Langkau ke kandungan utama

Cerita Teksi (1) Peluang kedua

Info sisipan


Berita terkini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 bermula pada 19 Mac sehingga 28 Mac 2010 Sejumlah 14 buku tulisan Zamri Mohamad terbitan PTS Publication and Distributor akan menemui pembaca di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010(KLIBF 2010)



Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah


----------


Cerita teksi (1)
Kredit foto: nieyszahri


Waktu sudah hampir tengah hari. Mereka yang menunggu bas dan teksi di tempat menunggu bas tidak seramai pagi tadi. Tidak perlu bersesak-sesak, beratur panjang atau memotong barisan semata-mata mahu mendapatkan ruang di dalam bas.

Bagi para pemandu teksi, pada waktu pagi seperti ini, para pemandu sudah menunggu di terminal LRT membawa penumpang ke tempat kerja masing-masing.

Keadaan lengang, matahari makin meninggi. Kelihatan sebuah teksi melepasi tempat menunggu bas. Tidak ada seorang pun yang menahan teksi terbabit. Mereka hanya melihat teksi berkenaan berlalu. Masing-masing mahu menunggu bas.

Tujuh minit kemudian, bas masih tidak muncul. Dari jauh kelihatan sebuah teksi menghampiri tempat menunggu.

Ia adalah teksi yang sama melepasi mereka tujuh minit lalu. Teksi itu tidak keluar dari kawasan tersebut, sebaliknya mengelilingi kawasan jalan sehala itu dua kali.

Masing-masing di situ tidak mempedulikan kehadiran teksi itu. Mata mereka menumpukan perhatian di hujung jalan masuk ke tempat mereka. Menunggu bas datang. Tetapi kali ini teksi berkenaan berhenti di hadapan mereka. Seorang penumpang menaiki teksi itu.

Perjalanan ke tempat yang dihajati pelanggan adalah perjalanan sunyi. Tidak ada interaksi antara pelanggan dan penumpang. Masing-masing dengan urusan peribadi. Si pemandu membawa penumpang dan penumpang hanya melihat keadaan sekeliling sepanjang perjalanan.

Tidak lama kemudian, suara si pemandu teksi kedengaran, "Hidup ini sentiasa ada peluang kedua."

Si penumpang tidak dapat menangkap butir awal bicara pemandu teksi, "Apa dia tuan?" dia meminta ayat awal itu diulang.

"Hidup ini sentiasa ada peluang kedua," kata pemandu teksi berketurunan india, matanya melihat penumpang melalui cermin di hadapan.

Penumpang bertanya, "Maksud tuan?"

"Saya percaya kepada peluang kedua. Tadi saya melalui tempat menunggu bas di mana saya mengambil saudara tadi. Kali pertama saya, tidak ada orang pedulikan saya dan hanya menunggu bas. Kali kedua, saya dapat juga penumpang. Di mana-mana saya akan lakukan perkara yang sama. Saya akan melalui jalan yang sama dua kali. Jika tidak ada barulah saya bergerak ke tempat lain."

Peluang kedua dalam hidup. Kepada pemandu teksi ini adalah peluang mencari rezeki di tempat yang sama. Beliau percayalah itulah usahanya. Kepada penumpang, beliau berfikir, apakah dalam hidup beliau mempunyai kepercayaan yang sama seperti pemandu teksi. Adakah beliau berusaha mendapatkan peluang kedua dalam apa yang dilakukan dalam hidup?



--------



Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...