suka dengan blog shop yang dihasilkan.
  3. Teknik bina, urus dan kembangkan bisnes pada bila-bila masa.

Isi kandungan

Dedikasi
Mulakan dengan apa di tangan
Soalan peniaga kecil memulakan blog shop


Bahagian1 : Cari idea jadi peniaga di internet

01 Cari idea bisnes blog shop
02 Awal Jana idea bisnes cara Abraham Maslow
03 Pilih dan jual produk


Bahagian 2 : Buka pintu blog shop dengan Google

04 Dapatkan kunci pintu kedai kita sebelum berniaga

Bahagian 3 Bina blog shop, kedai pertama kita

05 Mengapa berblog shop menggunakan Blogger
06 Melihat peta asas blog shop
07 Buka blog shop pertama anda
08 Tulis entri produk
09 Masukkan foto produk ke dalam entri
10 Pilih foto yang sesuai
11 Masukkan video produk ke dalam blog shop
12 Paparkan video yang dapat menjual
13 Ulang pengenalan ringkas pada setiap entri
14 Papar entri blog mengikut tarikh berbeza
15 Label mudahkan carian produk
16 Gantung papan kedai di hadapan pintu masuk blog shop
17 Segerakan kepercayaan pelanggan kepada kita
18 FAQ menaikkan keyakinan pelanggan membeli
19 Agihkan kerja kepada rakan niaga dan pekerja
20 Jadikan pelanggan selesa membeli


Bahagian 4 Mudahkan pesanan produk dan perkhidmatan

21 Beri borang pesanan yang mesra anda mesra pelanggan
22 Hasilkan dan sebarkan borang pesanan pelanggan

Bahagian 5 : Mudahkan paparan imej produk dan perkhidmatan

23 Tambah fungsi imej produk cara slaid

Bahagian 6 Menulis iklan jualan yang mempengaruhi pelanggan

24 Jadikan pelanggan berasa dirinya nombor satu
25 Gunakan testimonial yang menjual dan tidak membunuh

Bahagian 7 Simpan senarai pelanggan setia

26 Mendapat maklumat produk umpama surat daripada posmen
27 Emelkan sekaligus entri blog
28 Emel pengesahan langganan pemikat hati pelanggan
29 Hantar emel blog shop pada waktu menggembirakan
30 Tingkatkan imej emel blog shop
31 Gunakan Feedburner memantau pelanggan
32 Mudahkan pelanggan melihat entri blog shop
33 Khabarkan entri-entri blog yang hangat

Bahagian 8 Promosi blog shop kepada orang ramai

34 Bertukar link blog shop dengan peniaga blog shop lain
35 Capai bakal pelanggan menggunakan Google Blog Search
36 Kekal jadi peniaga blog shop disukai ramai

Bahagian 9 Bicara semangat niaga

47 Cas kuasa fitrah dalam perniagaan

Biodata penulis


----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

mrs jamal berkata…
hye, nak tanya..buku ni khas untuk blogspot jer ke? kalau guna shopping cart under wordpress macamana?

ada masukkan sekali bagaimana nak coding

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...