Langkau ke kandungan utama

Jejak Bisnes Rasul ubah lanskap buku bisnes lokal

Info sisipan





Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah


----------


Masih ingat cerita Tuan Aizuddinur, penulis buku bisnes kontemporari PTS?

  • Jika belum klik di sini http://bit.ly/5g75RQ

Saya teruja melihat buku ini bakal diterbitkan dan diperkenalkan di pesta buku bulan Mac ini.

Sedikit sinopsis buku Jejak Bisnes Rasul.

Nota: Sinopsis ini disertakan bersama pandangan peribadi saya mengenai buku Jejak Bisnes Rasul.

Nabi Daud amat mahir dalam bidang ukiran besi. Nabi Sulaiman terkenal dengan kerajaan dan pemerintahannya. Nabi Nuh mahir dalam bidang pembuatan kapal. Manakala Nabi Isa pula Pakar dalam hal Perubatan.

Siapa sangka nabi terakhir yang diutuskan merupakan seorang yang pakar dalam pengurusan bisnes. Berketurunan kaum quraisy yang membawa maksud “Hartawan”. Mengetahui Rahsia Bisnes Sukses Cara Nabi yang digali daripada al-Quran dan as-Sunnah dan Seerah.

Dalam buku ini penulis telah menerangkan secara terperinci berkenaan strategi-strategi yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad saw dan generasi para sahabat dengan merujuk kepada Al-Quran dan sunnah sebagai sumber utama, Sejarah kehidupan Nabi (Fikah Sejarah) dan sunnah para sahabat seperti Abu Bakar as-Siddiq dan Abdul Rahman Auf.

Seterusnya, penulis berjaya mengupas strategi tersebut kepada bentuk yang lebih kontemporari dan praktikal dengan mengadaptasi Islamisasi ilmu terhadap teori-teori bisnes terkini seperti Art of War tulisan Sun Tzu dan sebagainya.

Tambahan lagi, buku tersebut telah diselitkan dengan konsep Perbankan dan perniagaan cara Islam seperti Mudharabah, Musyarakah dan Kontrak Jual-Beli.

Buku ini mengandungi 9 bahagian yang mengupas beberapa fraksi dalam bisnes yang juga terbahagi kepada 40 strategi yang bermanfaat dan berguna sebagai rujukan pelajar, ahli perniagaan dan seluruh umat.

Menggunakan bahasa yang lebih santai dan menarik agar pembaca mudah memahami dan melaksanakan konsep yang disampaikan dalam kehidupan seharian.

Antara perkara menarik bagaimana pemikir bisnes melihat peristiwa Jibral menenangkan nabi Muhammad dalam pertemuan pertama di Gua Hira.

Sejauh mana the power of Dreams yang sentiasa dilaungkan Honda mempunyai pengulangan sejarah dalam kehidupan nabi Muhammad.

Apakah relevan peristiwa dan strategi eumah al Arqam dengan falsafah pejabat bagi mengurus bisnes.

Saya mengikuti perkembangan buku ini selama setahun, bermula daripada idea, lakaran kasar di atas kertas kosong, rujukan demi rujuakn luar dan dalam negara termasuk buku-buku yang dipesan khusus dari negara jiran kita Indonesia sehinggalah perbincangan demi perbincangan buku ini. Satu rumusan besar dapat diberikan kepada buku paling bersejarah dalam dunia bisnes di negara kita.

Penghasilan buku ini tidak secara mentah, yakni mengambil dan menulis semula. Ia bukan satu lagi buku biasa-biasa untuk keperluan bisnes. Amat praktikal dan penting dibaca sebelum berakhir tahun ini.

Saudara Aizuddinur Zakaria melakukan sesuatu yang lebih kepada pembacanya, iaitu mengkaji, mentafsir, membanding dan membawa dapatan baru dunia bisnes. Bukan setakat teori tetapi kefahaman yang dapat digunapakai.

Semua ini tidak menjadikan Jejak Bisnes Rasul sebagai sebuah buku, tetapi himpunan strategi kepada peniaga yang membaca dan mengaplikasi pendekatan ini dalam bisnes mereka.

Sepanjang pengalaman saya melatih kakitangan kerajaan, swasta dan individu dalam pemasaran perniagaan 2.0, buku ini adalah pelengkap kejayaan bisnes pembaca.

Jika ada yang membacanya melihat buku ini buku bisnes membina keuntungan, saya akui ada dua keuntungan kepada pembaca.

Pertama keuntungan dunia dari aspek longevity atau hayat bisnes serta pembinaan legasi.

Kedua, keuntungan akhirat, menjadikan bisnes kita berorientasi ibadah.

Sebuah buku yang benar-benar mengubah lanskap bisnes di negara ini.



--------



Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...